Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.
Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.
- Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
- Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
- Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
- Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
- Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.
Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.
- Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
- Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
- Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333
Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.
Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emas, pelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAL di negeri akhirat.
Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.
Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??
469 Comments
Susah tu nak kumpul 1 juta dengan keadaan ekonomi sekarang. namun ia tidak mustahil. Cuma bagi insan seperti saya target saya mungkin rendah sedikit dan lebih realistik
Tak apa. Mulakan dengan target yang rendah dahulu. Kumpul lama-lama. Nanti banyak insyallah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
tabung haji pun ok.. tapi saya suka labur dipecahkan kepada alternatif yang lain..
Curahan rasa zik @ ..Mesin buat karipap
Bos memang sepatutnya pecah-pecah jadi tak letak semua dalam satu bakul cuma tulisan ni nak bagi mudah faham
Curahan rasa denaihati @ ..Aceh jejak tsunami dan bisnis persahabatan
Memang serok bila duduk rumah goyang kaki aje. Bulan-bulan dapat duit masuk dalam akaun bank. Tapi betul apa yang Tuan DH nak ceritakan. Usaha perlu dibuat untuk sampai ketahap tersebut.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Biasanya orang jenis macam ni tak akan duduk diam goyang kaki sebab mereka dah terbiasa kerja kuat jadi akan terus bekerja cuma kali ini tak stress seperti masa tahap nak kumpul 1st RM1 juta.
Curahan rasa denaihati @ ..Cuti sekolah jangan biar berlalu begitu
kumpul duit dulu dan labur kat tempat yang betul.
baru ada hasil yang cemerlang.
jangan membazir dan beli barang ikut kehendak.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 55 dan 56 dari Ashadee.com
Betul tu, Setuju dengan apa yang dikata. Kumpul duit dulu lepas tu labur di tempat yang betul. Macam TH ni pun ok.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Kene belajar dan usahakan buat kerja sambilan / part time untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Curahan rasa Dennis @ ..Pengalaman Bersama ONEXOX Terbaik
Tak apa. Mulakan dengan target yang rendah dahulu. Kumpul lama-lama. Nanti banyak insyallah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
saya percaya dgn duit bekerja utk kita tanpa berpenat lelah..tp utk sampai ke tahap tu, kena berusaha keras..bsusah2 dahulu, senang2 kemudian..
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman ke Karnival Upin Ipin 2015 di MAEPS Serdang
Menarik entri nie.. ble la kte nk melabur yang besar2 nie
Curahan rasa Media Sensasi @ ..9 Gambar Sekuriti Bank Yang Cantik Jadi Viral Di Instagram
Terima kasih di atas perkongsian info yang cukup bermanfaat.. patutlah rakan sekerja saya pesan… kalau nak berhenti kerja, kita perlu mempunyai simpanan sekurang2nya RM2 juta.. sekarang barulah saya tahu apa sebabnya..
Curahan rasa anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Nak kena kumpul RM1 JUTA dulu yer.. haduihh sakit tuh… tapi bak kata pepatah aa kan bersakit2 dahulu…bersenang-senang kemudian…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Bukan mudah nak mencapai impian mendapatkan RM1 juta yang pertama… tetapi In Shaa Allah saya akan berusaha ke arah itu…
Curahan rasa anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Memang nak kena bekerja bersungguh-sungguh nih, baru lah akan berjaya mengumpul RM 1 Juta tuh.
Insyallah sama-sama berusaha kerah itu. Usaha perlu dibuat unutk dapatkan hasil yang lumayan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Insyallah sama-sama berusaha kerah itu. Usaha perlu dibuat unutk dapatkan hasil yang lumayan. semoga tercapai cita-citanya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Asas pertama kepada kekayaan ialah menyimpan. Menyimpan perlu banyak sebelum melakukan pergandaan kekayaan.
Bila ada geng untuk sama-sama menggandakan kekayaan baru best.
Curahan rasa Nurul @ ..Keratan rentas tulang anda
Betul tu saya setuju.. simpan sikit-sikit lama lama jadi bukit. ..
Curahan rasa anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Memang nak kena konsisten menyimpan, then jangan pernah fikir langsung untuk mengorek balik apa yang di simpan sampailah kita kompem dah berjuta, baru lah boleh bawak ke bank…hurmm…
Rupanya ada juga ye cara duit bekerja untuk kita. Semoga ada rezeki untuk saya dapatkan 1 juta untuk melabur di tabung haji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Tuan, jom kita sama2 pertingkatkan usaha untuk mendapatkan RM1 juta yang pertama…
Nak join jugak boleh… tapi sebelum tuh jejom reramai kita menyumbang untuk insan-insan yang memerlukan joim…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Ya saya suka bab kebebasan kewangan Dan seterusnya menjadi kebebasan masa untuk kita sekeluarga sambil berusaha mengejar akhirat
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Kebebasan kewangan dan kebebasan masa ramai yang mahukannya. Oleh itu kena bekerja bersungguh-sungguh agar semua itu dapat diperolehi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Semestinya sesuatu yang pasti menjadik idaman ramai.. Kebebasan kewangan & kebebesan masa, tak perlu nak pk pasai baki cuti lah apa lah…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Entry ini saya suka . Dalam proses untuk membuat duit bekerja untuk kita.
Terima kasih tuan DH
Curahan rasa Sharimah @ ..Hari Pertama : Melbourne, Australia
Memang sukar untuk dapatkan RM1 juta, tetapi bukan mustahil jika kena pada usaha kita. Buat secara jemaah seperti apa yang tuan Denaihati lakukan sekarang ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang betul tuh, bila buat secara berjemaah, lagi cepat menampakkan hasilnya nih…
menarik sangat…
Kalau ikut cara Nabi, umur 40 ++ dah tak bekerja, sebab sebelum itu beliau telah berniaga dan menjadi usahawan berjaya.
Bisnes dalam jemaah sangat bangus kerana membuatkan kita tidak terkontang-kanting kerugian sendiri.
Sekurang-kurangnya ada jemaah untuk support perniagaan kita.
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Kata Kata Hikmah Saidina Abu Bakar Tentang 3 Perkara
Buat bisnes secara berjemaah banyak kelebihannya, segala perbincangan dan strategi boleh dilakukan bersama dan penuh sepakatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Banyak idea yang akan terbit bila kita bekerja secara berjemaahn nih kan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Cara yang terbaik….untuk orang muda..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Roomies, Batu Ferringhi
Apa yang tuan Denaihati sarankan amat bagus dan ramai yang dah lakukannya, tetapi bagi kita yang hanya makan gaji, pastinya sukar untuk perolehi kecuali buat bisnes sendiri atau buat secara berkumpulan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Iyer lah, keje makan gaji nih memang agak sukar lah nak kumpul duit bebyk, memang nak kena ada buat side business baru boleh rasenya…
Comments are closed.