Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca banyak status di Facebook mana boleh duduk diam dapat duit. Ramai yang komem sebab keluar kes Penaung Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dihadapkan ke makamah kerana memperdaya 101 pelabur bernilai 4 juta. Ramai yang kata mana boleh duduk diam boleh dapat duit. Tak salah komen tersebut kerana majoriti manusia memang berfikiran begiti dan hanya minoriti sahaja yang berfikirana sebaliknya.
Kebetulan baru-baru ini dalam pertemuan komuniti bisnis asean jemaah Denaihati kami ada membincangkan hal ni. Jadi jom kita main kira-kira.
- Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had tidak seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu.
- Katakan Tabung Haji bayar dividen 7% setahun. Purata 7% diambil mengambil kita purata dividen Tabung haji dari tahun 1994 – 2014.
- Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 7% = RM70,000
- Jumlah dividen RM70,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata sebulan adalah RM5,8333.
- Kita akan mendapat pendapatan purata RM5,8333 setiap bulan selama mana pelaburan RM1 juta tidak dikeluarkan daripada Tabung haji. Jumlah ini akan berubah dengan berubahnya dividen Tabung Haji setiap tahun.
Ini yg dikatakan duduk diam dapat duit atau kalau komuniti investment sebut duit bekerja untuk mereka bukan kita bekerja siang malam sampai pencen mencari duit seperti majoriti manusia lain lakukan. Kelihatan sangat mustahil tetapi kalau kawan pembaca ada kawan di HQ Tabung Haji tanyakan berapa ramai yang sedang menikmati duit bekerja untuk mereka untuk sekian tahunnya. Bukan sekadar RM5,833 sebulan malahan ada yang mendapat sehingga puluhan ribu sebulan kerana mereka melabur lebih banyak.
- Pelaburan RM2 juta pendapatan bulanan purata RM11,666
- Pelaburan RM3 juta pendapatan bulanan purata RM17,500
- Pelaburan RM4 juta pendapatan bulanan purata RM23,333
Soalnya boleh tak kita mengumpul RM1 juta untuk dilaburkan dalam Tabung Haji. Bagi orang biasa memang mustahil. Bagi orang yang luar biasa mereka cari jalan dan bila sudah jumpa mereka akan bekerja sungguh-sungguh tiga empat tahun untuk kumpul RM1 juta kemudian boleh fokus tahun selebihnya hidup mendidik keluarga, mengembara dan buat kerja kebajikan di seluruh dunia. Aku sudah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang mempunyai kebebasan kewangan dan kebebasan masa apabila duit bekerja untuk mereka.
Tulisan ini hanya memberi satu contoh bagaimana duit boleh berkerja untuk kita iaitu pelaburan di Tabung Haji. Pelabur juga boleh melabur di hartanah, saham-saham amanah yang lain, pelaburan emas, pelaburan BSKL dan pelaburan pada bisnis tertentu. Paling penting setiap sumber mesti halal dan digunakan pada tempat yang halal kerana semuanya kelak bakal ditanya ALLAL di negeri akhirat.
Kepada yang kreatif nak mengumpul RM1 juta pertama, ada yang belajar cara buat duit secara online, nak tahu cara download je buku Sifu Online Irfan Khairi. Ada yang berniaga di Facebook kepada yang belum pernah buat boleh download buku cara mudah berniaga di Facebook. Jangan sayang nak keluar sedikit modal untuk belajar kerana bagi yang tak percaya diri akan terus bekerja seperti biasa sampai bersara dan sambung bekerja lain selepas bersara. Kepada yang suka bisnis networking global boleh bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Nak berjaya mesti bekerja dalam jemaah jangan sedirian memang sukar untuk mencapai misi RM1 juta, tak kisahlah apa pilihan anda yang penting BERTINDAK.
Ada yg sudah berjaya melakukan, sebahagian kecil sedang berusaha mencapai impian simpanan RM1 juta dan majoriti tak pernah mimpi. Anda yang mana??
469 Comments
Usaha tangga kejayaan. Buat pelaburan untuk dapat hasil yang berterusan memang seronok.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Kebanyakan orang yang berjaya tidak berkira untuk membuat pelaburan terutamanya apabila melibatkan pendidikan. Dengan ilmu itu barulah kita jadi mahir dan cekap dalam selok belok pelaburan.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kalau berterusan dan berusaha pastinya hasil yang sangat banyak dicapai kan…
biar duit bekerja untuk kita pula…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Bila Noriza tulis biar duit bekerja. Saya tergambar duit itu berkerja dengan 2 tangan dan 2 kakinya, dengan peluh yang menitik di keringatnya. Sangat simbolik.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
hahaha..simbolik ya.
Saya bayangkan macam tu juga..
Tapi bagus la duit bekerja untuk kita instead of kita jadi hamba duit kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Insya Allah moga tercapai cita-cita kita tu nanti ya… Amin ya rabbal alamin
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Jika kita guna akal, kita akan nampak jalan cara untuk buat duit dari duit yang kita ada tanpa hilangkannya ..
Satu perkongsian yang bagus untuk mereka yang tahu nak berusaha dengan akal bijaksana.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Komisen 23 Ashadee.com 4 Angka!
Betul tu. Guna akal untuk meningkatkan hasil yang lumayan. Jadi pendorong untuk kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Dengan akal tu juga mestilah bersandarkan dengan ilmu yang sahih, ada yang gunakan akal tapi mengikut logik yang mereka faham, akhirnya mereka yang terjerat.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Perlu gunakan akal dan ilmu yang ada untuk mencapai tujuan yang diimpikan..
Kalau niat baik pastinya mudah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Bagi pendapat saya ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman… Siapa yang rajin menuntut ilmu… In Shaa Allah, boleh berjaya di dunia dan akhirat…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Menggunakan akal adalah yang sebaik-baiknya dari menggunakan emosi dan tamak haloba dalam mencari rezeki
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Tapi kadang-kadang yang menggoda supaya kita joint bisnes tu pun kawan-kawan kita dengan bawak duit cash sebeban tu…tunjuk depan kita, apa tak goyang nya..
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Usaha nak kena di lipatkali gandakan nampak gaya nih, nak kena join bro DH berjemaah nampak gayanya nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Eloklah tu… Berniaga secara Berjemaah macam yang diamalkan oleh Tuan Denaihati ni…
Curahan rasa Anuar @ ..HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
Saya punya abang ipar adalah salah seorang dari mereka yang terkena dari program run teja tun. Laburkan 100,00 tu..
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Oh begitu ya apa yang terjadi kepada Abang Ipar Sani selepas melabur RM100,000. Adakah lesap atau terus mendapat keuntungan berganda-ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Hanya dapat bayaran bulanan dalama beberapa bulan sahaja, selepas itu tidak dapat imbuhan seperti yang dijanjikan.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ni bukan labur , ini melabur punya kes ni. Ramai yang terbakar duit sebab kes macam ni.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Haduih lah.. kesiannya kalau dah kes lebur melebur nih… tak baik tau tipu orang macam tuh.. tak berkat..eeee
Banyak juga laburkan sebanyak itu. Kemudian apa yang terjadi Tuan Sani. Dapat hasil yang baik atau sebaliknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Yang memburukkan keadaan lagi duit tu dapat dari hasil KWSP. Dia pun sudah tidak bekerja, nasib baik ada rumah sendiri yag sudah dibeli lama dulu. Kalau tidak tak tahulah nasib dia.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Duit KWSP… kesiannya.. lama kumpul, di tipu pulak macam tuh, mau nangis air mata darah nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Tak pernah dengar pula program macam tu..
Ada juga orang tamakkan duit dengan menipu orang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Memang ada Noriza ooii.. Tak silap saya dia ada beberapa pakej. Ada pakej projek gaharu, ada pakej projek home stay dan yang saya dengar ada juga projek pergi haji.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Memang pandai aaa orang tuh berkata-kata kan, sampai ramai yang boleh dia perdaya kan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa, segala kejayaan yang dikecapi datang daripada Allah Taala jua. Duit yang diberi oleh Allah Taala tidak salah kita laburkan ke tempat-tempat yang terbaik dan halal sumber keuntungannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Setiap sen pasti akan ditanya Allah swt. Yang penting kena ada ilmu yang sahih untuk melaburkannya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kalau dilaburkan dan dibayar zakat pastinya rezeki akan makin bertambah…tak perlu risau dengannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
jangan lupa juga berdo’a dalam melakukan setiap usaha yg dijalankan
Curahan rasa Travel Malang Juanda @ ..Travel Malang Surabaya
Doa adalah senjata paling afdal untuk memohon pertolongan. Bila duit dah banyak lang dapat perlu juga dilabur dan didermakan untuk yang memerlukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Itulah yang sebaik baiknya selepas kita berusaha sehabis baik. Kan doa tu senjata orang mukmin.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
DOA adalah senjata kaum mukmin, kalau bisnes ni bos yang besar pastinya Allah…
Mohon denganNya amat mudah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit – Lebih Baik Daripada Glutathione?
Noriza: Nabi dah tunjuk cara sebenar nak berniaga. Kita ikut jalan-jalan yang ditunjukkan. Insya Allah berjaya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
nak simpan duit pun kena banyak ilmu. cari jalan utk tingkatkan pendapatan spy senang di masa akan dtg
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Boleh mulakan dulu dengan apa yang ada ditangan. Lepas itu laburkan duit untuk ilmu, supaya kita tahu cara yang betul.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Melabur duit untuk ilmu diharuskan agar duit yang ada tidak hilang begitu saja selain daripada melabur di tempat yang kita fikirkan terbaik dan disyariatkan oleh agama Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Kalau orang bisnes tak maju-maju kena tahu apa halangan yang ada. Kadangkala sebab dosa-dosa dan kesilapan yang lalu menjadikan cita-cita kita terhalang.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ilmu kena bertambah setiap masa sebab dengan ilmu kita boleh kembangkan bisnes dan menambah pendapatan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Dengan perancangan yang betul. Insyallah usaha ini akan tercapai. Yang penting kena berusaha dan berdoa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
rancang elok2. dan yg paling penting niat kena ikhlas dan baik. guna duit utk belanja keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Dengan ilmu kewangan yang betul barulah kita buat perancangan. Dan perancangan kena ambil banyak faktor seperti kajian pelaburan atau produk yang ingin dilaburkan. Kekukuhan syarikat, pelan perniagaan dan transpirasi urusan yang dijalankan.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Wah banyak tip yang Sani sarankan, ia juga jalan terbaik agar tidak tertipu oleh istitusi kewangan di negara kita yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Itulah maslahnya tuan kamil. Sekarang ni ramai yang dah pandai klon maklumat bank dan dokumen yang berkaitan dengannya. Dengan hanya menggunakan statemant bank yang direka, mereka dah tipu ramai orang supaya ikut mereka buat bisnes tersebut.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Memang memerlukan perancangan yang rapi dan strategik untuk membina empayar…lepas tu boleh la bekerja mencari pendapatan dengan mudah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Mari kita pakat berusaha apa yang Jemaah Denaihati lakukan, membuat bisnes secara berkumpulan dan cuba targetkan apa matlamat kita untuk menjadi seorang jutawan yang berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Betul tu. Usaha secara kumpulan. Kena cari kawan yang mampu berkongsi suka duka dalam perniagaan kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Kalau buat secara solo rasa susah dan kekurangan sumber. Berbanding secara berjemaah, ada banyak kemahiran dan fikiran yang boleh digembelingkan demi kesinambungan matlamat jemaah.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Segala buah fikiran secara berkumpulan boleh digabungkan dan mencari alternatif terbaik bagi memantapkan bisnes yang dijalankan dan mendapat persetujuan bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Bisnes berjemaah ni memang banyak mendatangkan kebaikan kepada kita ..
Banyak pendapat yang boleh digemblengkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Mengikut keadaan semasa, harga nilai emas dah turun, boleh juga mebeli emas dikeika ini dan mana tahu pada masa depan nilainya meningkat naik pula selain melabur di Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Berniaga emas boleh untung juga. Kena pandai selok beloknya. Insyallah hasilnya kekal lama.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Masa harga rendah ini kita kena cepat ambil tindakan, sebab ia takkan lama rendah. Masa mahal nanti mungkin kita takkan beli.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Harga emas sangat stabil sekarang ni tak macam mata wang yang asyik turun naik.
Kalau nak buat pelaburan sangat tepat la
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Kalau kita yang bekerja untuk duit alamatnya jadi hamba duit la…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Jangan jadikan kita sebagai hamba duit tetapi jadikan duit sebagai satu pelaburan yang boleh menguntungkan pemiliknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Tapi rata rata dewasa ini ramai yang berpendapatan dan kebanyakan menjadi hamba duit. Kena kerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ramai sekarang ni yang bila dah kaya sedikit jadi hamba duit bukannya duit tu yang bekerja untuk mereka sebab tu ramai yang boleh kecundang dan rabun mata dan buta hati
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Kena bekerja dan jadi hamba Allah yang taat. Kena usaha jadi hamba yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Hamba Allah yang baik akan sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan duit yang diperolehi perlu digunakan sebaik mungkin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Hamba Allah swt yang baik juga akan berkerja bersungguh sungguh, seolah olah dia akan mati seribu tahun lagi. Dan dia beribadat seoalah olah akan mati esok hari.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Seorang hamba Allah yang taat, insya Allah akan dipermudahkan Allah swt urusan rezekinya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Bila menjadi hamba Allah yang taat dan beriman pasti tidak akan menjadi hamba yang tamak kepada duit
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Allahu.. semoga kita bersama-sama kecapinya tuan.. dapat luangkan banyak masa dengan keluarga.
Curahan rasa Fakhrulradzi @ ..Kereta Sewa Shah Alam
Bisnes sendiri memang lebih masa dengan keluarga..namun di permulaan banyak pengorbanan masa yang perlu dibuat…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Boleh usaha macam ni. Insyallah banyak masa boleh bersama keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Itulah yang dipanggil kebebasan kewangan yang menjadi harapan semua orang.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kebebasan dalam menentukan waktu kita bersama keluarga dan merancang kewangan dengan baik
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Allahuakbar…. duit yang diberi tidak sama untuk setiap orang. Ia rezeki masing-masing yang Allah tetapkan. Namun ikhtiar perlu dilakukan untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Betul, kalau kita berusaha lebih dan menetapkan matlamat dan hala tuju pastinya setiap usaha akan membuahkan hasil
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Bila Judah berpendapatan pasif atau istilah lainnya duit bekerja untuk kita sudah pasti, hanya meluang kan masa sedikit untuk kerja dan banyak masa untuk keluarga dan beristirehat.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ye betul, bila kewangan dah stabil dan sumber utama pun dah boleh menjana pendapatan lain, pastinya bahagia sebab duit dah boleh bekerja untuk kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Susah juga nak capai ke tahap ini. Tapi kalau rajin usaha insyallah boleh capai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Andai kita rajin berusaha mencapai matlamat yang diimpikan pastinya Allah juga tidak menghampakan hambaNya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Betul tu. Kena sentiasa berusaha untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Noriza, usaha zahir dan batiniah kena selari, barulah diperkenankan Allah swt.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Ya setuju..sesetengah orang merasakan uasaha je dah cukup tetapi mengabaikan tanggugjawabnya kepada yang Esa
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Ada setengahnya pula lebih berkat rezekinya sebab berusaha dan tawakal kepada Allah dan tidak mengabaikan suruhan Allah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Tiada jalan singkat untuk berjaya dan membolehkan kita melabur di ASB, ASN, Tabung Haji dan apa sahaja amanah saham yang ada di negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Betul tu. Tak ada jaan singgat. Yang penting kena uaha kearah kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Tapi ramai yang tamak dan pilih jalan singkat untuk buat duit dan akhirnya makan diri sendiri
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Pokok manggis, itu sudah pasti bukan kerja yang senang dan singkat. Banyak usaha dan pengorbanan yang diperlukan untuk berjaya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Bestnya jika duit boleh bekerja untuk kita, tak payah susah-susah nak urus itu dan ini seharian. Moga ada rezeki ke arah itu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang best jika macam tu. Cuma susah juga nak dapat. Tapi apa yang penting kena rajin usaha..
kena rajin berusaha dan tak bole tengok je. kalau tak sampai bila2 lemas dlm ekonomi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Bila kita tengok orang lain berjaya, kita akan jadi bersemangat untuk berusaha dan jadikan cabaran untuk diri kita.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kejayaan orang lain menjadi semangat untuk kita ikuti dan cuba terapkan segala usaha yang mereka usahakan sebagai panduan untuk bisnes kita nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Kejayaan mereka yang di atas kita pastinya menjadi pemangkin kepada semangat didalam diri kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
InsyaAllah semoga abang Kamil pun akan berjaya seperti tuan DH suatu hari nanti
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Ha…ha… berkat doa Noriza Rahman dan semua rakan-rakan blogger yang saya kenali. Saya pun ingin lihat juga Noriza Rahman berjaya mencapai hajat di hati untuk menjadikan duit supaya boleh diganda-gandakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
InsyAllah, semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan didalam mencari rezeki yang halalan toyyiban
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Harap-harap nanti boleh capai ke arah tersebut. Usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Insya Allah moga tercapai cita cita tuan kamil tu. Ada yang berblogging pun sudah dapat hasil macam tu. Seperti mentri dialog saya “lelaki ini travel satu dunia sambil buat duit usd 1juta”
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Wah dah semakin ramai yang ada blog dan mencapai income USD 1 juta dalam bisnes online yang mereka lakukan. Saatu pemncapaian diluar dugaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Di Malaysia mungkin ada kut tuan Kamil. Macam dikongsikan oleh tuan Aqif Azizan bagaiamana syarikat beliau membina blog antarabangsa dan jual semula dengan database yang banyak.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Cara mereka laverage tu yang kita tak mampu nak follow. Apatah lagi kalau blog mereka tu dalam Bahasa Inggeris dan memang ramai prospek dipasaran antarabangsa.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Memang semuanya sangat tidak mustahil..andainya kita berusaha dengan keringat sendiri dan bertawakal kepada Allah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Good Luck ye semua… Mari kita sama-sama berusaha mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa bersama dan keluarga…. Dalam masa yang sama In Shaa Allah kita juga mempunyai banyak kelapangan masa untu beribadah….
Curahan rasa anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Semoga ramai yang dapat melakukan dengan cara duit bekerja untuk mereka. Insha Allah ada antara rakan kita yang beroleh status begitu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
alhamdulillah. jom usaha. Betul tu, rasa seronok bila dapat bersama keluarga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
yup.. semoga kita semua keluar dari masalah kewangan. lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi sekarang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Insyallah tu tuan anuar. Berusaha sehabis baik dan selepas tu ditambah denga doa dan tawakal kepada Nya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kebebasan kewangan memang impian saya juga..
Dalam masa yang sama menginginkan kebebasan beribadah juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Apa pun yang penting kena ada matlamat dan juga usaha di awalnya..insyaAllah kejayaan datang kemudian. Pelaburan ilmu sememangnya penting dalam apa jua bidang pun..
Memang dah lama terfikir nak buat seperti yang ditulis..sekarang masih berusaha dan terus berusaha..insyaAllah 🙂
Curahan rasa Mohd Zahran @ ..Cara Mengubati Hati Yang Mati
Pelaburan ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman..
Nak berjaya dalam pelbagai jenis pelaburan dan perniagaan, pertama d
sekali kena ada ilmu dulu..
Curahan rasa anuar @ ..Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
Ada duit pun jika tidak diuruskan dengan baik, boleh menjadi papa kedana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Moga tercapai cita cita saudara mohd zafran itu. Cuma masa sahaja yang menentukan. Adakalanya yang sukses tu bukan dalam bidang yang kita mahir. Siapa tahu tuah manusia kan..
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Tanpa matlamat. segala perlaburan yang dibuat menjadi sia-sia. Kita perlu memilih apa pelaburan yang ingin kita jalankan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Untuk memilih pelaburan yang bagus tu juga memerlukan ilmu, supaya kita tidak tersalah pilih. Kena belajar dari guru yang mursyid.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
alhamdulillah. Bagus tu. Berusaha ke arah tersebut. Insyallah satu hari nanti akan berjaya. All the best.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat 2 Tugasan Dengan AdvertorialMY November
Semua orang ada keinginan masing-masing memasang impian untuk jadi jutawan dan melabur di tempat-tempat yang boleh menguntungkan dan sambil itu menderma kepada insan-insan yang memerlukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang kena ada impian, yang mana ia adalah matlamat yang ingin dicapai. Jalan atau perjalanan itu yang berbeza. Tanpa ilmu, ia tidak akan terlaksana.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Marilah sama-sama kita berusaha untuk mengumpul dana yang banyak dengan melakukan bisnes yang boleh menguntungkan dan sambil itu melabur di mana-mana saja yang difikirkan sesuai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Memang kena kumpul dana kalau nak berniaga. Sekarang ni kita boleh mula bisnes tanpa gunakan wang bank untuk berniaga. Apa dipanggil Joint Venture.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
mula mula melabur mungkin tak nampak lagi hasilnya. melabur ni makan masa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Melabur ni macam kita peram tapailah, kalau betul timing dan settingnya jadilah tapai yang sedap dan manis. Kalau tidak lainlah jadinya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Moga tercapai cita cita saudara mohd zafran itu. Cuma masa sahaja yang menentukan. Adakalanya yang sukses tu bukan dalam bidang yang kita mahir. Siapa tahu tuah manusia kan..
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
InsyaAllah, semoga berjaya dengan apa yang dirancangkan.
Matlamat dan halatuju mesti nak mencapai redha Ilahi kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Comments are closed.