Indah dan menarik, inilah 10 masjid paling cantik di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selain daripada menjadi rumah ibadat bagi penganut Islam, masjid juga mempunyai banyak fungsi sosial lain termasuklah menjadi lokasi tarikan kepada pelancong asing. Ini disebabkan oleh rekabentuk dan seni bina unik yang sangat menakjubkan dan menarik perhatian orang ramai. 

Di Malaysia, ada beribu-ribu buah masjid yang digunakan untuk beribadah. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang bertingkat-tingkat dan ada yang di tempat kerja. Walau apapun juga, masjid harus diimarahkan dengan ibadah daripada seluruh ummat. Dan ini antara masjid-masjid yang paling cantik di Malaysia.

1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid ini juga digelar Masjid Besi dan merupakan masjid rasmi kedua Putrajaya selepas Masjid Putra. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid Besi tidak memasang kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Ia turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China.

2. Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia, mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan menduduki tempat kedua masjid terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki. Masjid yang bernilai 18 juta ini, dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun.

4. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor

Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat. Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

5. Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah, Masjid yang siap dibina pada tahun 1912 ini juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam – satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

6. Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Tahukah anda masjid ini menduduki tangga ketiga masjid tercantik di dunia? Masjid Kristal adalah sebuah masjid di Kuala Terengganu, Malaysia. Struktur utama diperbuat daripada besi, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Ia telah dibina di antara tahun 2006 dan 2008 tetapi telah dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 dan mempunyai kapasiti lebih 1,500 jemaah..

7. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 2000 dengan kos hampir RM34 juta. Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Nabawi, Madinah dengan kubahnya berwarna biru dan emas. Masjid ini mampu memuatkan 12,000 jemaah pada satu – satu masa

8. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Masjid ini terletak di di sebuah kawasan berbukit di Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi.

9. Masjid Ubudiah, Perak

Masjid Ubudiah, Perak

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang terletak Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Masjid ini berbentuk oktagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.

10. Masjid Muhammadi, Kota Bahru, Kelantan

Masjid Muhammadi, Kota Bahru, Kelantan

Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai “Masjid Besar” di kalangan sesetengah rakyat Kelantan. Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II. dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.
Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai “Serambi Mekah”.


Spread the love

5 Comments

  1. Masjid Wilayah memang canggih. Siap ada eskalator. Masjid pun sejuk.

    Masjid Ubudiah cantik dari luar, tapi dalam biasa-biasa. Tapi imamnya (waktu saya pergi dulu lah) memang bacaan syahdu sangat.

    Ada dua tiga masjid lama lain yg juga cantik juga yg x ada dalam list — macam masjid Kampung Hulu, Kampung Kling kat Melaka, masjid Panglima Bukit Gantang Ipoh etc yang memang rare.
    Curahan rasa Iskandar @ ..Nak Rasa Luncur Air Terpanjang Dunia? Mai Penang! Woohoo!!!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!