Camar Bulan dan Tanjung Datu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Indonesia terlalu rapat dengan aku selain dari sering berulang alik ke Jakarta, Bandung, Pekanbaru, Bali, Padang dan banyak lagi kota yang lain, keluarga aku juga berasal dari Indonesia. Keturunan Emak berasal dari Jawa Barat, keturunan Abah berasal dari Sumatera Barat dan paling menarik Ibu Mertua aku katanya berasal daripada keturunan Pengeran Diponegoro. Bukan sahaja aku malah ramai lagi rakyat Malaysia yang keturunan susul galurnya dari Indonesia. Kerana itu ramai yang merasakan Indonesia itu terlalu rapat di hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

Malangnya rasa kasih sayang rakyat Malaysia tidak dapat dirasai oleh sebilangan rakyat Indonesia. Isu demi isu dibawa untuk menyalahkan Malaysia. Rakyat Malaysia keturunan Jawa dikatakan mencuri budaya Indonesia dengan wayang kulit, tarian kuda kepang dan sebagainya. Nasib baik rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengamalkan budaya Cina tidak dituduh mencuri budaya oleh rakyat China dan rakyat Malaysia keturunan India yang mengamalkan budaya India tidak dituduh mencuri budaya oleh Rakyat India.

Kalau dulu Ambalat kini Malaysia dikatakan menceroboh Camar Bulan dan Tanjung Batu. Kerajaan Malaysia sudah berulang kali mengatakan bahawa tiada pencerobohan berlaku di Camar Bulan dan Tanjung Batu. Perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia tetapi masih adalah lagi rakyat Indonesia yang tidak puashati dengan meneruskan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Perkataan Ganyang Malaysia terus berkumandang di sana-sini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah mereka cemburu dengan kejayaan Malaysia dianggap adik oleh Indonesia. Atau mungkin Malaysia hanya menjadi punching bag apabila berlaku isu dalaman sebagaimana kes Ambalat apabila rakyat Indonesia marah bila harga petrol dinaikan oleh Kerajaan. Atau mungkin ada pihak ketiga yang akan sentiasa mencipta isu supaya Malaysia dan Indonesia tidak menjadi rakan karib secara tidak lansung Islam akan menjadi lemah.

Sampai bila kita mesti begini?


Spread the love

94 Comments

  1. Hahaha..rasa nak tergelak pun ada bila bro DH kata ada darah Indonesia…btw aku pun sama jugak…susur galur aku dikatakan dari Ibrahim Asmoro…betul atau tidak wallahualam…

    Ttg isu ni, rasanya ada org mmg saja ambik kesempatan dan memarakkan isu ni..pemerintah Indonesia pun dh bgtau yg isu ni tak timbul pun sebenarnya.
    Curahan rasa yas @ ..Kemalangan 15 kereta Indy – Detik2 Dan Wheldon terbunuh!!My Profile

  2. DH, rasanya bukan tanjong batu tapi tanjong datu yang dekat tanjong datu national park, Sarawak…kes ini berbangkit sebab isu sempadan wilayah tersebut akan dibincang pada 16-17 oktober soal titik sempadan sebenar…saya kalau bab keturunan belah ayah nak gelak juga bila opah saya kata kita ni keturunan kyai dari Palembang…
    Curahan rasa azura @ ..Mencari erti sakinah mawaddah warahmahMy Profile

  3. umat islam terutamanya janganlah menjadikan isu yang remeh ini sebagai penyebab berlakunya perbalahan. Negara umat islam yang suatu ketika dahulu dibawah satu naungan dan ketika ini dibahagi2kan oleh org barat semata2 utk melihat kejatuhan umat islam dan lebih2 lagi peperangan sesama islam. Benarlah hadis nabi yg ketika itu berdoa dgn meminta 3 permintaan kepada ALLAH. satu sahaja yg tidak diperkenankan olehNYA iaitu perbalahan sesama islam. FIKIR2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.
    Curahan rasa manmala @ ..Apa Itu Google Sitelink ?My Profile

      1. suatu hubungan pasti tidak akan terlepas dari pasang surut, apalagi apabila tetangga dalam lingkup negara. namun ada baiknya apabila kedua pihak saling menghormati hak-hak masing2. jangan sampai ada merasa dirugikan bahkan tersholimi.
        Namun yang perlu kita waspadai jangan sampai hubungan negara serumpun memburuk karena ulah oknum yang mempunyai kepentingan tertentu.
        Sebagai seorang blogger, kita wajib bersikap bijak dalam memfilter semua informasi agar jalinan ukhuwah tetap terjaga dengan baik
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sajadah Ka’bahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!