Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku pernah menulis isu sedih Mantik Hani bertajuk “MANTIK HANI pergi tak kembali yang tinggal mesti diHUKUM“. Makamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada A. Murugan, bekas majikan yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah, Mantik Hani.
Setuju dengan kata-kata, Penasihat Menteri di Kedutaan Republik Indonesia di Malaysia, Amiruddin Pandjaitan “Bagi kedutaan, yang penting adalah keadilan dapat ditegakkan dan yang melakukan telah dibuktikan bersalah serta dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang di Malaysia“.
Aku memang tidak punyai pengalaman mempunyai pembantu rumah atau bibik samada dari Indonesia atau Kemboja. Melihat pengalaman teman dan saudara mara memang bukan mudah untuk mendapat pembantu rumah yang baik. Ada teman yang sudah bertukar belasan pembantu rumah barulah dapat pembantu yang berkualiti seperti kehendak hati. Yang parah setiap kali bertukar pembantu melibatkan wang ringgit.
Walau bagaimanapun masalah pembantu rumah bukanlah menjadi lesen untuk mereka didera dan dipukul. Kebodohan Majikan seperti A. Murugan telah menyebabkan menyukarkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia. Sebahagian rakyat Indonesia telah berdemostrasi dan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pengambilan pembantu rumah dari Indonesia telah dibekukan dan ini menyebabkan majoriti agen pembantu rumah beralih arah ke Kemboja. Itulah setiap kejadian pasti ada hikmahnya kini nasib pembantu rumah Indonesia lebih terbela dan lebih ramai pembantu rumah dari Kemboja memasuki pasaran sebagai ganti pembantu rumah Indonesia.
Semuga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita yang dianugerahkan akal oleh Allah swt untuk berfikir.
[ad#advertlets336]
131 Comments
Walaupun telah digantung sampai mati, tapi masih ada lagi orang yang ikut jejak langkah dia ni.. entah dorang sedar ker tak ni?
salam.selagi sifat ingin tahu melalui pembacaan tentang perkembangan semasa tidak diamalkan,manusia tidak akan tahu apa yg berlaku di sekeliling mereka.siang malam makan kerja tidor.desakan hidup dan tertekan menambah parah kehidupan masyarakat terutama yang tinggal di kota kosmopolitan, terpisah oleh tembok penghalang untuk berkomunikasi sesama mereka. sikap individualistik yg menebal itu,mereka tidak peka dan tidak akan tahu apa apa.
Moga majikan lain yang selalu kejam terhadap PRT bisa belajar dari kasus ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Democracy Is Yet to Learn Film Pendek Karya Adhyatmika
Kadang2 ada juga geram nak tengok orang macam ni buat benda yang tak betul… Tapi kadang2 terfikir juga, mungkin ada faktor lain yang menyebabkan dia bertindak seperti tu?
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
apapun penyababnya apapun paktornya,tindakan sepeti si keparat itu sangat biadab dan tidak ada ma,af buat mereka yg jahat jalim lebih jalim dari sipat binatang. kita manusia yg mengawal hati nafsu dan perasaan,bukan nafsu yg mengusai pikiran dan tindakan.
Ada betul juga kata sumi tu.. cuma kena tau juga faktor dia.. mungkin benda macam ni boleh dikawal..
hidup sesua aturan sajalah
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Betul tu.. siapa yang melakukan kesalahan lantas diberi hukuman.
Curahan rasa Steward John @ ..Amazing Race Asia Season 4
Comments are closed.