Camar Bulan dan Tanjung Datu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Indonesia terlalu rapat dengan aku selain dari sering berulang alik ke Jakarta, Bandung, Pekanbaru, Bali, Padang dan banyak lagi kota yang lain, keluarga aku juga berasal dari Indonesia. Keturunan Emak berasal dari Jawa Barat, keturunan Abah berasal dari Sumatera Barat dan paling menarik Ibu Mertua aku katanya berasal daripada keturunan Pengeran Diponegoro. Bukan sahaja aku malah ramai lagi rakyat Malaysia yang keturunan susul galurnya dari Indonesia. Kerana itu ramai yang merasakan Indonesia itu terlalu rapat di hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

Malangnya rasa kasih sayang rakyat Malaysia tidak dapat dirasai oleh sebilangan rakyat Indonesia. Isu demi isu dibawa untuk menyalahkan Malaysia. Rakyat Malaysia keturunan Jawa dikatakan mencuri budaya Indonesia dengan wayang kulit, tarian kuda kepang dan sebagainya. Nasib baik rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengamalkan budaya Cina tidak dituduh mencuri budaya oleh rakyat China dan rakyat Malaysia keturunan India yang mengamalkan budaya India tidak dituduh mencuri budaya oleh Rakyat India.

Kalau dulu Ambalat kini Malaysia dikatakan menceroboh Camar Bulan dan Tanjung Batu. Kerajaan Malaysia sudah berulang kali mengatakan bahawa tiada pencerobohan berlaku di Camar Bulan dan Tanjung Batu. Perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia tetapi masih adalah lagi rakyat Indonesia yang tidak puashati dengan meneruskan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Perkataan Ganyang Malaysia terus berkumandang di sana-sini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah mereka cemburu dengan kejayaan Malaysia dianggap adik oleh Indonesia. Atau mungkin Malaysia hanya menjadi punching bag apabila berlaku isu dalaman sebagaimana kes Ambalat apabila rakyat Indonesia marah bila harga petrol dinaikan oleh Kerajaan. Atau mungkin ada pihak ketiga yang akan sentiasa mencipta isu supaya Malaysia dan Indonesia tidak menjadi rakan karib secara tidak lansung Islam akan menjadi lemah.

Sampai bila kita mesti begini?


Spread the love

94 Comments

  1. Depa kekadang selalu sangat dengar momokan berita berunsurkan fitnah.. Pasai tuh jadi separa gila beriya iya mengatakan yang Malaysia ni lah pencuri dan Maling…

    Haishhh.. kalau di ikutkan akal dan menggunakan otak yang bijak ni, kain batik tu sebenarnya asal dari NUSANTARA..

    Nusantara ni sebenarnya UNIVERSAL mana mungkin satu pihak nak claim hak cipta..

    Dah terbalik..

    Ini lah sebenarnya manipulasi berita yang dah dicampur fitnah dari orang Barat Amarika dan Israel (Yakjuj & Makjuj) supaya Malaysia dan Indonesia bergaduh besar…

    Focus utama mereka nak hancurkan Nusantara.. Itu pasal isu salah faham antara Indonesia dan Malaysia seringkali terjadi… Sebab momokan berita berunsur fitnah secara halus….
    Curahan rasa Mejuez @ ..Ingat Lagi Kisah Hairuman Miskon? Luahan Hati Kakaknya Maryuni MiskonMy Profile

  2. atok kakyong memang asal/lahir di Sumatera barat.. 😉 berhijrah ke malaysia menjadi rezeki & akhirnya terus beranak-cucu..

    kenapa ya nak tamak sangat.. jika dah satu budaya apasalahnya kita berkongsi.. lagipun yg dah lama dok malaysia ni, byk yg sudah di asimilasikan dgn masyarakat setempat…

    org M’sia tak curi pun budaya tu.. tapi dibawa dlm budaya hidup.. ntah camanalah cara segelintir org Indon ni berpk..
    Curahan rasa kakyong @ ..Filem Abu Ya – lakonan Faizal HusseinMy Profile

  3. rakyat malaysia jgn lah terlalu berbangga sgt..klu nak komen tu pun fikir2 lah jgn ikut sedap mulut je. sbg seorang yg berasal dr sempadan sarawak-kalimantan saya tak nafikan ramai penduduk2 di sebelah sempadan kalimantan mencari rezeki ataupun berniaga di sempadan..dan ramai pengusaha2 malaysia yg membuka ladang2 di kalimantan (toke2 cina)..mmg byk lah limpahan ekonomi dr sarawak mengalir ke sempadan..tak kira lah legal @ illegal…itu tak dipertikaikan..org di sempadan kalimantan sendiri pun akan bersetuju..dengar kata duit RM lebih digunapakai di situ bukan rupiah..tp yg bising2 org lain..diorg yg duduk di sempadan tu x nak bising2 sbb diorg lebih suka keadaan skrg tanpa gangguan..lebih2 lg dgn kurangnya perhatian drpd kerajaan indonesia sendiri sejak dr dulu lg..maka lebih senang lah mendpt rezeki lebih tak kira lah legal @ illegal..lu paham2 lah bro..kdg2 ramai lg diorg yg lebih kaya lebih hebat dr org sarawak yg duduk berhampiran sempadan..tp tak semua tempat ada sebahagian sahaja. kita nak rasa bangga..x juga la..bersyukur boleh lah. nak dibandingkan dgn s’jung kita masih jauh ketinggalan..klu dgn kelantan boleh lah kot..jgn marah ye org kelantan..tp kira ok juga lah klu nak dibandingkan dgn kalimantan..tp x semua tempat di kalimantan tu mundur bro..tp aku lebih suka lg dibandingkan dgn KL ke JB ke alang2 Tokyo..haha..tp xpela..janji boleh enjoy ada broad band, ada ladang getah boleh aku menoreh getah, ada sempadan boleh aku seludup barang dan mcm2 lg la..jom la pergi sarawak..saya belanja mcm2 cap ada.

  4. saya rasa sebab ketiga lagi tepat..tidak mustahil ada pihak ketiga yang nak lihat Indonesia dengan Malaysia bergaduh..Kalau digabungkan orang Islam dari 2 negara ni, mampu menggegarkan dunia dengan kehebatan masing2
    Curahan rasa Adib @ ..UnmistakableMy Profile

  5. harap semuanya nanti akan jadi tenang dan tiada lagi pergaduhan. Kita semua mesti bersatu padu untuk melawan musuh Islam dan bukannya bergaduh sesama sendiri. Semua orang itu bersaudara…

  6. Maaf sebelumnya, beberapa hal yang santer terdengar ke telinga kami adalah bahwa bangsa anda mengklaim budaya kami seperti reog Ponorogo, angklung dsb sebagai budaya anda.. Itu yang membuat sebagian besar warga Indonesia marah. Ada satu hal lagi yaitu batik –> merupakan warisan budaya yang awalnya lahir dari kebudayaan jawa (keraton) kemudian menyebar ke banyak penjuru termasuk ke Malaysia tapi kenapa pemerintah anda mempatenkannya sebagai warisan budaya anda. Bukankah berasal dari Indonesia (Jawa –> keraton)
    Kalau soal pencaplokan dan perbatasan saya rasa merupakan kesalahan kami yang tidak memelihara daerah kami dengan baik.
    Nasi telah menjadi bubur, apa boleh kata. Ada baiknya dari kedua kubu saling menghargai satu sama lain.
    Mohon maaf , mohon tidak ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini..
    Curahan rasa Rina As @ ..Cara Memasang Contact Form di Blog | Halaman KontakMy Profile

    1. Kami Orang Melayu di Malaysia asal usulnya dari tanah seberang juga. DI sini ada orang jaya, banjar dan sebagainya. Budaya dari sana di bawa ke sini. Jadi bila sudah lama digunapakai dan diamalkan, secara automatik akan menjadi budaya turun temurun. Sebab itu pemimpin kami kata ianya budaya dari sini tetapi masih lagi menghormati bahawa asal usul batik itu adalah dari Indonesia. Cuma tidak perlu diperbesar-besarkan kerana Malaysia dan Indonesia itu asalhnya serumpun.
      Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL 2011/12 Week 8: Arsenal vs SunderlandMy Profile

      1. Cara menghargai yang sangat unik namun kurang bijaksana bila salah satu pengamalannya adalah mempatenkan budaya leluhur dari negara lain, ini bisa menimbulkan percekcokan, keturunan asli yang masih menetap dilokasi dimana budaya tersebut berasal akan sangat tersinggung dan marah.
        Sebenarnya hak paten itu seharusnya ada ditangan pemilik budaya asli yang masih menetap di tempat budaya tersebut berasal. Mohon untuk diperhatikan..
        Dan saya berharap semua warga Malaysia keturunan Indonesia yang mengamalkan kebudayaan leluhurnya memiliki tingkat tenggang rasa yang tinggi sama dengan anda.

        Terima kasih sudah mereply komentar saya
        Curahan rasa Rina As @ ..Cara Efektif Meningkatkan Pageview BlogMy Profile

  7. no offence to all indonesians to read this blog and you mght not like what i am about to say.. You guys are idiots.. semangat nasioalisme anda sangat tak de asas.. you guys are driven by angers and temper yang kadang2 membuatkan anda seolah2 tak de civilisation.

    dorang buat perkara tanpa berpikir akal logik yang panjang. Ambil contoh kisah manohara, betapa mereka di perbodohkan oleh Manohara dan menyalahkan malaysia pasal semua bende, tapi tengok sekarang, Manohara becomes one of the most hated guts in Indonesia..

    Pasal kes maids, kes terbaru accusing Malaysia amik kawasan dorang. Mereka tau tak kebanyakan kampung-kampung di Kalimantan border sabah sarawak, mereka mengharapkan belas ihsan Malaysia untuk electiricy dan air bersih. itu pun tak sedar diri lagi
    Curahan rasa Pereman @ ..Chinese Baby Got hit by Car Twice in China. 18 people ignoring it! [Video]My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!