Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya menjulang AFF Suzuki Cup buat pertama kali dengan permainan yang sungguh menarik (macam tak percaya pulak ni team Malaysia). Semuga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat dunia terutama Piala Dunia. Malaysia memang BOLEH.
Tahniah juga kepada Timnas Indonesia yang menunjukkan semangat juang yang tidak ada hentinya sehingga berjaya mengalahkan Malaysia 2-1 di final ke dua. Harimau Malaya dan Garuda telah bermain dengan kualiti yang sangat baik yang sangat jarang dilihat diperingkat Asia Tenggara. Semuga AFF Suzuki Cup 2010 menjadi satu permulaan meningkatan kualiti bola sepak Asia Tenggara seperti yang ditunjukkan oleh Korea Selatan dan Jepun. Semuga Asia Tenggara akan menjadi mengeksport pemain-pemain bola sepak profesional keseluruh dunia seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya dan Garuda juga sangat menakjubkan. Tahniah Malaysia dan Indonesia anda semua memang HEBAT!!!!
[ad#nuffnang336]
226 Comments
Harimau Malaya ternyata lebih unggul
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Batik Nasional
Khaerul Fahmi is The Best
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Batik Nasional
Tahniah Malaysia!
game Malaysia n Indonesia nampak cantik la plak.. standard korea/jepun.. lps ni lg rmai la nk follow liga M.. hoho
selamat bercuti bg yang bercuti huhuh
Ceqla kerja
🙁
http://www.penanti.com/contest-blog/domain-hosting-percuma-dari-penanti-com/
Curahan rasa Ceqla @ ..“HATE MALAYSIA” trend terhangat di twitter
ceq mmg awal2 da dikasi cuti smggu.. so, xdelah cuti sempena menang bola ni… huhu
Tebus cuti bola ni pulak lepas ni.. haha
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
Pada tahun 2010, Khairul Fahmi adalah sebahagian daripada pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia . Khairul juga meraih The Best Young Player dan Keeper Terbaik anugerah di Anugerah Bola Sepak 2010 Kebangsaan 100PLUS-FAM.
Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) adalah penjaga gol Malaysia saat ini.Kahirul Fahmi Che Mat bermain untuk Kelantan FA di Liga Super,Malaysia.
Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.
Ha betul tu.. pernah terbaca benda yang sama dekat bharian.com.my
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
Comments are closed.