Budget Malaysia 2012 yang menarik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pembentangan Budget Malaysia 2012 disambut dengan berbagai reaksi oleh seluruh Rakyat Malaysia. Fokus Kerajaan dalam pembentangan Budget 2012 adalah membela nasib golongan sederhana dan ke bawah yang merupakan 40% daripada jumlah populasi Malaysia. Golongan ini jugalah merupakan pengundi berdaftar yang paling tinggi berbanding daripada kumpulan yang lain dan strategi serampang dua mata pasti membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Banyak juga cadangan Rakan Blogger melalui entri “Budget Malaysia 2012 Cadangan Blogger” dan “Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak” yang diambil kira oleh DS Najib Razak dalam pembentangan Budget 2012. Antara yang paling menarik adalah kebenaran menggunakan simpanan KWSP untuk mendaftar Haji. Kemudahan ini sudah pasti dapat membantu ramai yang kesempitan wang untuk mendaftar Haji sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun.

Budget 2012 tidak kelihatan projek gergasi yang boleh merancakkan ekonomi Malaysia untuk bersaing dalam kegawatan ekonomi dunia tetapi Kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza. Insentif RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000, insentif RM100 kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, insentif baucer buku RM200 untuk pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti, bonus kakitangan kerajaan minima RM1000 dan insentif RM3000 untuk keluarga bekas perjuang kemerdekaan kelihatan seperti gula-gula pilihanraya tetapi sebenarnya memberi kesan ekonomi yang sangat besar. (Kepada yang terima insentif jangan lupa infaq walaupun RM1 untuk dapat keberkatan).

Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan.

Aku setuju dengan Amanz.my yang agak kecewa dengan Budget 2012 yang kurang fokus kepada IT. Mungkin juga telah terlalu banyak fokus untuk IT pada budget-budget terdahulu menyebabkan Kerajaan mengalih fokus pada sektor yang lain.

Kepada usahawan muda Melayu tolong ambi perhatian dengan Budget 2012 dan cari peluang semaksima yang boleh daripada semua kemudahan kewangan yang disediakan. Masalah usahawan Melayu ini lebih suka disuap dan kurang rajin untuk mencari peluang walaupun berbagai kemudahan telah disediakan. Buktinya apabila buku budget dikeluarkan berapa kerat sangat usahawan Melayu yang berusaha untuk mengambil untuk membaca secara terperinci sedang usahawan bangsa lain berebut untuk mendapatkan naskah budget setiap tahun.


Spread the love

89 Comments

  1. Yuran sekolah dimasuhkan tetapi ibubapa masih dibebani kos yuran sekolah yang lain. Bajet tidak merangkumi golongan OKU, bidang IT terutama prasarana IT dan bidang pertanian untuk meningkatkan perhasilan didalam negara yang mana kita masih mengimport bahan pertanian dari negara luar contoh paling mudah bawang. Mengenai simpanan KWSP boleh digunakan untuk menunaikan Haji cuma saya agak ragui dimana wang KWSP dilaburkan disini pihak kerajaan perlu sensitif.

    Saya kurang bertuju pemberian one off kerana ia akan menjadi budaya dan dinantikan pada bajet akan datang.

  2. setiap seorang dari rakyat Malaysia dapat manfaatnya, cuma tak dinyatakan dengan jelas dalam bajet berkenaan… apa juga hasilnya akan kita terima sikit atau banyak…
    Curahan rasa yangbaik @ ..Jangan tinggalkanMy Profile

  3. bajet 2012 memang menarik…. banyak kelebihan untuk keluarga 1Malaysia… terbaik juga tahniah buat mereka yang memikirkan kebaikan untuk semua. Perlu diberi penekanan kepada kaedah penyampaian dan integriti pembawa amanah … 🙂
    Curahan rasa yangbaik @ ..Jangan tinggalkanMy Profile

  4. bgus lah dpt bonus lbih, gaji naek, baucar buku tp jgn plak hrge minyak n brg2 naek..tade guna la gaji naek pn..brg2 brtmbh mhl..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!