Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pembentangan Budget Malaysia 2012 disambut dengan berbagai reaksi oleh seluruh Rakyat Malaysia. Fokus Kerajaan dalam pembentangan Budget 2012 adalah membela nasib golongan sederhana dan ke bawah yang merupakan 40% daripada jumlah populasi Malaysia. Golongan ini jugalah merupakan pengundi berdaftar yang paling tinggi berbanding daripada kumpulan yang lain dan strategi serampang dua mata pasti membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Banyak juga cadangan Rakan Blogger melalui entri “Budget Malaysia 2012 Cadangan Blogger” dan “Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak” yang diambil kira oleh DS Najib Razak dalam pembentangan Budget 2012. Antara yang paling menarik adalah kebenaran menggunakan simpanan KWSP untuk mendaftar Haji. Kemudahan ini sudah pasti dapat membantu ramai yang kesempitan wang untuk mendaftar Haji sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun.
Budget 2012 tidak kelihatan projek gergasi yang boleh merancakkan ekonomi Malaysia untuk bersaing dalam kegawatan ekonomi dunia tetapi Kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza. Insentif RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000, insentif RM100 kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, insentif baucer buku RM200 untuk pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti, bonus kakitangan kerajaan minima RM1000 dan insentif RM3000 untuk keluarga bekas perjuang kemerdekaan kelihatan seperti gula-gula pilihanraya tetapi sebenarnya memberi kesan ekonomi yang sangat besar. (Kepada yang terima insentif jangan lupa infaq walaupun RM1 untuk dapat keberkatan).
Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan.
Aku setuju dengan Amanz.my yang agak kecewa dengan Budget 2012 yang kurang fokus kepada IT. Mungkin juga telah terlalu banyak fokus untuk IT pada budget-budget terdahulu menyebabkan Kerajaan mengalih fokus pada sektor yang lain.
Kepada usahawan muda Melayu tolong ambi perhatian dengan Budget 2012 dan cari peluang semaksima yang boleh daripada semua kemudahan kewangan yang disediakan. Masalah usahawan Melayu ini lebih suka disuap dan kurang rajin untuk mencari peluang walaupun berbagai kemudahan telah disediakan. Buktinya apabila buku budget dikeluarkan berapa kerat sangat usahawan Melayu yang berusaha untuk mengambil untuk membaca secara terperinci sedang usahawan bangsa lain berebut untuk mendapatkan naskah budget setiap tahun.
89 Comments
Paling aku suka sekali, dapat baucer RM 200 ringgit. Tahun depan tahun akhir belajar kat universiti. Dapatlah juga merasa…
insentif 200 untuk buku akan jadi insentif untuk handset baru..haha
yes. setuju juga. sebagai org yg belajar dan bekerja dengan IT..saya sendiri rasa tak berapa nak puas hati dengan bajet 2012 ni. kerajaan xade inisiatif utk perkembangkan IT pada umun.sorry to say, tp rakyat malaysia ramai yg masih buta IT. kita patut dah kehadapan dalam aspek ni sepatutnya
Curahan rasa Lizz @ ..(Video)Lagu Enjit-Enjit Semut. Lirik Lawak Tapi Bermakna!
salam lizz
untuk mencelikkan rakyat malaysia dalam bidang IT…jom la pakat terjah blog saya…hahahahaha
Curahan rasa Zainal @ ..How To Create HTML Sitemap In Your Blog
pandai sambil menyelam air tau.kahkahkahkahkah!!!
Curahan rasa Lizz @ ..Download Drama Stanza Cinta Full Episode
Bonus setengah bulan gaji sudah cukup membantu kepada kakitangan kerajaan. Tapi masih ramai lagi yang perlekeh dengan apa yang diberi.
it tu termasuk dalam inovasi, buat syarikat n produk it banyak je bantuan dari kerajaan
taun ni bajet xbanyak yg merepek =)
Hmm bila la nak mesra di dalam teknologi dan perkomputeran
Curahan rasa wazy @ ..Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Menarik ke? Entahla..rasa bajet tahun ini golongan pertengahan di pinggirkan..mostly yg dpt utk kakitangan awam, felda, dan juga berpendapatan rendah..but most yang bayar income tax adalah golongan pertengahan macam saya dan Isteri..keciwa,keciwaa…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Tahniah Je Jai Masuk Final Blogger MasterChef
Semoga pembagian budget di setiap sektornya bisa adil dan berkecukupan..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Meningkatkan Trafik Blog
Sebagai kakitangan kerajaan, aku kurang bersetuju dengan perlanjutan pencen ke umur 58 ke umur 60. Yang lain boleh dikira menarik.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Katanya Kau Mahu Bercinta
Semoga dapat meringankan beban rakyat Malaysia. Terima kasih Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Curahan rasa Faris @ ..Steve Jobs Kini Hanya Tinggal Kenangan
Setuju dgn anda!
KWSP paling untung .
Curahan rasa fezal @ ..#MITOSORANGKITA
sekurang2nya melegakan pihak tertentu khususnya ke arah biasiswa buat pendidikan…
saya suka bab KWSP tu je.. hehe.. majikan kena bayar 13%.. hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..ISI KANDUNGAN BAJET 2012
Bajet masih lagi menitikberatkan kebajikan pekerja gomen…tiada penyelarasan gaji minimum untuk semua pihak..hurm…
Curahan rasa plain jane @ ..sama2 la kita berdoa hehe
Comments are closed.