Budget Malaysia 2011 satu cadangan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama aku nak mencadangkan sesuatu kepada DS Najib Razak melalui blognya untuk Budget Malaysia 2011 tetapi tiada kesempatan. Aku mengambil peluang di hari pembentangan Budget Malaysia 2011 untuk mencadangkan suatu perkara yang penting dan menentukan survival Malaysia untuk generasi masa depan. Entri ini akan aku tweet dan pautkan terus ke blog DS Najib Razak manakan tahu akan diambil perhatian.

Aku mencadang supaya GAJI MINIMUM DITINGKATKAN untuk semua sektor buruh seperti pekerja ladang, pembuat bangunan, pekerja kilang dan sebagainya yang sekarang dikuasai oleh warga asing dengan izin dan tanpa izin yang majoritinya daripada Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan beberapa negara lain. Majoriti rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor ini kerana gajinya yang agak rendah dan tak kurang juga ramai yang lebih rela menganggur daripada bekerja.

buat-duit-dengan-blog

Implikasi daripada penguasaan sektor buruh oleh warga asing adalah akan menyebabkan skil sebagai buruh akan hilaang daripada rakyat Malaysia. Sekarang mungkin majikan mampu membayar gaji kepada warga asing kerana ekonomi negara masih baik. Apa berlaku seandainya ekonomi kita jatuh teruk dan tidak mampu membayar gaji warga asing, sudah pasti warga asing ini akan berduyun-duyun keluar daripada Malaysia mencari rezeki di negara lain. Apabila keadaan ini berlaku maka Malaysia akan ditinggalkan dengan rakyat yang sudah hilang skil sebagai buruh dan ini sudah pasti akan menyebabkan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih parah. Lihat sekarang berapa ramai rakyat Malaysia yang ada skil memetik kelapa sawit, membancuh simen, membuat bagunan dan lain-lain perkerjaan buruh.

Implikasi kedua dengan apa yang berlaku sekarang adalah berbillion Ringgit Malaysia mengalir keluar negara ke negara asal pekerja warga asing.

Dengan menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi untuk sektor buruh akan menarik minat rakyat Malaysia kembali bekerja dalam sektor buruh. Apabila rakyat Malaysia terus berada dalam sektor buruh maka kita tidak risau seandainya Malaysia ditinggalkan oleh pekerja warga asing kerana skil sebagai buruh masih ada di kalangan rakyat Malaysia. Yang lebih penting Ringgit Malaysia tidak akan mengalir ke negara luar. Pekerja buruh rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sudah pasti akan berbelanja di dalam negara. Perbelanjaan ini sudah pasti akan mengerakkan ekonomi negara terutama dalam sektor peruncitan.

Sememangnya Malaysia menuju negara Maju dan negara berpendapatan tinggi tetapi ini bukan bermakna 20 – 30 tahun akan datang Malaysia sudah tidak ada ladang sawit, sawah padi, ladang getah dan projek pembangunan. Adakah kita akan terus bergantung harap dengan pekerja warga asing yang majoritinya tak pernah merasa terima kasih pun.

Budget Malaysia 2011 satu cadangan dari aku rakyat kecil semuga kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Razak mengambil perhatian isu ini yang kelihatan kecil tetapi akan menentukan survival Malaysia.

BERAPA AGAKNYA GAJI MINIMUM YANG PALING SESUAI UNTUK PEKERJA BURUH MALAYSIA???


Spread the love

59 Comments

  1. salam.. ermm saye kurg arif dlm bidang ni sbenarnye. adekah gaji minimum utk rakyat tempatan dgn warga asing adalah same. so sekirenye gaji minimum utk pekerja buruh dinaikkan, maka adekah gaji minimum utk warga asign turut dinaikkan? terime kasih.
    Curahan rasa Lolo @ ..Movie Review- Charlie St Cloud 2010My Profile

  2. salam,
    cadangan tu memang bagus, tapi kena ikut sektor juga, kalau semua sektor gaji dinaikkan, macam mana pulak dengan usahawan yang baru nak meningkat naik atau yang baru berjinak2 dalam dunia perniagaan. Dan lagi satu cam ner pulak dengan pembantu rumah… kena pikir gak tuh… tak semua rakyat malaysia mampu baut kerja rumah atau jadi pembantu rumah yang baik..
    Curahan rasa yangbaik @ ..Bidah dalam ugamaMy Profile

    1. kerajaan boleh bagi insentif dengan mengenakan cukai yang lebih rendah kepada majikan yg mengajikan pekerja tempatan dengan kadar gaji yg lebih tinggi dan kepada majikan yg mengajikan warga asing dikenakan cukai yg lebih tinggi.

      1. insyallah kalau di beri gaji yg baik pasti rakyat malaysia pun boleh jadi pembantu rumah yg baik. Sekarang pun bukan semua pembantu rumah warga asing tu bagus. kalau 10 7 pasti tiada kualiti.

      1. Steward John
        Betul tu.. kalau pengambilan buruh ni mengikut kelayakan dorang ada kan bagus.. tak la rugi dinaikkan gaji dorang tu.
        Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Tarikh dan Pautan penting

        Steward John
        Betul tu.. kalau pengambilan buruh ni mengikut kelayakan dorang ada kan bagus.. tak la rugi dinaikkan gaji dorang tu.
        Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Tarikh dan Pautan penting

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!