Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beza orang yang berjaya dengan yang tidak berjaya sangat jelas. Orang berjaya sentiasa berfikiran positif dan melihat budget 2013 sebagai peluang manakala orang tidak berjaya akan terus mencari kesalahan. Orang politik pembangkang pastilah akan terus membangkang dan politik menyokong akan terus menyokong. Kita pula mesti pandai mencari peluang.
Banyak insentif budget 2013 yang menarik untuk kita ambil kesempatan. Paling baik kalau kita dapatkan laporan budget 2013 dan baca secara detail bahagian-bahagian yang boleh memberi faedah secara maksima mengikut aliran minat kita. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang akan mengambil laporan budget 2013 dan selebihnya akan komplen sana komplen sini melebihi pakar ekonomi hebat.
Ada yang tanya apa yang Blogger dapat daripada budget 2013 .. macam tak de sahaja.
Budget 2013 memang banyak yang menarik untuk Rakan Blogger samada secara direct atau indirect. Antaranya
1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013.
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama dengan BR1M.
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah.
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan budget 2012.
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten.
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000.
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi.
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan.
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak.
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita.
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT.
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnis online dan sebagainya. Rugi sangat akau tak dapat insentif ini.
Banyak lagi insentif daripada budget 2013 cuma ingat semuanya tidak akan datang bergolek depan pintu mesti ada usaha untuk mendapatkannya. Kepada yang mengeloh barang mahal perlu rajin pergi membeli belah di Kedai 1 Malaysia. Kepada yang nak mendapat rawatan yang murah kenalah mendapat rawatan murah di Klinik 1 Malaysia.
Paling aku suka pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen. Aku yang dah bertahun-tahun lebih suka minum black tea dan black coffee memang tak terkesan dengan pengurangan subsidi ini. Lagi pun kadar penyakit Diabetis di Malaysia semakin meningkat pasti Dr. Fatin Liyana menyokong pengurangan subsidi gula untuk kesihatan.
Aku sebagai seorang usahawan kecilan yang minat dalam bidang pelaburan, budget 2013 memang menarik kerana Kerajaan banyak fokus dalam industri sekuriti. Pasti semakin banyak peluang IPO yang berkualiti untuk tahun 2013 seperti penyenaraian IPO Felda, IHH dan Astro untuk tahun 2012. Cuma aku dan Blogger ini dan Blogger ini kena merancang semula bisnis property setelah tax 15% dan 10% dikekalkan untuk pelupusan property sebelum 5 tahun.
Secara keseluruhan sebagai Blogger apa yang diharapkan adalah Malaysia yang aman damai dan ekonomi yang terus meningkat hasilnya pasti Rakan Blogger akan semakin banyak menerima tempahan iklan daripada syarikat.
Seperti entri sebelum ini jangan sangat mengharap insentif yang lebih penting kita mencipta pendapatan sampingan untuk menampung kadar kehidupan yang semakin meningkat. Paling penting JANGAN hidup lebih daripada kemampuan.
144 Comments
bajet 2013 kali ini agak mantap kalau dibandingkan dgn tahun2 sebelum ini
Curahan rasa beckhr00y @ ..Rebate RM200 Bagi Pembelian 3G Smartphone Bajet 2013
saya pun tersenyum bila dapat bonus.
Curahan rasa zool @ ..Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 29 September 2012 – Felda Utd vs Kelantan
cuma tak nampak tentang harga kereta je.
Curahan rasa zool @ ..Misteri Kereta Terbakar Bergerak Sendiri Tanpa Pemandu
Tak sokong kurangkan harga kereta kerana akan menambah kesesakan dan pencemaran. Terbaik tingkatkan kemudahaan public transport seperti di bandar besar europe.
vetul tu, setuju dgn bro
Curahan rasa Shahrul @ ..iPhone 5 Telah Berjaya di Jailbreak
Banyak tu budget ny,,harus banyak pemasukan pula biar semua tepenuhi
bener sekali kawan, bagaimana caranya kita mendapatkan pendapatan sampingan…..stuju
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Download Lengkap Kalender Tahun 2013
Pendapatan sbgai blogger masih sikit jd belum bisa memnuhi budget,:(
dalam banyak2 tu, ada satu je yang buat saya tak berapa setuju. bab diskaun untuk telefon pintar tu.. sebab bagi saya lebih baik utamakan KEPERLUAN. yang lain2 tu, mak ok je.hahahaha
Curahan rasa boni kacak @ ..Gangster Hati Kering
Assalamualaikum, saudara denai saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan berkaitan budget 2013, apa yang kita dapat bersyukur daripada tiada yang dapat :), berkaitan dan saya suka text saudara iaitu “angan sangat mengharap insentif yang lebih penting kita mencipta pendapatan sampingan untuk menampung kadar kehidupan yang semakin meningkat. ” …
Curahan rasa AyieBlog @ ..Senarai Perisian Web Pelayan ( Server )
Tambahan 150 kakitangan setiap tahun untuk Malaysian Anti-Corruption Commission…good move.
Curahan rasa GreenLava @ ..How To Setup/Host Custom Domain On Blogger
Juga pertambahan anggota polis dapat membantu mengurangkan jenayah negara.
emm memang bersyukur sgt ler dapat bajet mcm ni..kurang-kurang boleh menampung segala perbelanjaan anak sekolah. Hehe. Yang penting BR1M 2.0 tu..hehe..rezeki jgn ditolak..
Curahan rasa Hafizul @ ..Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop
Apa yang paling aku suka sekali dalam hal ini ialah diskaun sebanyak 20% dan 10% kepada peminjam PTPTN… banyak tu… tapi kalau ada juga yang masih nak merungut pasal benda nie tak tahulah nak kata apa…
Curahan rasa Noorikmal @ ..Live Streaming Selangor vs Singapore 29 September 2012
Assalam, tahniah… pelajar ipt pun dapat kenaikan baucar sebanyak RM 50 kepada RM250… hahahha..
Curahan rasa Noorikmal @ ..Live Streaming Selangor vs Singapore 29 September 2012
GST tak diperkenalkan tahun ni sebab nak jaga hati pengundi. Saya yakin lepas election nanti (tak kisah siapa menang) GST akan diperkenalkan. Sama halnya dengan cukai tembakau dan alkohol, akan dinaikkan.
Curahan rasa ariff @ ..Daripada Bagi Duit Beli Phone, Lagi Baik Bagi Duit Beli Rumah
Kebanyakan negara dah lama ada GST yg sememangnya baik utk ekonomi sesebuah negara.
Pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen mungkin akan meninggalkan tanggapan nagetif pada sesetengah golongan yang suka lebihkan manisan dalam minuman.Tapi itu hanya sementara sahaja ,suatu hari nanti mereka akan sedar semula tentang kebaikkan pengurangan subsidi gula ini.
Curahan rasa dhinai @ ..Pertanyaan sebagai peringatan.
Bagus apa kenaikan itu… jadi rakyat kurang beli gula dan berkuranglah juga pesakit diabetis… hehehe… ada baiknya juga…
Curahan rasa Noorikmal @ ..Live Streaming Selangor vs Singapore 29 September 2012
Tapi harga padi tetap xnaik.. Hmmm..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Analisis Perlawanan Arsenal vs Chelsea 29 September 2012
Yang smartphone tu memang sangat2 menarik ekeke..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Analisis Perlawanan Arsenal vs Chelsea 29 September 2012
Comments are closed.