Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beza orang yang berjaya dengan yang tidak berjaya sangat jelas. Orang berjaya sentiasa berfikiran positif dan melihat budget 2013 sebagai peluang manakala orang tidak berjaya akan terus mencari kesalahan. Orang politik pembangkang pastilah akan terus membangkang dan politik menyokong akan terus menyokong. Kita pula mesti pandai mencari peluang.
Banyak insentif budget 2013 yang menarik untuk kita ambil kesempatan. Paling baik kalau kita dapatkan laporan budget 2013 dan baca secara detail bahagian-bahagian yang boleh memberi faedah secara maksima mengikut aliran minat kita. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang akan mengambil laporan budget 2013 dan selebihnya akan komplen sana komplen sini melebihi pakar ekonomi hebat.
Ada yang tanya apa yang Blogger dapat daripada budget 2013 .. macam tak de sahaja.
Budget 2013 memang banyak yang menarik untuk Rakan Blogger samada secara direct atau indirect. Antaranya
1. Bonus untuk Penjawat Awam sebanyak satu bulan setengah yang dibayar 3 kali Aidilfitri 2012, Disember 2012 dan Januari 2013.
2. BR1M 2.0 RM500 untuk ketua isirumah yang berpendapatan kurang RM3,000 dan RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000. Cara tuntutan BR1M 2.0 masih sama dengan BR1M.
3. Bantuan persekolahan RM100 seorang untuk anak-anak yang bersekolah.
4. Boucar buku RM250 untuk Pelajar Pengajian Tinggi dinaikan RM50 berbanding dengan budget 2012.
5. Rebet hutang PTPTN diskaun sebanyak 20% dan 10% untuk pembayar yang membayar secara konsisten.
6. Diskaun 50% tambang komuter untuk yang berpendapatan kurang RM3,000.
7. Kelayakan pembayar cukai dikurangkan 1 mata dan ini akan mengeluarkan ramai daripada kelayakan pembayar cukai pendapatan. Ini secara tak lansung akan meningkatkan jumlah pendapatan yang diperolehi.
8. Kelayakan Skim Rumah Pertama dinaikan kepada RM5,000 dan syarat simpanan 3 bulan dan bekerja enam bulan dihapuskan.
9. Pembinaan 123,000 rumah mampu milik kepada yang layak.
10. Insentif RM1000 untuk usahawan online wanita.
11. Geran khas untuk usahawan muda ICT dan Yayasan yang membantu melatih usahawan muda ICT.
12. Rebet RM200 smartphone 3G kepada belia berusia 21 – 30 tahun dengan gaji kurang RM3,000. Ini peluang yang baik kepada belia memaksimakan penggunaan smartphone untuk menghasilkan pendapatan sampingan seperti monitor saham BSKL, live blogging, monitor harga emas dan perak, monitor bisnis online dan sebagainya. Rugi sangat akau tak dapat insentif ini.
Banyak lagi insentif daripada budget 2013 cuma ingat semuanya tidak akan datang bergolek depan pintu mesti ada usaha untuk mendapatkannya. Kepada yang mengeloh barang mahal perlu rajin pergi membeli belah di Kedai 1 Malaysia. Kepada yang nak mendapat rawatan yang murah kenalah mendapat rawatan murah di Klinik 1 Malaysia.
Paling aku suka pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen. Aku yang dah bertahun-tahun lebih suka minum black tea dan black coffee memang tak terkesan dengan pengurangan subsidi ini. Lagi pun kadar penyakit Diabetis di Malaysia semakin meningkat pasti Dr. Fatin Liyana menyokong pengurangan subsidi gula untuk kesihatan.
Aku sebagai seorang usahawan kecilan yang minat dalam bidang pelaburan, budget 2013 memang menarik kerana Kerajaan banyak fokus dalam industri sekuriti. Pasti semakin banyak peluang IPO yang berkualiti untuk tahun 2013 seperti penyenaraian IPO Felda, IHH dan Astro untuk tahun 2012. Cuma aku dan Blogger ini dan Blogger ini kena merancang semula bisnis property setelah tax 15% dan 10% dikekalkan untuk pelupusan property sebelum 5 tahun.
Secara keseluruhan sebagai Blogger apa yang diharapkan adalah Malaysia yang aman damai dan ekonomi yang terus meningkat hasilnya pasti Rakan Blogger akan semakin banyak menerima tempahan iklan daripada syarikat.
Seperti entri sebelum ini jangan sangat mengharap insentif yang lebih penting kita mencipta pendapatan sampingan untuk menampung kadar kehidupan yang semakin meningkat. Paling penting JANGAN hidup lebih daripada kemampuan.
144 Comments
Bagi saya bajet kali ni memang best. Terutama dari sudut pelajar. PTPTN dapat rebet. Sekarang memang banyak isu PTPTN ni, jadi kalau dah ada rebet begini, takkan tak nak bayar lagi kan.
Curahan rasa Naziman @ ..Impian dan Perancangan Blogging dalam 3 Tahun
Baru lps download tadi laporan penuh bajet 2013.. Sat lg dah tenang2 baru nk baca… He3
Kerajaan menumpukan kepada industri security pada tahun depan kerana dari sana boleh generate lebih cukai hasil dari pendaptan besar penyenaraian, namun untuk rangsangan ekonomi domestik rasanya berharap perbelanjaan oleh orang ramai dari BR1M. Berkenaan peruntukan perbelanjaan pembangunan pula tak taulah pecahan mengikut negeri macam mana lak. kalalu negeri-negeri dibawah pakatan rakyat mungkin mendapat pecahan yang kecil (pada pendapat saya). Jika itu berlaku maka sudah tentu perkembangan ekonomi untuk peniaga kecil di negeri-negeri dibawah pakatan rakyat akan menjadi perlahan…sama-sama kita nantikan…wallahualam…
Curahan rasa Syarih @ ..10 Perkara Yang Paling Aku Benci Bila Aku Membaca Blog.
hidup mesti ikut kemampuan….insentif yang dapat kalu xnak belanja labur jer.peluang BR1M takkan datang 2 kali….& bonus 1 1/2 bulan gaji pun sama….
Curahan rasa zack @ ..Sambal Terung Bakar
luar biasa…. bagus sangat laa… 😀
Curahan rasa jelly gamat luxor @ ..obat penambah gairah seks alami
ambil peluang yg ada spt BRIM , diskaun PTPTN dan rebat smartphone
Curahan rasa poruman @ ..Tengkorak kepala ratu cantik disimpan dalam perutnya
Ada Br1m 2.0 amat dialu alukan. Satu hadiah kepada rakyat Malaysia
Curahan rasa Rem @ ..Kesan Budget 2013
Budget lebih baik kerana ada pengurangan cukai pendapatan. Itu cukup bermakna kerana dapat tambahan pendapata.
Curahan rasa Rem @ ..Kesan Budget 2013
paling penting, jangan over..ehehe menarik
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
pasti ramai yg tersenyum
belanjawan pilihanyara… 🙂
Curahan rasa auc @ ..Empat Fungsi USB Flashdisk yang Jarang diketahui
setuju dengan bro Zulkbo, belia saja yang dapat rm200 tu patutnye semua la..anyway budget 2013 ni banyak jugak insentif yang dibagi walaupun setengah2 tu aku x dapat pun.. 🙁
Curahan rasa Weschairs @ ..Resort World of Genting – FREEZE 2
Salam Bro..
Bajet kali ini memang agak berbelanja..
tak pe lah..sebab bila ada duit di belanja
akan menjana ekonomi negara..cuma…,
bab bagi RM200 kat belia beli telefon pintar
saya kurang setuju..pertama kenapa hanya mereka?
saya pun nak juga..huhu
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Selain Sedap Dimakan Ada Tentang Ikan Tuna Yang Mungkin Anda Mahu Tahu
Kalau org yang bersyukur, dia sentiasa menadah tangan dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya. Rezeki bukan datang dari makhluk tetapi datangnya dari yang maha esa. Tidak perlu dipertikaikan segala apa uang dibuat oleh kerajaan. Sekadar pandangan
memang bajet terbaik walaupun dekat PRU13 …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Berbaloi ke Pangkor hanya
Rebat RM200 sangat dialukan, dapat MJ menukar phone baru, plan antara SG S3 ataupun iPhone5. (Tgk bajet jugak) hehee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Hadiah buat Pengomen Tegar
Comments are closed.