Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.

Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.

Tetapi ….

Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.

Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.

Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.

Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.

Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.

Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.

Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …

Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.


Spread the love

304 Comments

    1. Kita hanya insan biasa, terlalu kerdil di sisiNya. Kita hanya sementara/menumpang di bumi Allah,bila2 masa ia kan menjemput kita bila mana ia memanggil/mengambil roh/nyawa kita bila2 masa saja. Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah Taala.
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

    1. Berkongsi suka dan duka di sini menjadi satu wadah utk DH memberi segala-galanya apa yg difikirkan perlu utk tatapan umum supaya lebih memberi drpd menerima. “Tangan yg memberi lebih baik drpd tangan yg menerima”.
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

  1. salam..
    benar sekali pertolongan yang ikhlas
    sukar di cari kerana ada pepatah yang
    mengatakan “ikhlas itu ibarat semut hitam
    di atas batu hitam di malam yang hitam kelam”
    mana nak nampak kan..?tapi Allah maha mengetahui
    saya menasihati diri saya sendiri nih..
    Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Benarkah Neil Armstrong Seorang Islam?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!