Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.
Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.
Tetapi ….
Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.
Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.
Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.
Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.
Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.
Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.
Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …
Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.
304 Comments
itulah manusia sahabat,alangkah baiknya kita selalu saling bantu membantu
Curahan rasa zhaly @ ..Informasi Berita Bola Terbaru di sambil-santai.com
selalu ingatkan hati supaya istiqomah ikhlas bila menghulurkan bantuan dan hanya mengharapkan Allah sahaja yang lebih baik dan layak untuk membalas bagaimana cara pun..
Curahan rasa pipoq @ ..Jangan lupa
memang betul,bila kita ikhlas menolong Allah pulak akan tolong kita tanpa kita sedar 😉
wahh..ini sudah bagusss..
Curahan rasa titan @ ..5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.
Yang terpenting luruskan dulu niatnya, insya Allah pasti ketemu pak mukhlis…( si ikhlas ).
Curahan rasa manage finances @ ..Retirement Wishes
Assalam..
Bukan nak harapkan balasan tapi rasa sedih juga kalau pengorbanan kita dilupakan begitu sahaja. Manusia sering lupa tapi bila dah tiada, baru nak terkenangkan..
Curahan rasa iza @ ..Daftar Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
banyak yang kita boleh belajar mengenai kehidupan bila baca kisah beliau ni..
semoga Allah mempermudahkan urusan beliau
Curahan rasa cikgu naman @ ..2 minggu tinggal blog
berarti kita jangan berharap kepada manusia
Curahan rasa agus @ ..Penyakit TBC – Tuberkulosis
ada.. tapi member yg kena… kes motor pancit… siap bagi spare tiub motor tuh…. yg ajaibnya… tak sampai 2 minit last dia bagi salam, terus hilang… huhuhuhuh….
Curahan rasa zack @ ..Kelebihan Memiliki Emas Yang WAJIB Anda Tahu…
pasti menarik ceritanya tu nnt
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Aku Kini Asyik BerTango Bersama Isteri
ikhlas dalam setiap perkara, pasti ada ganjarannya… 🙂
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
hehehe.. tu bukan adik, tapi anak jiran sebelah rumah..hahaha.. mak dia pun blogger juga. nanti saya buat review pasal daniel tu..
Curahan rasa boni kacak @ ..Video Ucapan Raya 2012 Daripada Lelaki Melayu Terakhir
Keikhlasan dalam menghulur bantuan itu penting.
Tapi kekadang manusia akan terlepas pandang sejuta kebaikan kita lakukan tapi akan mengenangkan 1 kesilapan kita.
Curahan rasa daddydee @ ..Siapa Kita Esok Hari?
X sabar nak baca entry dari Tuan Empunya badan.. Mulia sungguh hati dia.. Buat baik tak kira tempat, wang dan tenaga..
Curahan rasa Nurul @ ..Raya Sudah habis..
Berbuat baik tanpa mengharapkan balasan adalah lebih afdal. Kesan mudarat pada hari kemudian adalah takdir semata-mata. Dan kita harus berusaha mengatasinya. Insya Allah.
Curahan rasa ReM @ ..IPO Astro
Comments are closed.