Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, pernah tak melalui pengalaman kesusahan hidup kemudian Allah hantar seseorang untuk membantu kemudian beliau pergi begitu sahaja tanpa sempat kita mengucap terima kasih. Aku masih teringat-ingat seorang lelaki yang membantu aku menukar tayar kereta Nazaria yang pancet ketika aku dalam perjalanan untuk pergi interview tander kafeteria di IJN. Beliau datang secara tiba-tiba dan pergi meninggalkan aku tergesa-gesa tanpa sempat aku mengambil no telefon atau alamat pejabat untuk dihubungi.
Memang benar kata Ulama bila kita membantu jangan harap balasan manusia tetapi haraplah balasan Allah pasti kita tidak akan kecewa. Mungkin juga suatu masa dahulu aku pernah membantu seseorang jadi Allah hantarkan seseorang yang lain apabila aku ditimpa kesusahan. Pasti lelaki yang membantu aku itu akan dibantu Allah apabila beliau menghadapi sebarang kesusahan.
Tetapi ….
Bukan semua melalui pengalaman yang indah seperti aku.
Hati aku terdetik sedih apabila membaca kisah seorang sahabat di entri sahabat ensem ini yang sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian yang lain. Kesusahan bukanlah bermakna Allah SWT itu zalim kepada hambanya setelah berkorban HATI tetapi sebagai ujian untuk meningkatkan makam iman kepada tahap yang lebih terbaik dari baik. Kalau dulu ramai yang kenal beliau tapi sekarang kalau sebut nama pun belum tentu ada yang kenal, benarlah kalau ada isthilah “From Hero to Zero“.
Alhamdulillah asbab dari entri Abang Ensem tersebut bermula suatu perkenalan dengan beliau yang kebetulan beliau adalah sahabat baik kepada sahabat aku yang juga Toke Restoran Nasi Kukus TTDI, Shah Alam, terasa kecik dunia ni.
Setelah berbincang tuan badan bersetuju menjadi Penulis Jemputan di blog Denaihati berkongsi pengalaman beliau menjadi Penderma HATI. Semuga pengalaman beliau menjadi pengajaran yang berharga kepada kita yang masih sibuk dengan hal diri sendiri yang tiada kesudahan. Jangan lah cerita nak derma HATI ……… derma tenaga, derma harta pun kita fikir 1000 kali. Tabik sungguh dengan manusia yang ada kesungguhan membantu sesama manusia sehingga sanggup berkorban nyawa menderma HATi, membantu rakyat Palestine di medan bergolak , keluar berdakwah di negara jauh berbulan-bulan dan sebagainya. Terasa kecik sangat diri ini berbanding mereka-mereka ini.
Semuga blog denaiHATI akan menjadi ruang kepada Penderma HATI, Ahmad Khariri menconteng rasa HATI dan menjadi jambatan antara pembaca setia denaiHATI dengan beliau.
Memang benar Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik tapi pasti Allah SWT akan balas kebaikan dengan jutaan ganjaran yang diluar dugaan.
Tunggukan tulisan ikhlas dari Ahmad Khariri …
Terima kasih juga kepada Abang Ensem ….
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) : Al Baqarah ayat 214.
304 Comments
Kebaikan yg dilakukan tiada batas sempadan, sesiapa saja boleh lakukan, tapi lakulah kerana Allah Taala, bukannya kerana org lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Pakar motivasi perlu juga banyak memberi ceramah, penerangan, soal isu yg lebih baik supaya tidak mengganggu dalam mencari kehidupan yang hakiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
mungkin kata-kata “bersabar” akan menjadi solusinya.
memang kerap bersabar itu mudah di ucapkan tadi sangat sulit untuk dilakukan.
tapi saya yakin dengan bersabar kita akan mendapatkan berkah..
🙂
keep posting ya 🙂
salam.
Curahan rasa vallen @ ..Klasemen Sementara Liga Inggris (Premier League) | 2012 – 2013
Ya kesabaran ada batasnya, namun “Sabar Itu Sebahagian Daripada Iman”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Menjadi ikhtibar dan panduan serta pedoman, supaya kita juga akan menjadi seperti mereka, sanggup berkorban apa saja. “Tepuk dada tanya hati”. Menjadi motivasi utk kita jejak langkah si penderma.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Moga Allah redha di atas segala kebaikan yg kita lakukan, Allah Maha Melihat di atas segala2nya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Semoga Allah membalas baik budi si penderma, si pemberi pertolongan, pemberi segala jiwa dan raga utk org lain, walupun ada yg terpaks merana selepas tu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Berbuat baik dan berbakti pada masyarakat digalakkan,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
iya gan ,,,,
Salam kenal ya ,,
betul setiap apa yg kita buat usah di harapkan balasan..biar Allah saja yg menentukan apa yg baik utk kita
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 34: Cara baru memasak menu di hari raya.
Berbuat baik dibalas kebaikan, kalu tidak pun Allah membalasnya, Kalau berbuat jahat pun begitu juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Moga2 dibalas Syurga Firdaus di Akhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Penderma hati nie adalah MY SUPER SENIOR masa sekolah agama kat Ipoh dulu nie…..
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Tonton Vanila Coklat Raya dengan TIGA SCOOP BASKIN ROBBINS
Kalau begitu ramai juga yg kenal di penderma hati yg ikhlas tu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Satu hal yang kadang kita lupakan adalah bahwasannya baik bagi kita (menurut pikiran kita) belum tentu baik dalam “Pandangan Allah”
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Demikian pula dengan sebaliknya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Kebaikan tentunya akan senantiasa di catat dan akan dibalas dengan kebaikan berlipat dari Allah Ta’ala
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Bila kebaikan tersebut ikhlas serta mengharapkan akan keridhoan Allah Ta’ala
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Dan kita memang sebagai umat Islam telah diberikan tuntunan yang berupa Al-Qur’an dan Al-Hadist dalam hal berbuat kebaikan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Seperti pula kebalikannya kejahatan serta keburukan pun tentunya akan dibalas dengan keburukan, baik hal tersebut berjalan cepat atau pun lambat akan ada balasannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Jadi tergantung kita apakah akan berjalan dalam Rel Kebaikan atau malah sebaliknya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Karena tentunya Allah takkan pernah menzholimi hamba-Nya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Malahan justru kita sebaliknya yang berbuat dzolim terhadap diri kita sendiri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
tapi kalau nabi malah berbuat baik kepada orang yang menzhaliminya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Umat Islam dituntut utk memberi pertolongan kepada yg susah atau yg memerlukan pertolongan. Byk yg dpt kita boleh buat spt menderma darah, organ badan, wang, harta, tenaga dll yg diperlukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Alhamudllillah sebab ada yang simpati pada nasib beliau dan sudi memberikan pertolongan. Insya-allah ada lagi yg akan membantu. Org yg berbudi insya-allah dikenang orang walaupun bukan pada org yg ditabur budinya. Looking fwd utk membaca nukilan beliau di blog Denaihati nanti…
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..BookFest @ Malaysia 2012, KLCC
buat baik berpada2 …
Selama kita masih hidup banyaklah berbuat baik untuk dunia dan akhirat kelak
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Merubah / Mengedit Judul Posting Blog Lebih SEO Friendly
Benar sekali sahabat Ramzi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
Jangan pernah untuk meragukan hal tersebut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Ventrikel Septal Defect (VSD)
ya mungkin kalau kita tidak dapat balasan yang baik biarlah Allah yang membalasnya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Segala pemberi pertolongan kena Allah Taala, bukannya kerna harta, pangkat dan darjat atau mendapat glamour/nama. Ini buat kita ego.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
kita harus beroleh bekal yang banyak untuk hidup setelah mati
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Amal jariah di dunia akan dikira/hisab di akhirat nanti. Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Comments are closed.