Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih sangat kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi menjemput aku jadi speaker untuk latihan Sosial Media Network. Peserta dilatih menggunakan Facebook, Twitter dan blog yang sudah menjadi trend masakini. Bertuahlah diaorang ni dulu aku semua merangkak belajar sendiri.
Penganjur telah menjemput Amanz.my, Beautifulnara.com dan Denaihati.com untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta. Aku ambil perluang untuk berkongsi sejarah blog Denaihati dan susah payah membina jenama mengguna berbagai strategi. Bukan senang nak jadi terkenal perlu ada usaha, strategi dan sentiasa mesra dengan blogger lain.
Aku tak berkesempatan mendengar perkongsian kejayaan Amanz.my kerana beliau dijemput sehari lebih awal. Berkongsi pengalaman di hadapan Blogger #1 Malaysia, Abang Nara memang mendebarkan. Sesekali aku toleh kearah beliau ketika presentation beliau akan tersenyum.
Pengalaman awal Abang Nara menulis blog sama juga seperti blogger terkenal yang lain. Awal-awal dulu setiap 5 minit dia refresh blog untuk lihat jumlah trafik blog yang masuk dan bila tak ada trafik akan rasa kecewa. Semua tergelak besar bila dengar cerita benar Abang Nara. Pengalaman yang sama juga aku lalui dan mungkin juga perkara yang sama dibuat oleh blogger yang lain. Rupanya makna Beautifulnara tu negara yang cantik, Nara tu bahasa Korea almaklumlah dulu Abang Nara belajar di Korea.
Nak terkeluar biji mata bila tengok jumlah trafik blog Beautifulnara.com sekarang, sehari lebih kurang 200 ribu dan sebulan lebih kurang 5 juta. Abang Nara juga tunjukkan trafik dua tiga tahun lepas memanglah jauh berbeza dari sekarang. Yang paling menarik angka untuk Bounce Rate hanya 1.89%. Maknanya 92% pelawat blog Beutifulnara akan klik entri lain dan lain apabila datang melawat. Memang hebat gila lah blog ni sehingga Abang Nara berhenti kerja untuk fokus pada blog beliau. Memang tidak pelik kalau mengikut alexa ranking blog Beautifulnara adalah blog #1 Malaysia.
Berapa bounce rate blog anda? Bounce rate blog Denaihati 68% jauh sangat nak dibandingkan dengan blog Beautifulnara. Kepada Student Akademi Denaihati nak tahu bounce rate ni kena daftar dengan Google Anakytics.
Pernah terbaca katanya bounce rate yang terbaik adalah kurang dari 30%. sekadar cadangan mulai hari ini apa kata setiap kali kita blogwalking blog kawan- kawan jangan hanya baca entri terbaru tapi ringan-ringankan tangan klik entri yang lain. Apabila kita rajin klik dua tiga entri lain pasti bounce rate blog tersebut akan menurun begitu juga apabila pelawat buat perkara sama kepada entri blog kita maka bounce rate blog kita juga akan berkurangan. Sebelum kita harap pembaca setia kita klik banyak entri setiap kali mereka singgah kita pun kena buat perkara yang sama pada blog kawan-kawan kita. Nak canggih lagi setiap kali kita baca entri rajin-rajin juga klik button FBlike dan retweet untuk berkongsi trafik, kan hidup ini untuk memberi.
Antara perkara yang boleh kita tambah dalam blog untuk membantu pembaca setia klik entri-entri yang lain antaranya memasang Related post, Popular post, Most comment post, Trending now dan tips Abang Nara letak gambar yang menarik dalam setiap entri sebab pembaca suka tengok gambar. Kalau belum pasang semua ini kena fikir-fikir untuk mula memasang segera bagi menurunkan Bounce Rate blog kita.
315 Comments
Nak kena lawan nie.. blog aku 13.85%
Kagumnya dgn otai-otai berjaya ni.. Apa-apapun kena usaha n keep on learning.. Tq 4 sharing…
Bouncerate punya saya 57% masih sangat jauh…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya Kebablasan
Tapi saya lihat tidak konstant….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya Kebablasan
Minggu lalu sempat menyentuh 70%..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Corat-Coret Usai Pengumuman Ujian Nasional adalah Budaya Kebablasan
kalau saya sekarang 48% Bang…
Curahan rasa Dadan @ ..SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib Bandung
itu juga memang tidak konstan…turun-naik terus…
Curahan rasa Dadan @ ..SUPER BIGMATCH : Persija Jakarta vs Persib Bandung
… related post, related links dan popular post juga sudah ada di iAwani, tapi oleh kerana ini blog teknologi, pembaca mahukan content fresh dalam masa yang cepat, sebab teknologi cepat berubah. Ada saja produk baru dikeluarkan. Kami akan berusaha menurunkan bounce rate dari semasa ke semasa.
Curahan rasa iAwani @ ..BlackBerry Messenger Kekal Dalam BlackBerry OS Sahaja, Buat Masa Ini
Bounce Rate aku sgt tinggi, tgh nak turunkan sedikit demi sedikit
Curahan rasa beckhr00y @ ..Keputusan Barcelona vs Athletic Bilbao Copa Del Rey Final
bounce rate saya asyik menten 58% jer….
macam mana ler nak buat supaya jd 1.89% tu yer..
Curahan rasa saifulizan @ ..Pembuatan Kek Yang Sempurna ( 39 Gambar )
saya pun lebih kurang naik turun camtu jugak
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
bounce rate blog saya 8.64% haha google analytics ada problem ni kot
Curahan rasa topo @ ..Model Kertas Kereta Bugatti Veyron yang Sangat Cool
cuba buat kali kedua.. hehee
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
lelaki kacak pasti ramai yg minat nak baca setiap entri tu sebabnya bounce rate tu rendah
Curahan rasa Denaihati @ ..Toshiba Portege Z830 diskaun 10% memang terhebat
bounce rate saya 26.93%
Curahan rasa SEMPOI CORNER @ ..SEMPOI: CELUP TANGAN DALAM MINYAK MASAK YANG PANAS!
salam..
ermm..memang canggih betul tu
blog saya sekejap turun dan naik
paling baik pun 48 % bounce ratenya
Curahan rasa zulkbo @ ..Nombor Plat WWW 1 Terjual RM 520,000
bila la agaknya aku nak capai tahap macam blog denai hati dan beutiful nara tu..
Curahan rasa Azydy @ ..10 Gaya Lelaki Kacak Versi Aku
bang nara tu dah lama berblogging.. macam kak redmummy
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Harus belajar pada yang pandai,
Kecerdikkan fikiran waraskan minda,
Dengar nasihat serta pesanan ditaati,
Barulah kejayaan datang menjelma.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Hendak berjaya banyakkan berusaha,
Usaha dibuat penuh keikhlasan,
Rintangan yang datang perlu disita,
Semoga harapan menjadi kenyataan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Banyak berjalan luas pandangan,
Banyak bertanya kaya pengetahuan,
Banyak kawan besar peranan,
Banyak berusaha lebih kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Kerja secara berseorangan atau berkumpulan, begitu ketara sekali jumlah penggunjung yg melawatinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
sekarang dah jadi blogger sepenuh masa.. mesti incomenya lebih hebat
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Kalau visitor sudah menyentuh sampai 300k setiap harinya,… bolehlah jadi blogger sepenuh masa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Hasil Pertandingan Final Copa del Rey 2012, Athletic Bilbao Vs Barcelona
Mak aiii..gila betul.. Macam mana agaknya abang nara tu buat…
saya pun masih terfikir macam mana visitornya melambung tinggi
Curahan rasa KiD @ ..Mark Zuckerberg dan Cincin Kahwin Priscilla Chan
Comments are closed.