Toshiba Portege Z830 diskaun 10% memang terhebat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang tidak dapat dipisahkan sepanjang Kembara Musafir Europe kerana ringan dan nipis jadi mudah nak bawa. Semua entri kembara ditulis dan dimasukan gambar secara live menggunakan aplikasi wordpress iPhone 4S kemudian diubahsuai menggunakan Portege Z830. Tidak sangka rupanya ramai Rakan Denaihati yang menunggu setiap entri Kembara Musafir Europe. Toshiba Portege dan iPhone 4S benar-benar telah membantu untuk berkongsi kisah kembara kami dengan semua pembaca setia.

Toshiba Portege Z830 sangat berguna ketika Kembara Musafir Europe

Ketika di Frankfurt aku menerima email jemputan daripada Toshiba untuk menghadirkan diri ke majlis pelancaran produk baru. Pada 16/5/2012 aku telah menghadiri Majlis Pelancaran Notebook Toshiba Satellite Model P, L dan M di @Live, Arcade Federal, Kuala Lumpur. Ramai wakil media yang hadir termasuklah blogger Benashaari dan Nicole.

Hampir semua teknologi yang telah digunakan di Toshiba Portege Z830 telah digunakan di dalam model baru Toshiba Satellite dengan pengubahsuaian dan peningkatan. Paling aku teruja melihat Toshiba Satellite P siri Qosmio yang memaparkan gambar 3D tanpa menggunakan cermin mata 3D, ini kalau main game 3D mahu juling biji mata.

Pelancaran Notebook Toshiba Satellite baru

Semasa di Frankfurt aku juga menerima satu lagi email dari Toshiba yang mungkin berita gembira kepada pembaca setia Denaihati. Ingat tak lagi ramai yang tanya adakah pembaca setia blog Denaihati akan mendapat diskaun sekiranya beli Toshiba Portege Z830 Ultrabook melalui Denaihati. Toshiba telah bersetuju memberi diskaun 10% kepada semua pembaca blog Denaihati tetapi dengan syarat pembelian mesti dibuat melalui admin Denaihati. Harga pasaran untuk Portege Z830 i5 adalah RM3,999 setelah mendapat diskaun 10% maka harga menjadi RM3,999 – RM399.90 manakala harga Portege Z830 i7 selepas diskaun 10% adalah RM4899 – RM489.90.

Terima kasih kepada Toshiba kerana sudi memberi diskaun 10% kepada semua pembaca Denaihati. Terima kasih juga di atas kepercayaan yang diberi oleh Toshiba kepada blog Denaihati dan semua pembaca setia blog ini. Diskaun 10% bukan nilai yang sedikit dan tidak akan dapat di mana-mana Store Toshiba di Malaysia. Kepada Rakan Denaihati yang berminat sila email pesanan kepada saya [at] denaihati.com. Pesanan akan dibuat setelah pembayaran dibuat kepada akaun Denaihati Resources. Pesanan akan dibuat secara berkumpulan jadi kena bagi masa untuk dapat setiap unit Toshiba Portege z830 yang dipesan.

Nota : Harap Rakan Denaihati sudi klik button share FB supaya dapat maklumkan kepada seberapa ramai kawan-kawan kita yang tidak terbaca entri dan promosi ini.

133 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!