Boleh rentas negeri dengan syarat capai 90% kadar vaksinasi dewasa

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.

Ketetapan lain yang dipersetujui termasuk:

1. Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.

2. Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

3. Pusat/premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan, memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pelawat/pengunjung lengkap divaksin.

4. Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Sehubungan dengan kelonggaran itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja yang telah lengkap divaksin.

Buat warganegara Malaysia yang tiba di pintu masuk antarabangsa tidak perlu membayar kos ujian RT-PCR, bagi warga asing kos ujian perlu ditanggung sendiri.

Sementara itu, Kerajaan turut menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan disiplin dan tanggungjawab.

Kredit: Awani

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!