Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit COVID-19 di hospital.
Penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah melalui keputusan mesyuarat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan, CPRC, pada Jumaat.
KKM menerusi satu tweet berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Datuk Dr. Christopher Lee dan dibantu oleh pakar-pakar pelbagai bidang disiplin yang berkaitan.
Manakala Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan bertindak sebagai sekretariat teknikal bagi National COVID-19 Mortality Review Committee ini.
Setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kpd setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti jawatankuasa ini.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) March 28, 2020
Hasil analisis maklumat ini diharap dapat membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19 di negara kita. – KPK @DGHisham
Melalui jawatankuasa ini, setiap butiran pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada setiap kes kematian COVID-19 akan diteliti oleh pakar-pakar berkenaan.
“Hasil analisis maklumat ini harap dapat membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19 di negara kita,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga turut berterima kasih kepada Dr. Christopher Lee yang sudi membantu walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan awam pada Januari lau.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
- Wanita Warga Tempatan Positif COVID-19 Pulih Sepenuhnya
- Jumlah Mangsa Covid-19 melebihi 100,000
- Pesakit Covid-19 ke 26 dipercayai berada dalam kontak rapat dengan Menteri, Timb Menteri
- UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19
- Suntikan RM250 Bilion Bagi Lindungi Rakyat Ketika Wabak COVID-19
3 Comments
semoga angka ini semakin menurun dan terus turun sehingga sifar. Hanya dengan izinNYA semua ini berlaku dan DIA jugalah yang angkat kembali smua ni
Curahan rasa sakinah hamid @ ..Pakej Newborn Tasneem Naturel, Persediaan Penting Sambut New Baby
Semoga Allah merahmati di atas setiap usaha dan kesungguhan pihak KKM dalam menangani Wabak ini.. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran yang baik.
Curahan rasa Madrasah Mujahadah @ ..KKM minta 5,084 daripada Kluster Tabligh untuk jalani ujian SWAB Covid-19
Terima kasih di atas setiap usaha Dan kesungguhan pihak KKM dalam menangani Wabak ini.. Semoga Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian..
Curahan rasa Anuar @ ..Kerja Part Time dari Rumah paling Selamat sepanjang Tempoh Perintah Kawal Pergerakan – COVID19
Comments are closed.