Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Menerusi laman twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 5 April 2020 tiada pertambahan zon merah di negeri-negeri di Malaysia bagi kes Covid-19 dan ianya kekal sebanyak 17 daerah.
Walaubagaimana pun, tiga daerah mencatatkan paling tinggi kes Covid-19 iaitu di Lembah Pantai sebanyak 367 kes, manakala di Petaling 308 kes dan Hulu Langat melibatkan 307 kes. Seperti yang sedia maklum, bahawa wabak covid-19 ini akan merebak menerusi rantaian manusia apabila mereka bertemu.
Sekiranya berlaku peningkatan kes covid-19 di kawasan yang dicatatkan sebagai zon merah secara mendadak atau di satu-satu kawasan maka Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada merebak.
Oleh itu, di nasihatkan kepada semua rakyat Malaysia sentiasa berada di rumah di rumah dan keluar bila perlu sahaja. Kekal tenang dan sentiasa doa agar wabak covid-19 ini dijauhkan dan cepat pulih seperti sediakala.
Tiada pertambahan zon merah dan kekal 17 daerah.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 5, 2020
Tiga daerah paling tinggi kes:
1. Lembah Pantai 367
2. Petaling 308
3. Hulu Langat 307
Jika berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu-satu kawasan, PKPD akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada merebak. pic.twitter.com/QWxSieBKh8
Sumber: KKM
4 Comments
Semoga tidak ada lagi daerah-daerah lain yang menjadi daerah terbanyak yang terinveksi virus corono
melihat angka yang terus naik menyebabkan rasa risau semakin meningkat..
saya risau kepada orang-orang tua yang mempunyai sistem antibodi yang lemah untuk melawan jangkitan Covid-19 ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengakuan bekas pesakit Covid-19 ini amat mengejutkan
Sama-sama saling mendo’akan agar case Covid-19 ini bisa segera diselesaikan dan kedua negara Indonesia-Malaysia dapat saling bersilaturahmi kembali. Amin…
Curahan rasa Sewa Bus Semarang @ ..Perjalanan Karir Ruben Onsu
Saya duduk di daerah Hulu Langat, memang merisaukan bila berada dalam Zon Merah, nak keluar rumah pun risau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP
Comments are closed.