Bilangan kes positif Covid-19 membimbangkan, kekal pada tiga angka

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejak kebelakangan ini, jumlah positif Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Jumlahnya mencapai tiga angka setiap hari.

Malah, bilangan kes baharu COVID-19 hari ini di Malaysia masih kekal pada tiga angka selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 115 lagi kes baharu pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehubungan itu jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 11,034 kes.

“Daripada jumlah kes yang dilaporkan, 112 merupakan kes tempatan dan tiga lagi kes import.

“Sebanyak 11 daripada kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah,” jelas Dr Noor Hisham.

Katanya, jumlah kes aktif kembali meningkat kepada 1,011 kes. Angka sebegini agak membimbangkan buat rakyat Malaysia yang baru sahaja nak mulakan kehidupan baru selepas PKP pada Mac.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 1,000 adalah pada 13 Jun lalu dengan 1,014 kes.

Sementara itu, sebanyak 54 lagi kes disahkan pulih menjadikan jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 9,889 kes.

Selain itu, katanya , sebanyak lapan kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, tiada kluster baharu dikesan dan jumlah kes kematian masih kekal 134 kes.

Sumber: Awani


Spread the love

4 Comments

  1. Mana-mana yang dari Semenanjung pergi ke Sabah untuk bertugas masa pilihanraya, minta tolong sangat-sangat bila dah balik nanti, tolong kuarantin diri sendiri di rumah. Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!