Dua kes kematian pertama Covid-19 Warganegara Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

TERKINI: Pada hari ini, 17 Mac 2020, tambahan 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan Keseluruhan 673 kes yang terkena wabak covid-19.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Lebih malang lagi, dua kematian COVID-19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC pada hari ini, 17 Mac.

1) Kes ke-178 lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau mula suspek covid-19 pada 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai.

Pada tanggal 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini.

2) Satu kes lagi yang ke-358 lelaki warganegara tempatan berumur 60 tahun mempunyai sejarah penyakit kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.

Kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Salam takziah kepada mereka berdua. Ujian buat mereka. Semoga kita sentiasa ambil iktibar dari kes ini. Jaga diri dan keluarga. InsyaAllah.

Baca: Urusan Jenazah Yang Maut Asbab Covid-19

Sumber : KKM


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!