Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.
Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.
Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.
Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.
[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]
Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:
- Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
- Bagaimana membina jaringan
- Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
- Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
- Membina perniagaan menerusi blog
- Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
- Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
- dan banyak lagi…
Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.
102 Comments
Pada pendapat saya, keseimbangan antara penulisan untuk search engine dan pembaca amat perlu. Adalah satu cabaran untuk berjaya dalam kedua-dua bidang. Ada yang menulis dengan baik sekali tapi tiba-tiba terasa rugi kerana kurang optimization. Maka kalau dapat kita berjaya dalam kedua-dua perkara.
Curahan rasa waiman takwa @ ..Penjawat Awam Semakin Terdesak Mengharapkan Bantuan Bonus
Terbaiklah tuan DH. Nyata, content yg baik pasti menjadi senjata utama dalam SEO.
Ada blog yg power2, ditulis begitu baik sebati dgn gaya SEOnya.
Curahan rasa hafizmd @ ..Carilah Cermin Yang Jujur!
Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Aroma Kuih Raya Mula Memasuki Ruangan Udara
Betul jugak tu.
Sbb tu ambe rasa nak kena seimbang, selang seli mungkin boleh diterima?
Curahan rasa hafizmd @ ..Carilah Cermin Yang Jujur!
Memang jadi blogger yang hebat kalau kontennya sudah bagus penyampaiannya ditambah seo yang bagus pula
Curahan rasa munir ardi @ ..Bahagia dan Sengsara bagi Seorang Muslimin
Belajar dan belajar terus adalah salah satu kunci keberhasilan seorang blogger
Curahan rasa Ferry @ ..Penyebab Pencetus Epilepsi
visitor datang dari SEO 😀
salam ramadan
perkongsian yang baik..akak jarang main SEO…cuma sekali sekala ajer..yang lain suka taip ikut skrip sendiri
Inilah yang berlaku pada diri sendiri dulu. Terlalu fokus pada SEO dan lupa pada isi blog yang lebih penting. Tapi tidak dinafikan, kedua-dua aspek SEO dan penulisan tu penting dan seiring bagi blogger.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Aktiviti Harian Berkualiti Muslim
dua-dua pun sama penting..SEO dan teknik penulisan yang baik… =)
Curahan rasa Mama I.A @ ..Nak Beli Shaklee Dengan Harga Ahli?
wah, informasi yang sangat berguna.terima kasih atas perkongsian.
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI
yap. SEO bukan segala-galanya. Tapi kalau betul nak buat duit dengan blog, ya.mahir dengan SEO adalah antara perkara yang terbaik yang perlu kita lakukan.
Curahan rasa titan @ ..Gambar pernikahan Asyraf Muslim dan Wan Sakinah di Thailand
banyak lagi yang saya kena belajar ni 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Raya Moments of Closeness with Samsung
jadi ingat waktu pertama blogging, hanya sekedar menyalurkan hobby menulis…:-)
Curahan rasa hybrid car @ ..Practical menards led light bulbs Solutions Considered
kadang2x confuse jugak, mana yang patot utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu thold dulu…nanti2x boleh buat.
Curahan rasa adarain @ ..Budak Maut Dalam Kereta
Comments are closed.