Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.
@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5
[ad#Adsense234x60]
Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.
Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.
Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati” masih banyak blog yang tiada button tersebut dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.
Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.
note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.
[ad#facebook]
219 Comments
info yg menarik slm knl.
Curahan rasa Agen Resmi Xamthone Plus @ ..Cara ampuh mengobati kanker serviks
mcm ni rupanya….ingtn btoi la td..
Curahan rasa Zul’s Stuff @ ..Leverage Season 4 MKV **Added Episode 8**
Saya baru tahu alasan denaihati di balik pembuatan top commentator
Makasih ya telah memasukkan saya dalam list ini
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Submit Sitemap di Yahoo Site Explorer
ilmu yang di berikan lagi bermakna dari mengharapkan top blogger berkunjung semula … 🙂
Curahan rasa namia @ ..aKu KeNa JaDi TeRLaLu BeRaNi unTuK TiDaK RaSa TaKuT
kahkahkah…baek letak jawatan je dari blogging kalo dah tak iklas blogging…..
even Ben Ashaari pun pandang saya. So maksud saya bukan semua lah kan…
Curahan rasa Chempaka Sari @ ..Perjanjian Dengan SusuPerghhh!
la… saya lah tu yang bukak forum tu. Tak sangka ramai ambik serius pulak hehe. Kelakar lah.
Curahan rasa Chempaka Sari @ ..Perjanjian Dengan SusuPerghhh!
Belajar dan terus belajar..
Suatu perkara yang takkan pernah selesai kerana ada sahaja ilmu baru yang kita akan dapat setiap hari.
Saya rasa kalau dalam situasi blogger popular balas jejak atau pun tidak, itu terpulang kepada hak individu kerana mungkin ada perkara lain yang lebih utama untuk diselesaikan terlebih dahulu.
Dan lagi satu, blogger newbie harus bersikap positif. Jangan terlalu emosi apabila kunjungan mereka di blog popular tidak dibalas.
Belajar dari pengalaman dan kegagalan adalah guru terbaik untuk berjaya.
Curahan rasa APi @ ..Penulis Senja Terakhir
Mungkin ada yang xpandang tetapi bukan semua.
Sebab bila dah ramai follower,tak terlayan semua.
[email protected]
[email protected] FanPage
Curahan rasa [email protected] @ ..Lafaz syahadah hanya kerana Iklan Bas
huhu….xsuma macam tu kan.ada juga yg friendly…..
Salam dan salam sejahtera..:) sebagai seorang nubie dlm dunia berblogging ni ( baru 1 minggu ) ,saya rasa perkara ni terpulang kepada blogger2 otai jugak..maybe ade yg ok,dan maybe ade yg tak ok..tak boleh kate sume same..ye tak? maybe blogger2 otai ade yg memang buzy yg amat sampai tak sempat nk reply..hehe,so kite think positive jek..:)
bila dah popular, ramai follower.. tak sempat nak jengah semua.. 🙂
apapun, menulis blog tetap perlu diteruskan.. hehe..
Curahan rasa ana farha @ ..durian oh durian
Comments are closed.