Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.
@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5
[ad#Adsense234x60]
Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.
Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.
Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati” masih banyak blog yang tiada button tersebut dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.
Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.
note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.
[ad#facebook]
219 Comments
Betul… betulll. betulllll
Curahan rasa Cewek Penasaran @ ..SPG Seksi Telanjang Thailand
Saya tak femes mahupun terkenal saya OK dengan blogger femes
Bagi aku perkara penting untuk mula berblogging ialah minat yang mendalam terhadap kerja yang kita nak buat. Insyaallah kalau minat dah dipupuk, perasaan ingin terus berada dalam dunia blog ni akan terus ada, dan insya allah dengan berkat kesabaran, kejayaan akan menanti di hadapan..
setuju saja ane pakcik, pakcik kwerrrennnn!
Curahan rasa cerita dewasa @ ..Okie N Phewe Garap Album Bersama
tips yg manrik dari denaihati
Curahan rasa trigyy @ ..Asal Usul Trigyy Berkait dengan No1124
Dulu masa mula2 berblog di friendster, yang melawat blog saya hanyalah 3 orang rakan karib. selepas saya berukr ke blogspot dan menyertai komuniti para ilustrator yang berpangkalan di US, banyak lawatan balas saya terima apa bila saya melawat blog mereka dan memberi komen tentang lukisan mereka. Rata-rata pengunjung blog saya kurang dari Malaysia. Saya hanya dapat ramai kawan blog dari Malaysia apabila rakan saya panggil saya join viral tag. Dari situ sedikit demi sedikit saya mempunyai ramai kawan blogger Malaysia. Dan ianya makin bertambah apabila saya menyertai jaringan sosial seperti mybloglog, blogcatalog,linked in, twitter dan FB. Saya juga ada menyertai direktori tempatan seperti blog malaysia juga all malaysia community oleh the star.
Sebenarnya blogger otai tidak sombong, selalunya mereka ini agak sibuk dengan tugasan harian. nama pun dah otai tentunya banyak tanggungjawab yang perlu diberes.
Aku pun newbie lagi,terkedek-kedek huhu
Curahan rasa Razlan @ ..Treat your Resume as good new one
Susah jgk nak cakapkan pasal berkara ini..tapi jujurnya ia bergantung kepada penerimaan blogger itu sendiri..
Curahan rasa Faisal Abdullah @ ..Gambar Mesra Sharifah Amani & Azma Aizal – Adakah Mereka Bercinta
dulu2 masa mula2 blogging, memang ada terasa juga lah bila blogger popular tu x reply pun komen. tapi, lama-kelamaan, bila blog sendiri pun dah terima komen, walaupun x seberapa, diri sendiri pun x dapat membalas. jadi, terus faham keadaan blogger yang popular tu, tentunya dia lagi tak terbalas. Semakin hari dalam dunia blog, menyedarkan sya bahawa kemanisan meninggalkan komen di blog orang akan dirasai jika disertakan dengan keikhlasan.
Curahan rasa Sya Isya @ ..SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN ABPBH 2010
yang penting “SEMANGAT” perlu ada… sekadar pendapat ringkas kerana segala komen dan pendapat rakan2 blogger sebelum ini di sini semuanya sangat2 membina dan boleh dikatakan sudah pun terjawab…
Terima kasih kepada semua teman blogger yg sudi kongsi idea n ilmu. Ni lah buktinya teman blogger tak sombong dan pentingkan diri sendiri
kami juga berterima kasih karena banyak belajar dari artikel yang tersaji disini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Briptu Norman Kamaru Jadi Selebriti Dadakan
erk
i dont think so blogger femes nieh tak pndg newbie
ada je
but they have their own work to do too
byk bde nk buat
huhu
aku sume oke je
xda yg sombong o blgk pun
Curahan rasa akmalhilmi @ ..KALENDAR MAHARAJA LAWAK 2011
same. semua sama je. respect each other kan good things 😛
terima kasih nih gan buat infonya sangat bermanfaat sekali gan salam kenal aja gan
Curahan rasa obat penyakit gondokan @ ..Xamthone Plus Watangsopeng
Comments are closed.