Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.
@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5
[ad#Adsense234x60]
Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.
Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.
Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!
Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati” masih banyak blog yang tiada button tersebut dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.
Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.
note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.
[ad#facebook]
219 Comments
ini pertama kali singgah di denaihati.com
memang sebagai blogger baru banyak yang perlu di pelajari.. ape yg penting, kena sabar, berusaha dan terus berusaha dan juga berdoa.. lama-lama yang newbie pun akan jadik blogger lama juga so jgn risau.. teruskan usaha anda.. jgn sedih sedih..
p/s : aku pun blogger baru
Dalam dunia blog yg penuh mencabar ni satu yg mesti untuk berjaya adalah Kreativiti yg maksimum.
sabar dan terus berusaha itu saya setuju. 🙂
Post menarik! thank’s for sharing~~~
Curahan rasa Donny @ ..Live streaming anugerah bintang popular bharian 2010
bagi saya blogge newbie atau popular tiada beza 😛
pulak, semua orang buat entri nih la lepas nih..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 39 dari Text Link Ads
Dah ramai yg buat entri pasal ni
Yup, benar..semua bermula dari newbie..jadi jangan pernah pandang remeh newbie..bisa jadi suatu mereka lebih popular
Curahan rasa Budy @ ..Prostate Cancer Symptoms in Men
Yang biasa merasa remeh dan rendah diri adalah newbie itu sendiri. Dalam ribuan blogger yg datang melawat sesuatu blog sudah pasti owner akan respond kepada yg sering datang tidak pada yg hanya sekali sahaja. Kesabaran untuk mencipta nama mesti ada ibarat mencipta jenama produk bukan sehari dua.
setuju! :p kesabaran tu penting. dlu masa mula2 takde jugak kenal lg erti kesabaran. slow2 mendaki ler ni..
daya tahan fizikal dan mental memang perlu dalam blogging..dan hindarilah sebarang aktiviti mudah butthurt hahaha..
Curahan rasa mijae @ ..The Infection 23 Infeksi 23
aku rasa tak layan itu salah
more like tak terlayan RATUSAN komen seharian. gila siut nak jawab semua…..
Curahan rasa Obefiend @ ..Serius Genius – Iklan Smirnoff Arahan Michel Gondry
Setuju. Macam dah takde keje lain nak buat.
Curahan rasa Nurfaiz Shaidan @ ..GambarTechnology- Education and Career Fair 2011
ada komen yang perlu dijawab dan ada komen yang kawan blogger lain dah jawab dan ada komen tujuan mereka sekadar nak promosi blog diaorang jadi tak perlu jawab tapi lansung singgah blog diaorang.
saya jawab yang perlu je. kadang-kadang bukan malas cuma saya rasa tak perlu jawab. eh mcm mana pnya ayat ntah ni hehehe
kalau saya komen yang ini cuman sekedar ikutan dengan Eyra.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Briptu Norman Kamaru Jadi Selebriti Dadakan
huh…susah gak nak berblog nih rupanya…klu berblog kerana duit..mungkin kita senang give-up…tapi klu berblog kerana minat…insyaallah…
bak kata Dr. DJ Schwartz kottt…
“Utamakan perkhidmatan wang akan datang dengan sendirinya”
Saya pun baru lagi dalam dunia blogging nih…hehehehe
Curahan rasa Zainal @ ..GNU Image Manipulation Program GIMP
memang susah nak tahan lama berblog ni walaupun minat kekadang minat blog berubah hari ni minat berblog tapi esok lusa belum tentu… mesti ada matlamat yg tertentu untuk berblog untuk bertahan lama
Saya sudah ngeblog selama 2 tahun, semoga masih bisa bertahan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Briptu Norman Kamaru Jadi Selebriti Dadakan
blogger popular atau blogger tak popular ke datang melawat tetapi dikira sebagai 1 UV..bukan ada kiraan kalau blogger popular melawat kita dapat 10UV… 🙂
Curahan rasa Izwan @ ..5 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
betul tu bro, sekarang ni ramai jugak blogger yang pandang jumlah visitor lebih dari memantapkan entri masing-masing.
Curahan rasa Hisyam @ ..Hisyam92 DOT Com Kini Berwajah Baru
Sebenarnya yg paling penting kita pasti kan
1. Blog kita laju kalau loading lama sangat pun susah
2. Entri yg baik
3. Banyak lagi
Insyallah perlahan-lahan pasti blog kita akan dikenali oleh blogger lain.
Semua syarat itu sudah dimiliki oleh DH…
masntap sangat.
masalah pertama yang aku kenal pasti, tentang stat uv nuff tu
cuba korang tengok kalau blogger baru, baru je pasang nuff
tapi tiap2 hari dok amik kisah bape klik2 dia,,impression, apa kata korang?
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa itu Kod QR
aku dulu di awalan berblog pun dok check hari-hari tapi lama-lama bosan dan buat tak kisah. Aku mula fokus pada teknik SEO dan sebagainya dan baru aku tahu trafik organik lagi powerful…gabungan trafik organik + trafik kawan2 lagi super power.
Kadang anggapan macam ni timbul kalau kita rasa rendah diri, segan atau terlalu nakkan perhatian sangat.. kita singgah blog yang popular, tinggalkan komen dan berharap pemilik blog reply komen dan nak dia lawat kita semua..
Kenalah faham, semua blogger tak kira yang popular atau old timer semuanya pun “newbie” juga.. sebab dalam menulis blog.. mereka juga perlu belajar banyak perkara baru, sama ada nak buat rujukan/pembacaan tentang sesuatu isu,cari bahan untuk dikongsikan atau nak belajar setting blog… mungkin inilah salah satu sebab yang menghadkan mereka untuk reply komen dan komen di blog kita..
Pandangan aku.. selagi kita boleh mengomen di blog diorang, ada ruangan untuk URL blog, tak remove komen baik daripada kita.. maka mereka bukanlah blogger yang tak pandang newbie..
Curahan rasa kulanz @ ..Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011
setuju cakap bro, selalunya blogger newbie macam ni
pelik gak
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa itu Kod QR
Sorry if I did not reply your comment bro, sometimes too many comment, nak moderate susah!
hahahaha…. paultan pun join jugak dah ni… hahaha… jangan tak tahu.. sampai paultan pun amik port gak….
yezzaaa….
Curahan rasa Pendekar @ ..BILA DAH GATAL TANGAN NAK ADD ORANG KAT FB- HAMBEEKKK KAU DI SITU!! MIYAHAHAHA!!
@Paultan don’t worry be happy. thank you for dropping by.
note : Tengok ini contoh the power of backlinks, Link yg aku letak kat entri tu dapat dikesan oleh paultan. Sebenarnya aku nak menumpang PR6 yg ada kat blog dia tu. Sesekali pasti aku akan link entri yg related dengan blog PR tinggi diaorang tak jawap pun tak pe.
kadang-kadang, memang tak sempat nak baca semua komen kalau sampai dah beratus-ratus..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Matrikulasi atau Tingkatan 6 Maktab atau Universiti
Comments are closed.