BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK?

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.

@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5

[ad#Adsense234x60]

Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.

Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati”  masih banyak blog yang tiada button tersebut  dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.

Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.

note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.

[ad#facebook]


Spread the love

219 Comments

  1. Alamak ! … kekekeke nampaknya aku agak terlewat membaca blogmu … semasa saya sampai diblogmu … saya telah melihat 93 komen tercatat … mujurlah komen ku ini bukan yang ke 1001 komen hehehehe … terima kasih kerana melahirkan entri ini, dan saya sebagai seorang bloger baru yang baru terjerbak dalam dunia ‘MAFIA BLOG’ ini berasa tidak terpinggir … saya juga agak bersetuju dengan entrimu … jangan mangharapkan apa2 daripada bloger terkenal tetapi … aturlah strategi untuk mencapai seperti mereka … tq, dan tq sekali lagi … akhir kata tq kali ketiga untuk mu …
    Curahan rasa benjy @ ..SPEED LIMIT 60My Profile

  2. sebenarnya blogger popular dan newbie mesti bergabung,
    ye la spe lg nak sama-sama majukan dunia blogging sesama bangsa dan seagama.
    kalau blogger popular dapati newbie ada byk kekurangan dlm dunia blogging,
    tegur-tegurlah,tunjuk-tunjukkan lah,ajar-ajarkan lah..
    mcm tu juga kalau newbie tgk silap blogger popular(sbb kdg-kdg sesetengahnya post entri keterlaluan/sensitif/merapu)
    jd,tegur-tegur juga..
    tp biasanya newbie ni malu/segan/takut utk tegur blogger popular sbb mereka rasa kecil je..
    tapi apa-apa pun,sokong sesama sendiri kan elok..
    pusing-pusing orang yg sama,tak kemana nye pun.

    *suka denaihati,byk entri berguna dan membantu!!!
    Curahan rasa javanese DOVE ! @ ..masuk PERCUMA- datang saja !My Profile

  3. Robot enjin carian akan crawl blog yang popular dulu, dari situ jika dia jumpa satu link ke blog lain yang ada entry baru, dia akan crwal sama… dan mengindex entry kita di laman carian,

    Bagi saya itulah tujuan letakkan komen di blog yang high ranking utk dapat backlink dan “bonus” diindex oleh enjin carian.

    kalau tuan blogger balas balik, itu dah double bonus…
    Curahan rasa PenaDigital @ ..Apple iPadMy Profile

  4. aku rasa ni isu yang aku paling tak suka dalam arena blog. newbie, otai, popular, picisan, blogspot, wordpress. hell (maaf cakap ye DH~ :D)

    aku tak pernah kisah pun blog aku tu tak de sapa komen sebab bagi aku tak semua orang boleh komen apa yang aku tulis sebab tak semua orang paham apa aku tulis 😀

    maka masalah popular tak pandang orang baru, wordpress tak pandang blogspot ni aku tak pernah kisah. sebab kita punya pilihan sendiri. kalau entri tu bagus,

    ima dia guna drupal,
    waima dia guna joomla,
    waima dia guna wordpress,
    waima dia guna blogspot,
    waima dia guna cms kod sendiri,
    waima dia guna html pure je macam geocities dulu2,

    tu pun aku akan bagi komen kalau aku nak bagi komen.

    apa pun blogging is fun when u think its fun dan jangan berkiblatkan duit dalam blogging.
    Curahan rasa syafiq @ ..Pentax Dulu- Pentax SekarangMy Profile

      1. heh. anda pula salah tanggapan dengan ayat tu hehe. tak ada salah pun sambil berblog cari duit, tapi kalau buat blog sebab nak duit itu yang menyebabkan dunia blogging jadi tak seronok.

        anda sendiri kata ‘sambil2’. so yang pertama adalah kongsi idea/cerita/apa2 la. bukan cari duit kan? 🙂

        kalau kiblat makna disitu adalah 1st. bukan 2nd atau 3rd.

        tapi mungkin ada yang seronok dengan buat blog berkiblat duit sebab dia tak keluar apa pun hanya perlu iframe sana iframe sini je. dunno~
        Curahan rasa syafiq @ ..Pentax Dulu- Pentax SekarangMy Profile

  5. jangan ada perasaan “newbie” dalam jiwa, pastinya kita tak ke mana, kerana jika minda “newbie” terpahat dalam kepala, kita asyik mengharapkan ehsan orang lain.

    Lihat saja peminta sedekah, sentiasa meminta tanpa usaha… tapi tanyalah mereka adakah “kepuasan” dalam usaha mereka?

    Pada otai mintalah “pancing” dari mereka, Insyallah kita akan berjaya seperti mereka…

    “Ikan…” kitalah yang dapatkan…
    Curahan rasa penadigital @ ..Burj Al-Arab – Sejenak Melayan Kemewahan DuniaMy Profile

  6. kenape timbul isu mcm ni…sbg blogger perkara ni mesti kita dah set mind kita n kena hadapi.perkara biasa dlm blogging…nak jadikk tough mcm blogger lama kena lah blaja dr mereka2…xtahu tanye.jgn jadik bodoh sombong.tu yg patut dielakkan dlm dunia blogging nih.

    stiap perkara yg dilakukan kena mula dr bawah…lama2 kita sendiri akn senyum ngan hasil titik peluh kita..
    Curahan rasa anajoe @ ..5 Blog Kerap Dilawati 2011My Profile

  7. Saya tak faham apa perlunya blogger popular “pandang” kita (newbie). Kejayaan/kegagalan kita berblogging bergantung kepada hasil usaha kita sendiri. Kita tak perlukan pengiktirafan dari blogger popular/senior/otai/terkenal untuk membuat kita rasa berjaya. Kita letak matlamat blogging kita sendiri, berusaha untuk mencapainya dan kalau capai kira berjaya la tu.
    Curahan rasa GreenLava @ ..Chrome extension for Blogger Dynamic ViewsMy Profile

  8. ha macam saya dulu2, harap sangat si ariff shah masuk blog dan komen, tup2, dok selalu lepak blog dia, ada satu artikel tu,
    saya tulis mengenai growmap tu, dia jadi pengomen pertama,
    terkejut la jugak, sebab benda yang kita harapkan orang komen atas hargai entri berkesan. tapi artikel tu je la..hehe, btw tak kisah pun
    asalkan, niat tu kena ikhlas dalam blogging
    apa yang penting bagi saya ” KEPUASAN”
    Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa itu Kod QRMy Profile

  9. Kerenah manusia berbeza..
    Sepatutnya kita belajar dari blogger popular..
    Tak kisahlah dari segi tips @ cara promosikan blog @ gaya penulisan dll..

    Kalau mengharapkan balasan lawatan dan komen sentiasa..susahlah..
    yang penting usaha..tetapkan niat dihati..

    Kekuatan kita sebenarnya terletak di hati
    Kalau hati sendiri dah rasa cemburu dan mengata macam-macam tentang blog orang lain..in the end of the day, takkan dapat apa-apa..

    Saya pun newbie…
    kepada newbie diluar sana..jangan give up..
    Meih kita sama-sama “menyerang” blog popular nie dengan cara positif..
    Kita tanya soalan teknikal ke..soalan cepu mas ke..tinggalkan komen ke..join contest ke…asalkan dapat membawa kebaikan kepada newbie itu sendiri…Tak der faedahnya kalau kita gaduh-gaduh…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!