BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK?

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.

@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5

[ad#Adsense234x60]

Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.

Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati”  masih banyak blog yang tiada button tersebut  dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.

Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.

note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.

[ad#facebook]


Spread the love

219 Comments

  1. Rasanya mana blogger yang mendapat pengujung tinggi menghidapi masalah ini. Saya tidak rasa tuan punya blog sombong cuma tidak berkesempatan untuk membalas komen yang datang. Jadi jika ada pengunjung tidak mendapat balas komen dan kunjungan jangan terasa hati kerana ia bukanlah disengajakan.

    Ada blogger yang top akan retweet entri kita dan ia adalah satu penghargaan

    1. Kekadang ada komen yang tak perlu jawapan dan ada komen perlu jawapan. Aku antara blogger yg rajin klik button retweet n fb share tapi kurang tinggalkan komen dibanyak blog yg dilawati. Bukan apa kekadang tak tau nak komen apa.

      1. saya suka RT entry lepas baca. jarang komen. org komen kat blog saya pn saya jarang balas hehehe mana yg perlu sahaja

  2. Biasalah tu.. sebab tu biasanya kalau pergi ke blog popular lebih kepada nak dapat backlink. tak terlalu berharap mereka akan memberi komen sebab terlalu byk komen utk dibalas. bukannya mereka keje nye seharian nak balas komen je… satu entri yang bagus…
    blog tak letak social bookmark sgt dulu penah letak n tak berapa nampak kesannya…

  3. “Aku menulis bukan kerna NAMA
    Kerna sifat kasih, sesama insan…
    untuk menyatakan hasrat hatiku..
    kita adalah sama….
    yang ada hanyala sebuah kehidupan…. lalalala”

    hehehhhe…..

    kita nyanyi2 dan lantun2 gitew… ahaks..

      1. jujur aku erblog guna konsep bisnis. dalam bisnis nak mula mesti ada modal untuk sukses. cuma blogginh tak perlu modal banyak sangat. dalam bisnis nak sukses kena kreatif sama juga blogging kalau lurus je lambat lah nak sukses.

  4. Salam bro.
    🙂

    Blog kamu antara yang perlu dilawati disebabkan sudah terbiasa membacanya dari dulu lagi. Aaa. ada komen juga di tempat ariff tentang perkara begini. Kalau orang komen, kadangkala tak sempat balas sebab banyak benda lain. Pernah dituduh sombong sebab tak return visit. Selalunya akan masuk juga blog orang yang komen, tapi bila buka, kena blog yang memenuhi ciri2 tak boleh nak dibaca (contohnya : music autoplay kuat, penuh iklan dan sebagainya) macam mana nak komen kan?

    =.=

    Dan definisi popular ke tak popular tu, orang yang beri kan?
    kadang2 orang rasa kita popular, padahal kita sendiri tak rasa apa2. Cuma satu benda dalam blogging ni. Kalau setakat nak kejar duit semata2, tak payahlah.
    Curahan rasa Lord Zara @ ..Jangan Pernah Mengalah Bila Kau KecewaMy Profile

    1. Selalu buat lawatan balas di link yg di tinggalkan di commentLuv tu tapi selalu juga bila dah baca tak tahu nak komen apa jadi kalau ada button retweet terus je klik. Takan lah semua blog yg kita lawat nak bagi yg aku dah lawat blog dia. Lawatan tu pun nak menyumbang trafik kat blog tersebut.

    1. bagus bergantung apa yang awak dapat
      kalau si A suka memasak, mesti blog niche periuk belanga dia ckp bagus
      kalau si B suka memancing, mesti dia blog2 bab mancing dia ckp bagus
      kalau suka hal2 personal, hal kehidupan yg dekat dgn diri kita, hal2 berhubung dgn manusia, hal2 membina perhubungan – dia suka blogger, bukan blog….jadi buruk mcm mana blog tu, dia suka!
      Curahan rasa Kujie @ ..Isu Yang Tak Pernah BasiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!