BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK?

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.

@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5

[ad#Adsense234x60]

Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.

Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati”  masih banyak blog yang tiada button tersebut  dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.

Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.

note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.

[ad#facebook]


Spread the love

219 Comments

  1. Semua orang bermula dari bawah, saya rasa kalau ada blogger “terkenal” tak balas kunjungan sebenarnya bukan tak nak datang balik cuma tak menang tangan sebab banyak sangat.
    Curahan rasa Hisyam @ ..External Hard DiskMy Profile

  2. Assalam..

    Setiap blogger mempunyai niat & tujuan mereka yg tersendiri.Untuk mencipta populariti rasanya ada byk cara antaranya kreativiti utk menarik pengunjung.Kalau entry tiada isi x guna juga disediakan buttom spt fb atau tweeter.Cara lain & paling mudah adalah blog yg penuh dgn kontraversi antaranya blog politik & blog artis.
    Jika blog bertujuan utk kepuasan diri sendiri maka populariti tidak begitu penting dan sekiranya menjadi popular anggap saja ia satu bonus selain dari bonus berbentuk pendapatan sampingan.
    Curahan rasa ozzy @ ..BILA BERLAKU KEBAKARANMy Profile

  3. As salam..
    Masa mula2 dulu memang terasa jgk sbb tinggalkan komen di blog A dan B (kiranya dua2 popular) tp hanya A yg balas komen dan jejak kembali, B tak ada apa2 balasan..
    skrg ni dah tak kisah, suka hati ko ler.yg penting ku tinggalkan komen di byk2 blog tanpa harapkan balasan..
    Curahan rasa iza @ ..Ku Tinggalkan DikauMy Profile

  4. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. – Suka statement ni.

    It means that kita kena sabar kan? Tak ada orang yang start je tulis blog terus popular melainkan orang itu memang dah sedia popular macam artis gitu! Hehe..
    Curahan rasa Fathiha Zainal @ ..Ku menunggu kau putus dengan kekasihmuMy Profile

    1. tengok je bagaimana kuat kerja n kreatifnya blogger Ben Ashari menempatkan dirinya dikalangan ratusan ribu blogger… yg postif tu kita mesti ikut dan contohi

      1. betul tu, apa yang saya nampak kat ben ashaari lebih kepada blogger3 yang baru, waktu 1st saya blogging
        blog dia yang paling saya suka lawat, sebabnya
        banyak network yang dibuatnya untuk blogger baru dapat lebih banyak ilham utk karang entri lebih baik…
        Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa itu Kod QRMy Profile

  5. salam..alhamdulillah lpas bce post ni xda la ase sedih da ble blogger laen xeply komen..cuma agak terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang follow orang lain sbb nk org lain follow diorg blek,ble org da follow back diorang unfollow bdk2 newbies ni.

  6. Kak Jie rasa pelik, kenapa kita mesti mencemburui secara negatif kepopularan seseorang blogger?

    Popular ke terkenal ke dia , bukan dia yang cop diri sendiri, itu datang dari pengiktirafan sekitar – bukan salah dia.

    Blogger yang berada pada kedudukan mereka sekarang itu patut menikmati hasil penat lelah mereka – kata orang ‘ susah dahulu, senang kemudian’..jadi pada yang mengidam untuk berada pada kedudukan itu, belajarlah – majukan diri untuk berjaya.

    Berjaya atau tidak seseorang blogger bukan datanglah dari si tipah, si bedah si peah…..tapi dari diri kita sendiri, cara bagaimana kita mempromosi nilai2 positif yang ada pada diri dan blog kita.

    Jadi seorang yang sentiasa berfikiran positif – insyaallah, kelapangan hati kita dalam dunia blogging atau luar talian akan sentiasa membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi.

    Kalau negatif yang kita cara, ada seribu satu boleh kita selak kekurangan dan kelemahan orang, tetapi kalau kita nak menjadi terbaik… carilah aura aura positif.

    Jadi blogger bukan paksaan, rela diri sendiri……….. semua salah silap kita bukan kerana orang lain tetapi ada pada diri kita sendiri.
    Curahan rasa Kujie @ ..Gula-gula Kapas Atau Kepompong HantuMy Profile

      1. tapi kak jie tak boleh ‘bagi’ kdp semua org
        kena juga simpan utk diri sendiri..hehe

        kat segmen ‘Tanya Kak Jie’ tu apa benda org tanya Kak Jie tak jawap
        kat segmen “Hari Bertemu Pelanggan” tu berapa banyak email kak jie jawap sebagai entri
        kat segmen “Berita Komuniti Kujie” berapa banyak info atau hebahan bukan utk keuntungan dah kak jie hebahkan…

        kena pandai carilah, tak bolehlah nak suap sampai depan mulut..kena usaha mencari , baru mendapat.
        Curahan rasa Kujie @ ..Gula-gula Kapas Atau Kepompong HantuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!