Blogger Kena Saman

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Adam Roslan tuan blog AdamRoslan.com. Semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :

Dua tiga kali saya cuba fikir apa tajuk yang sesuai bagi sedarkan Rakan blogger, dan juga diri sendiri dalam isu Blogger Kena Saman. Kes pertama yang saya nak bangkitkan ialah semasa Gambit Saifullah mencela blogger selepas ramai blogger mengutuk video klipnya walaupun sememangnya layak dibuat begitu. Sebelum itu isu seorang remaja sekolah yang membuka pekung di dada dengan mengaku tiada dara. Dan baru-baru ini, kes GaySec yang kononnya membongkar identiti Arlene Tan sebagai Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Islam tetapi akhirnya mengaku salah sasarannya.

Jadi di sini saya cuba kaitkan kenapa saya dan anda (ya anda yang mempunyai blog dan menulis di blog) bahawa anda terdedah kepada Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1984. Ambil sahaja contoh Amizudin Ahmat diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia. Mampukah anda penulis blog picisan membayar saman tersebut kerana menulis atau menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sumbernya?

Cukup dengan tiga situasi biasa dan satu kes berprofil tinggi ini. Bagi yang belum tahu bagaimana mangsa (Gambit Saifullah dan Arlene Tan) boleh menyaman anda seorang blogger. Dalam Akta Fitnah 1957 ada menyebut tulisan terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Apabila anda menulis atau menyebarkan sesuatu berita yang kita sendiri tidak tahu sahihnya, sudah pasti bukan anda seorang yang menulis dan mula menjadi rantaian berita yang tidak sahih. Bayangkan Gambit ketika itu mengambil salah satu daripada tulisan yang mempunyai unsur makian (walaupun niat anda membantah, tetapi emosi membuatkan anda menggunakan kata kesat). Ambil pula contoh Arlene Tan, apabila dia disahkan bahawa dirinya difitnah, dia sendiri boleh memetik mana-mana tulisan yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia dan menjadikannya isu. Hal ini terjadi kepada Amizudin Ahmat yang mana dia menyebarkan artikel dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim merogol pembantu rumah Indonesia yang hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.

Bahasa mudah, mangsa mempunyai 1000 pilihan blog (mungkin lebih!) yang mana memfitnahnya, dia petik satu nama dan dia boleh failkan saman.

Jelas dengan contoh dan penerangan tentang proses bagaimana Blogger Kena Saman? Saya lihat ramai antara kita yang menulis blog dengan emosi walaupun sebenarnya anda cuba membantah tindakan artis, gadis terlanjur dan gadis disangka menghina Islam dan sebagainya. Nasihat saya, jadilah seorang blogger yang berilmu, beretika dan bijak!

Jangan lupa singgah di blog Adamroslan.com dan follow beliau di Facebook @Adamroslan dan Twitter @Adamroslan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca pandangan Rakan Blogger tentang isu Kod Etika Penulis Blog Perlukah? sebagai panduan.


Spread the love

119 Comments

  1. nak kena fikir 2, 3 kali sebelum mem’publish’kan entri ni.lebih2 lagi kalau entri tu kita buat tanpa bukti dan diragui kesahihannya.apapun kena bersikap lebih matang dalam berblog ni…
    Curahan rasa pacifista @ ..Bonus PacifistaMy Profile

  2. Firdaus Latib firdauslatib.com
    Tulis perkarayang baik-baik sahaja. Kan lagi selamat?:)
    Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Hormati Pembaca – 3 Pengajaran Penting Dalam Hidup

    ye ini jalan paling gampang cuma kadang kita tergoda menulis hal yang lagi hot
    Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to saving money for StudentsMy Profile

  3. wahhh ini perkongsian dan peringatan terbaik buat rakan blogger!!

    kdg2 ada di kalangan ( mgkn sy sdiri jg ) sedar / tidak sedar / buat2 x sedar menulis sesuatu yg boleh di kaitkan dgn ‘fitnah’ – ‘hasutan’ atau apa2 yg boleh di sabit tindakan Mahkamah / Dosa akhirat..

    Bgs sgt saling mengingati. Semoga sentiasa terbenam sebagai landasan untuk menulis d kalangan rakan blogger dan saya sendiri 🙂

    Nice 1
    Curahan rasa shah URL @ ..Jualan Murah Hari RayaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!