Blogger Kena Saman

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Adam Roslan tuan blog AdamRoslan.com. Semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :

Dua tiga kali saya cuba fikir apa tajuk yang sesuai bagi sedarkan Rakan blogger, dan juga diri sendiri dalam isu Blogger Kena Saman. Kes pertama yang saya nak bangkitkan ialah semasa Gambit Saifullah mencela blogger selepas ramai blogger mengutuk video klipnya walaupun sememangnya layak dibuat begitu. Sebelum itu isu seorang remaja sekolah yang membuka pekung di dada dengan mengaku tiada dara. Dan baru-baru ini, kes GaySec yang kononnya membongkar identiti Arlene Tan sebagai Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Islam tetapi akhirnya mengaku salah sasarannya.

Jadi di sini saya cuba kaitkan kenapa saya dan anda (ya anda yang mempunyai blog dan menulis di blog) bahawa anda terdedah kepada Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1984. Ambil sahaja contoh Amizudin Ahmat diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia. Mampukah anda penulis blog picisan membayar saman tersebut kerana menulis atau menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sumbernya?

Cukup dengan tiga situasi biasa dan satu kes berprofil tinggi ini. Bagi yang belum tahu bagaimana mangsa (Gambit Saifullah dan Arlene Tan) boleh menyaman anda seorang blogger. Dalam Akta Fitnah 1957 ada menyebut tulisan terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Apabila anda menulis atau menyebarkan sesuatu berita yang kita sendiri tidak tahu sahihnya, sudah pasti bukan anda seorang yang menulis dan mula menjadi rantaian berita yang tidak sahih. Bayangkan Gambit ketika itu mengambil salah satu daripada tulisan yang mempunyai unsur makian (walaupun niat anda membantah, tetapi emosi membuatkan anda menggunakan kata kesat). Ambil pula contoh Arlene Tan, apabila dia disahkan bahawa dirinya difitnah, dia sendiri boleh memetik mana-mana tulisan yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia dan menjadikannya isu. Hal ini terjadi kepada Amizudin Ahmat yang mana dia menyebarkan artikel dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim merogol pembantu rumah Indonesia yang hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.

Bahasa mudah, mangsa mempunyai 1000 pilihan blog (mungkin lebih!) yang mana memfitnahnya, dia petik satu nama dan dia boleh failkan saman.

Jelas dengan contoh dan penerangan tentang proses bagaimana Blogger Kena Saman? Saya lihat ramai antara kita yang menulis blog dengan emosi walaupun sebenarnya anda cuba membantah tindakan artis, gadis terlanjur dan gadis disangka menghina Islam dan sebagainya. Nasihat saya, jadilah seorang blogger yang berilmu, beretika dan bijak!

Jangan lupa singgah di blog Adamroslan.com dan follow beliau di Facebook @Adamroslan dan Twitter @Adamroslan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca pandangan Rakan Blogger tentang isu Kod Etika Penulis Blog Perlukah? sebagai panduan.


Spread the love

119 Comments

  1. P/s: sebab tu dalam penulisan, kita kena sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu melatah dengan isu semasa. Biarpun menulis tentang isu yang sensitif dan panas, pastikan kita tidak percaya bulat-bulat atau terus menuduh secara melulu.

    Luahkan pendapat dari akal yang waras, bukan dari jiwa yang memberontak. Barulah diri sendiri tak terkena dengan bahana MLM Fitnah dan dosa yang disebarkan tanpa kita tau hujung pangkalnya.

    Thumbs up for this entry. Dapat gak kita sebagai blogger bermuhasabah diri di bulan yang mulia ini 🙂
    .
    Curahan rasa Fitrihadi @ ..Perjalanan Lancar Dengan Kad PlusMiles Touch & Go | Promosi Raya AidilFitriMy Profile

  2. Itulah kehebatan mata pena/penulisan lebih tajam mata pedang. Ianya boleh merungkai sesuatu isu atau memecahkan silaturahim bergantung kepada kefaktaan dan kebenaran. Namun begitu itu adakala walaupun kita menulis yang benar sekalipun, disebabkan kita adalah kelas bawahan(kasta barangkali) juga persalahkan dan kemungkinan di peti surat kita ada terselit sampul dari pejabat peguam. dan Akhirnya keluar artikel ‘blog menjadi senjata’.
    Curahan rasa Teratakerapung @ ..Mencari Malam ItuMy Profile

    1. Setuju dengan Teratak. Blogging sekarang dilihat suatu yang mudah mempengaruhi umum. Nama-nama besar dalam industri kita boleh memberi pengaruh mereka kepada pembaca. Sekali sekala, selitkan nasihat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!