Alexa Ranking matlamat top 50 Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai teman blogger bertanya bagaimana blog denaihati dapat meningkatkan ranking alexa dengan cepat terutama untuk ranking Malaysia. Sebenarnya tiada rahsia selain mengikut cara tingkatkan alexa ranking seperti yang pernah dikongsikan di entri yang lepas. Aku tak lah dapat nak ikut semua tips tersebut tetapi sebahagian pun telah memberi kesan yang hebat.

Alexa Ranking denaihati.com 4/6/2011
Alexa Ranking sehingga 10/7/2011

Antara 5 dari 10 tips cara tingkatkan alexa ranking yang aku ikut adalah :

1. Pasang alexa toolbar disemua laptop yang aku ada dan juga laptop sudara mara aku. Nak install tak susah pergi je kat Google Search buat pencarian dengan keywords Download Alexa Toolbar dan pilih mengikut browse yang sering kita gunakan samada Chrome, Firefox atau IE.

2. Pasang widget alexa ranking di sidebar untuk monitor alexa ranking semasa. Caranya mudah pergi ke alexa.com > site tools > alexa site widgets > pilih widget yang sesuai dan pasang di sidebar blog.

3. Pelawa rakan blogger review blog denaihati. Alhamdulillah dah ada 18 review kalau ada banyak lagi mesti best jadi kepada yang belum review jom lah review blog denaihati di alexa.com.

4. Menulis beberapa entri berkenaan Alexa ranking. Kalau nak baca entri-entri tersebut terus je klik sub header Alexa Ranking.

5. Create sub header dengan tajuk Alexa Ranking.

Aku masih explore 5 cara lain untuk meningkatkan alexa ranking manalah tahu sehingga akhir tahun ini boleh jadi top 50 alexa ranking Malaysia. Peningkatan Alexa Ranking sangat memberi kesan dalam peluang mendapat iklan daripada berbagai syarikat luar dan dalam negara. Yang terkini iklan bersama @Myrapidtransit. Kepada rakan blogger yang berusaha menaikan alexa ranking cuba ikut cara meningkatkan alexa ranking seperti yang telah dikongsikan dalam entri yang lepas.

[ad#Yieldads]


Spread the love

129 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!