Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Adam Roslan tuan blog AdamRoslan.com. Semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :
Dua tiga kali saya cuba fikir apa tajuk yang sesuai bagi sedarkan Rakan blogger, dan juga diri sendiri dalam isu Blogger Kena Saman. Kes pertama yang saya nak bangkitkan ialah semasa Gambit Saifullah mencela blogger selepas ramai blogger mengutuk video klipnya walaupun sememangnya layak dibuat begitu. Sebelum itu isu seorang remaja sekolah yang membuka pekung di dada dengan mengaku tiada dara. Dan baru-baru ini, kes GaySec yang kononnya membongkar identiti Arlene Tan sebagai Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Islam tetapi akhirnya mengaku salah sasarannya.
Jadi di sini saya cuba kaitkan kenapa saya dan anda (ya anda yang mempunyai blog dan menulis di blog) bahawa anda terdedah kepada Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1984. Ambil sahaja contoh Amizudin Ahmat diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia. Mampukah anda penulis blog picisan membayar saman tersebut kerana menulis atau menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sumbernya?
Cukup dengan tiga situasi biasa dan satu kes berprofil tinggi ini. Bagi yang belum tahu bagaimana mangsa (Gambit Saifullah dan Arlene Tan) boleh menyaman anda seorang blogger. Dalam Akta Fitnah 1957 ada menyebut tulisan terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Apabila anda menulis atau menyebarkan sesuatu berita yang kita sendiri tidak tahu sahihnya, sudah pasti bukan anda seorang yang menulis dan mula menjadi rantaian berita yang tidak sahih. Bayangkan Gambit ketika itu mengambil salah satu daripada tulisan yang mempunyai unsur makian (walaupun niat anda membantah, tetapi emosi membuatkan anda menggunakan kata kesat). Ambil pula contoh Arlene Tan, apabila dia disahkan bahawa dirinya difitnah, dia sendiri boleh memetik mana-mana tulisan yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia dan menjadikannya isu. Hal ini terjadi kepada Amizudin Ahmat yang mana dia menyebarkan artikel dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim merogol pembantu rumah Indonesia yang hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.
Bahasa mudah, mangsa mempunyai 1000 pilihan blog (mungkin lebih!) yang mana memfitnahnya, dia petik satu nama dan dia boleh failkan saman.
Jelas dengan contoh dan penerangan tentang proses bagaimana Blogger Kena Saman? Saya lihat ramai antara kita yang menulis blog dengan emosi walaupun sebenarnya anda cuba membantah tindakan artis, gadis terlanjur dan gadis disangka menghina Islam dan sebagainya. Nasihat saya, jadilah seorang blogger yang berilmu, beretika dan bijak!
Jangan lupa singgah di blog Adamroslan.com dan follow beliau di Facebook @Adamroslan dan Twitter @Adamroslan.
Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca pandangan Rakan Blogger tentang isu Kod Etika Penulis Blog Perlukah? sebagai panduan.
119 Comments
Menulis yang dirasakan shahih dan benar adalah jalan yang terbaik.
Semoga lepas ni semua penulisan kita sebagai blogger mengikut garis panduan dan tidak melukakan mana-mana pihak
Curahan rasa wazy @ ..Lailatul Qadar Ukur Kekuatan Iman Dan Takwa Umat Islam
Sehingga kini aku masih bertahan dalam mengulas apa jua perkara yang aku tak tahu!!! Jadi blogger ni kena banyak berilmu dan mencari ilmu bukan mudah ..perlu kajian…apatah lagi aplikasikan dalam penulisan blog mengikut acuan diri anda..
Thanks to Adamroslan ingatkan saya..
Curahan rasa Hanif @ ..Earthquake at United States
Sama-sama. Lagi satu tanggungjawab blogger ialah menjadikan industri blogging sebagai satu sumber menjana ilmu. Keluarkan kajian kajian yang memberi manfaat kepada kita semua dan sesuatu yang boleh dikongsi.
sya tulis syok sendiri je tapi just personal…
tak berani lebih lebih…huhu
Curahan rasa noriz @ ..Majlis Iftar di ofis…
saya harap saya kekal dengan cara penulisan saya yang tidak menyentuh manusia lain melainkan pasal diri sendiri, hehehehehe
bahaya juga kalau nak bermain SEO tanpa ilmu yang cukup kan..harap² kes² tersebut dijadikan iktibar oleh para bloggers
Curahan rasa chekgu naman @ ..Rabu Tanpa Kata- Cikgu Datanglah Sini Balik
eh dah lawa kotak komen. hehe
Curahan rasa amoi @ ..Wordless Wednesday #15: Gunshot.
kdang-kdang. bahaya jgk duk 1st page carian google ni.. huhuhu. klu dlm 1000, dia plih kita ntuk kena saman.. bahaya2x…
Curahan rasa trigyy @ ..[Kelakar] Gambar Atlet Berak ketika Kejohanan
Lagi senang nak dipetik kalau duduk Top 10 carian google. Semua ada baik dan buruk.
Boleh menulis secara kiasan tanpa menulis tepat pada sasaran.
Adalah lebih baik kalau menyebutkan Sourcenya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hati-Hati Mengunjungi Situs Harry Potter
Yah… mungkin itulah yang dikategorikan Traffik Hunter..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012
Setuju 😉
btol tu. setuju sgt2. nilai dulu abes2 sblom mengkritik sbb mengkritik ni adalah lebih mudah berbanding memuji.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Menjelajah Kilang Ferrari Di Maranello: Assembly Line
sebagai blogger unt mengelakkan perkara buruk berlaku terbaik elakkan menulis sesuatu perkara yang boleh membangkit isu – terutamanya yg melibatkan keselamatan negara dan perkara yg boleh menjatuhkan maruah org lain
Sebab itu selalunya sangat mengelak tulis benda2 sensasi dan lebih gemar menulis benda yang lebih umum~
Curahan rasa Lord Zara @ ..#24 #Ramadhan : #WW #9 – Mana Sumber Bahagia?
Comments are closed.