Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat hadir ke majlis Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013. Ada banyak sebab kenapa aku sebagai penulis blog sepenuh masa perlu hadir #MITBCA2013 selain bersosial dan menceduk ilmu daripada ahli panel daripada berbagai negara iaitu rasa tanggungjawab sebagai seorang Blogger hadir ke majlis yang dianjurkan untuk Blogger. Denaihati Network telah diberi peruntukan 10 tempat oleh penganjur yang nilainya RM600 untuk setiap tempat dan alhamdulillah beberapa Rakan Blogger sudi bersama.
MITBCA2012 telah memberi ilham kepada aku untuk memulakan blog Travel kerana ketika itu seperti tiada katogeri yang sesuai untuk mencalonkan blog Denaihati untuk anugerah MITBCA2012. Lama juga memikirkan nama domain yang sesuai untuk blog Travel. Pada mulanya blog Travel ini menggunakan domain gengkembara.com tetapi setelah beberapa bulan digunakan terasa macam tak berapa menarik. Setelah berfikir dan menerima cadangan daripada rakan-rakan kembara akhirnya nama DENAI sempena DENAIHATI digunakan untuk domain baru. DENAI yang bermaksud jalan kecil di dalam hutan sudah cukup sesuai mengambarkan kisah pengembaraan.
Denai.my bermula dengan kumpulan entri kembara dari blog Denaihati.com. Blog Kembara Denai.my sudah lama berada di alam siber cuma tidak dimaklumkan kepada Rakan Denaihati kerana sedang menguji SEO. Alhamdulillah belum mencapai tahap maksima tetapi trafik organik semakin banyak masuk ke blog Denai.my. Lebih banyak entri travelog yang lepas dan akan datang akan dikongsikan di blog ini. Blog Denai.my juga terbuka kepada Rakan Denaihati yang ingin berkongsi kisah sebenar kembara anda samada di dalam atau di luar negara.
Kenapa blog Travel? Kerana potensi blog Travel sangat besar kepada Rakan Blogger yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semangat untuk menulis pengalaman mengembara semakin membara apabila mendengar pembentangan panel Travel Blogger di MSMW2013 dan MITBCA2013 yang mendapat berbagai peluang daripada blog Travel mereka.
Untuk memulakan blog Travel bukan semestinya Blogger perlu melancung keluar negara tetapi boleh dimulakan daripada kawasan setempat mungkin kampung halaman. Seorang Blogger dari Filipina dijemput menjadi panel di berbagai seminar di seluruh dunia hanya kerana beliau menulis blog kisah kampung halamannya, Mindano. Kemana kita pergi tidak penting kerana kita bukan orang pertama yang sampai di sesuatu tempat tetapi kisah pengalaman kita itu yang membezakan kita daripada pengembara yang lain.
Jadikan kita seorang Blogger yang melihat peluang sebelum orang lain. Lagi pun ramai Blogger yang berjaya ada lebih daripada satu blog seperti En Titan (tunggu blog Kembara Cendol) dan Beautifulnara.
90 Comments
keren sekali, makasih banyak info nya
untunglah sesape yang selalu travel…dan rajin buat entri pengembaraan kan…
Curahan rasa lin azlina @ ..Simple Giveaway 2013!!!
Berjaya lah seorang blogger dengan blog yang bermanfaat…
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..iPhone 5S Pertengahan Tahun
Dunia blogging seakan tak pernah henti, selalu saja ada inofasi baru dari Blogger. terima kasih telah berbagi.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Berkas Untuk Pola PLPG Sertifikasi Guru
Betul kawan…. inovasi baru yaang patut untuk dicoba.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
btul tu..nk maju dlm dnia blogging kne explore perkara yg org lain blm wat..
Curahan rasa Katak Comel @ ..Koleksi Senjata Pengganas Lahad Datu
tuan nak pergi kampung saya tak? boleh jalan kaki beli cendol bakar tu… tu je specialnya.. hahaha..
kalau kampung lagi satu di singapore… macam-macam ada.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Lepat Pisang Tiada Pisang
pelik jugak kenapa macam takde promosi je denai.my ni hehe nak cuba seo rupanya.. ok nice!
Curahan rasa topo @ ..Lamborghini Veneno: Supercar yang Berharga RM 12.2 Juta
niche yang menarik ni. kalau berkemampuan. nak bukak blog travel juga la
Curahan rasa wandisini @ ..Boleh Kamu Baca Tulisan Jawi?
lagi ramai blog niche lagi bagus.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Lepat Pisang Tiada Pisang
lakukan yang terbaik
Curahan rasa aldy @ ..Naruto Shippuden Episode 302 [Subtitle Indonesia]
Masa yang terbaik untuk memulakan blog denai.my.Tahun depan boleh menang award lagi nampak gaya nyer hehehe…
Curahan rasa azman @ ..Kelas Asas Fotografi – Tak Rugi Belajar
jom kita berkolaberasi bukak blog travel
Curahan rasa wandisini @ ..Boleh Kamu Baca Tulisan Jawi?
Ada teman sekolah yang sekarang bekerja di Belanda juga menggunakan tema blog travel dan penghasilan tambahan dari blognya lumayan pula katanya.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi Untuk CPNS 2013
wah…. boleh juga tuh Mas,… kenapa tidak kita coba untuk itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
Tahniah tuan. Satu lagi kemajuan.
Curahan rasa daddydee @ ..Wordless Wednesday : Heavy Metal Symbol
tuan kita ni memang sentiasa hebat dan maju….
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Lepat Pisang Tiada Pisang
Sesuai benar lah tu. Bro pun selalu mengembara. Bagus dikongsikan pengalaman itu.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Manchester United vs Real Madrid: Whole world will watch this!
nanti dah travel boleh nak share kat sini..
Curahan rasa hafiz @ ..Wordless Wednesday #19 : Mee Hailam
bro nak tahu pasal kampung saya tak? hehehehe!!!! tapi bagus macam ni. teringin nak buat blog yang boleh kembangkang network tapi belum ada pengalaman dan modal.
Curahan rasa Lizz @ ..Doa Demam Panas Paling Mudah
Comments are closed.