Blog Blackrosehunter sumber Sains Kesihatan

Spread the love

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada empunya blog Denaihati ni yang memberi peluang kepada aku untuk membuat sedikit review tentang blog aku. Aku boleh dikategorikan sebagai blogger newbie yang masih menimba ilmu daripada mereka yang telah lama dalam dunia blogging ini. Kalau diikutkan dah lama aku kenal blog tetapi tidak tahu cara mengendalikannya dan tiada motif untuk menulis. Jadi ditinggalkan hasrat untuk blogging.

Sedikit pengenalan kepada blog aku yang diberi nama Blackrose (nama ni diberi berdasarkan idea yang datang secara tiba-tiba), sekiranya diikutkan dengan niche blog memang tidak selaras. Jadi, oleh kerana sudah guna nama ini maka diteruskan. Secara umumnya, blog ini adalah perkongsian mengenai sains kesihatan. Info-info kesihatan ini merupakan salah satu minat aku dan menjadi pengerak untuk aku menulis. Hasrat aku untuk mendedahkan lagi rakyat kita kepada ilmu kesihatan. Sebab itu juga sebolehnya aku mendapatkan artikel yang mempunyai sumber yang lebih menyakinkan walaupun daripada internet. Mungkin artikel-artikel yang aku tulis dalam bahasa melayu itu juga dapat membantu pelajar-pelajar kita yang membuat kajian internet mengenai kesihatan. Sedikit sebanyak diharap dapat membantu dengan menambahkan jumlah artikel kesihatan dalam bahasa melayu.

Mungkin input mengenai kesihatan sahaja mungkin membosankan di mata blogger , jadi adalah entri-entri yang lain dimasukkan selain GA dan bloglist yang aku join. Jikalau hendak diikutkan memang dah lari daripada niche blog . Mungkin tidak banyak mampu aku ulaskan di sini, hanya ingin memperkenalkan diri kepada rakan-rakan yang lain. Mungkin kita boleh menjadi kawan dalam dunia maya ini. Terima Kasih sekali lagi kepada bro Denaihati yang memberikan peluang sebegini kepada aku. Jasamu dikenang.. =)

Mengenai penulis..aku menggunakan id blackrosehunter@blackrose @ zul. Nama kawan-kawan panggil dalam dunia nyata ini ialah zul. Pelajar tahun akhir jurusan Geologi di IPTA . Dua dunia berbeza antara kesihatan dan geologi(kajibumi). Tetapi minat boleh mengubah segala-galanya. Pernah menapak dalam dunia blog tahun 2009 tetapi gagal kerana tiada hala tuju dan kembali pada akhir tahun 2010. Sesiapa yang hendak berkenalan boleh la singgah ke blackrosehunter

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

72 Comments

  1. aku rasalah kan, sebab di denaihati ni banyak penulis jemmputan, patut setiap bawah entri tu ada tertulis detail penulis entri tersebut. macam dekat web seperti 1stwebdesigner ke, smashingmag ke… 🙂
    Curahan rasa Pisyek @ ..Joomla! Day Malaysia 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!