Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat hadir ke majlis Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013. Ada banyak sebab kenapa aku sebagai penulis blog sepenuh masa perlu hadir #MITBCA2013 selain bersosial dan menceduk ilmu daripada ahli panel daripada berbagai negara iaitu rasa tanggungjawab sebagai seorang Blogger hadir ke majlis yang dianjurkan untuk Blogger. Denaihati Network telah diberi peruntukan 10 tempat oleh penganjur yang nilainya RM600 untuk setiap tempat dan alhamdulillah beberapa Rakan Blogger sudi bersama.
MITBCA2012 telah memberi ilham kepada aku untuk memulakan blog Travel kerana ketika itu seperti tiada katogeri yang sesuai untuk mencalonkan blog Denaihati untuk anugerah MITBCA2012. Lama juga memikirkan nama domain yang sesuai untuk blog Travel. Pada mulanya blog Travel ini menggunakan domain gengkembara.com tetapi setelah beberapa bulan digunakan terasa macam tak berapa menarik. Setelah berfikir dan menerima cadangan daripada rakan-rakan kembara akhirnya nama DENAI sempena DENAIHATI digunakan untuk domain baru. DENAI yang bermaksud jalan kecil di dalam hutan sudah cukup sesuai mengambarkan kisah pengembaraan.
Denai.my bermula dengan kumpulan entri kembara dari blog Denaihati.com. Blog Kembara Denai.my sudah lama berada di alam siber cuma tidak dimaklumkan kepada Rakan Denaihati kerana sedang menguji SEO. Alhamdulillah belum mencapai tahap maksima tetapi trafik organik semakin banyak masuk ke blog Denai.my. Lebih banyak entri travelog yang lepas dan akan datang akan dikongsikan di blog ini. Blog Denai.my juga terbuka kepada Rakan Denaihati yang ingin berkongsi kisah sebenar kembara anda samada di dalam atau di luar negara.
Kenapa blog Travel? Kerana potensi blog Travel sangat besar kepada Rakan Blogger yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semangat untuk menulis pengalaman mengembara semakin membara apabila mendengar pembentangan panel Travel Blogger di MSMW2013 dan MITBCA2013 yang mendapat berbagai peluang daripada blog Travel mereka.
Untuk memulakan blog Travel bukan semestinya Blogger perlu melancung keluar negara tetapi boleh dimulakan daripada kawasan setempat mungkin kampung halaman. Seorang Blogger dari Filipina dijemput menjadi panel di berbagai seminar di seluruh dunia hanya kerana beliau menulis blog kisah kampung halamannya, Mindano. Kemana kita pergi tidak penting kerana kita bukan orang pertama yang sampai di sesuatu tempat tetapi kisah pengalaman kita itu yang membezakan kita daripada pengembara yang lain.
Jadikan kita seorang Blogger yang melihat peluang sebelum orang lain. Lagi pun ramai Blogger yang berjaya ada lebih daripada satu blog seperti En Titan (tunggu blog Kembara Cendol) dan Beautifulnara.
90 Comments
Setuju sekali dengan informasi dari master satu ini, apalgi tak perlu melancong keluar negeri
Curahan rasa obat disfungsi ereksi @ ..Obat Disfungsi Ereksi Herbal Kelas Dunia
baru dkna tau ada denai.my 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..REVIEW : Lawak Ke Der 2
Saya blog picisan, malu nak menjemput blogger hebat seperti Encik Denaihati join segmen saya tu tapi itulah yg terpapar sebab ianya sticky post. Terlupa nak tukar b4 post komen tadi.
Curahan rasa ieta @ ..TALIBESEN
wow! hebatnya… mungkin 1 hari sy juga akan menjadi sehebat Denaihati dan blogger seperti disebut-sebut itu. Sesungguhnya, memang bukan senang nak senang 🙂
Curahan rasa ieta @ ..SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta
denai.my…sesuai dgn nama domain ngn niche blog…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Oh Perempuan, Tolong Simpan Kebodohan Tu Sikit
Nampaknya strategi penjenamaan sudah mula menunjukkan hasil
Curahan rasa hafizmd @ ..Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015
Tahniah tuan DH. Blog travel mmg menarik utk diterokai.
Moga semakin berjaya utk team DN.
p/s-jom terjah blog denai.my =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015
bagi yg selalu bercuti dan mengembara memang selayaknya kena ada blog sebegini 🙂
Curahan rasa auc @ ..Cerita Dodol Kukus
minat bercuti, tapi belum mampu nak bercuti
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Turun 5 Kg Dalam 5 Minggu
Insya Allah Denai.my akan setenar denaihati.com nantinya aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Formasi Untuk CPNS 2013
seronok baca kejayaan bloggers hebat.. 🙂
Curahan rasa tips @ ..WW 25 Bola Jaring Kaki
teringin jugak nak pakai dot my..
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Hakikat Sesuatu Penyakit
hurm.. wah.. saya tak mampu nak ada niche lain.hehe.. nanti otak terbelah dua.hahaha
Curahan rasa boni kacak @ ..Video Tutorial Jadi Mat Rempit – Penyamun Inc.
salam..
sesuai buat panduan pada yang
suka mengembara..tahniah dengan
lahirnya blog Denai.My
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Gambar Sekitar Ops Daulat Tragedi Lahad Datu Sabah
Yes indeed… x perlu tggu overseas pun.. dlm msia pun ok..
Ok brother.. all d best to denai.my
Curahan rasa nurmisnsn @ ..Rahsia sihat cantik berseri dengan Aura White
aku dah ada dah blog niche travel. tapi itu untuk main adsense aje. Tak berani nak main market malaysia lagi untuk niche ni. haha..
Curahan rasa titan @ ..TechCPM – Selama mana mampu bertahan?
rupanya banyak benar blog Cik Titan ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
try la… mana tahu ada rezeki bawa cendol ke seluruh negara..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Turun 5 Kg Dalam 5 Minggu
Sebuah entri yang sangat menginspirasi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
Saya setuju bahwa memulakan sebuah blog travel bukan berarti harus melancong keluar negara dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
Tapi bisa dimulai dengan memperkenalkan daerah kita yang dapat menjadi tujuan wisata yang menarik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
Comments are closed.