Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat hadir ke majlis Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013. Ada banyak sebab kenapa aku sebagai penulis blog sepenuh masa perlu hadir #MITBCA2013 selain bersosial dan menceduk ilmu daripada ahli panel daripada berbagai negara iaitu rasa tanggungjawab sebagai seorang Blogger hadir ke majlis yang dianjurkan untuk Blogger. Denaihati Network telah diberi peruntukan 10 tempat oleh penganjur yang nilainya RM600 untuk setiap tempat dan alhamdulillah beberapa Rakan Blogger sudi bersama.
MITBCA2012 telah memberi ilham kepada aku untuk memulakan blog Travel kerana ketika itu seperti tiada katogeri yang sesuai untuk mencalonkan blog Denaihati untuk anugerah MITBCA2012. Lama juga memikirkan nama domain yang sesuai untuk blog Travel. Pada mulanya blog Travel ini menggunakan domain gengkembara.com tetapi setelah beberapa bulan digunakan terasa macam tak berapa menarik. Setelah berfikir dan menerima cadangan daripada rakan-rakan kembara akhirnya nama DENAI sempena DENAIHATI digunakan untuk domain baru. DENAI yang bermaksud jalan kecil di dalam hutan sudah cukup sesuai mengambarkan kisah pengembaraan.
Denai.my bermula dengan kumpulan entri kembara dari blog Denaihati.com. Blog Kembara Denai.my sudah lama berada di alam siber cuma tidak dimaklumkan kepada Rakan Denaihati kerana sedang menguji SEO. Alhamdulillah belum mencapai tahap maksima tetapi trafik organik semakin banyak masuk ke blog Denai.my. Lebih banyak entri travelog yang lepas dan akan datang akan dikongsikan di blog ini. Blog Denai.my juga terbuka kepada Rakan Denaihati yang ingin berkongsi kisah sebenar kembara anda samada di dalam atau di luar negara.
Kenapa blog Travel? Kerana potensi blog Travel sangat besar kepada Rakan Blogger yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semangat untuk menulis pengalaman mengembara semakin membara apabila mendengar pembentangan panel Travel Blogger di MSMW2013 dan MITBCA2013 yang mendapat berbagai peluang daripada blog Travel mereka.
Untuk memulakan blog Travel bukan semestinya Blogger perlu melancung keluar negara tetapi boleh dimulakan daripada kawasan setempat mungkin kampung halaman. Seorang Blogger dari Filipina dijemput menjadi panel di berbagai seminar di seluruh dunia hanya kerana beliau menulis blog kisah kampung halamannya, Mindano. Kemana kita pergi tidak penting kerana kita bukan orang pertama yang sampai di sesuatu tempat tetapi kisah pengalaman kita itu yang membezakan kita daripada pengembara yang lain.
Jadikan kita seorang Blogger yang melihat peluang sebelum orang lain. Lagi pun ramai Blogger yang berjaya ada lebih daripada satu blog seperti En Titan (tunggu blog Kembara Cendol) dan Beautifulnara.
90 Comments
setuju tu blogger ni lain pandangannya. orang lain dh nmpk tp kita tampakkan ia lebih berbeza. sentiasa support denaihati walau bkan blogger sepenuh masa. begitu juga dengan tempat yg pernah kita pergi dan tak semestinya org belum pergi dan dalam masa sama juga ada org pergi cara kita olah itu menonjolkan seolah-olah kitalah yg pertama pergi itu yg terbaik. 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Wordless Wednesday 64 | Kepercayaan
syok baca cerita kembara orang ni… nak kena ada jugak seketul. banyak dah merantau, tapi jarang benar ditulis. haha
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Pengalaman Membeli-belah Secara Online
kena lah cuba seketul dua ketul ni…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Lepat Pisang Tiada Pisang
Kaki berjalan boleh rekodkan pengembaraan mereka didalam blog.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – Helikopter RC Koning
Tahniah dengan blog barunya semoga segera menyusul prestasi blog utama ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
Saya yakin pastilah tidak akan lama lagi bisa menyamai denaihati.com
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
boleh dijadikan pemangkin utk terus bergerak lebih kehadapan baca kisah2 dari bro DH..
Curahan rasa fariq @ ..Contoh Surat Perletakan Jawatan
Nampaknya tuan Denai mengorak langkah dengan mewujudkan blog kembara pulak. Semoga maju jaya.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Wordless Wednesday | Iklan Guinness Stout 1968
Saya pun baru tahu adanya blog Denai.my ini beberapa waktu lalu ketika masa pengundian untuk MITBA2013
Untuk blog yang berkenaan dengan pengalaman kembara, rasanya belum bisa membuatnya, karena jarang sekali melakukan kembara baik dekat maupun jauh 🙂
Namun tak menutup kemungkinan, suatu saat nanti akan membuat juga blog khas pengalaman kembara 🙂
Bisa dimulai dengan promosi pariwasata setempat dulu Kang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi Panasonic Gobel Awards 2013
satu inisiatif yang bijak. semoga jenama DENAI terus berkembang dan sukses dalam areana blogging
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Fuh Gila! Biji Mata Dijumpai Dalam Kemaluan Wanita
memang bagus jika ada blog sebegini yng berbentuk nichie yang menumpukan sesuatu tajuk sahaja, saya dah buka tadi dan ianya menarik
Curahan rasa Juan @ ..Ikan Siakap Masak Tiga Rasa – Permatang Pauh
semoga DH makin maju… jauh perjalanan luas pandangan.. tak leh jauh jalan… baca pun jadi lah…
Curahan rasa staibaqhang @ ..motivasi Bumiputera
buat blog travel sangat menarik, memerlukan banyak kos kan sebb kita kena pergi dahulu baru la boleh buat entry.. lagi 1 sediakan tips sekali lagi cun kan,, dan buat kos.. boleh buat budget.
Curahan rasa secantikmanis @ ..Food : Seoul Garden, KL Festival
perghh..saingan memang power lah jap lagi…..tahun depan kompen dah x leh pegang award travel blog dah faizalfredley.com….hihihi
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Berjemur Musim Sejuk Di Eropah
wah ramai cam nak buka satu blog travellah pulak
Curahan rasa kak ina kl @ ..N3 Contest Yang Menarik
setuju.. kisah pengembaraan kita dengan orang lain mungkin berbeza walaupun tempat yang sama ditujui..
Curahan rasa KiD @ ..Gajet Blogger
supersonic dari shakiddo.com!! hehehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gajet Blogger
Memang SUPERSONIC lah .. TERBAIKKKK
Curahan rasa denaihati @ ..#MSMW2013 bersama DS @Najibrazak
wah memang nyata kehebatan blogger full time
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
Comments are closed.