Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.

Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.

Optimasi kata kunci demi enjin carian

Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.

Kajian kata kunci untuk enjin carian

Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.

2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….


Spread the love

185 Comments

  1. malulah makcik. .. ramai yang datang blog tapi makcik belum mandi, belum berbedak…. 😛

    blogging ini dari jiwa, itu saja. kita kena letakkan target tetapi biarlah masih berprinsip.

    jangan terlalu mengikut trend semasa, guna keywords evergreen yang orang jarang beri perhatian.

    Benda-benda biasa dalam kehidupan dikongsi secara simple dan telus, dari diri sendiri, pengalaman sendiri akah menghasilkan penulisan yang kita sendiri suka. kalau kita suka, orang pun suka.

    menulis untuk kawan-kawan yg akan menjadi pembaca setia, bukan semata-mata kepada robox crawler. kalau ikut rentak robox sangat, kita akan sampai satu tahap menjadi ‘jemu dan bosan’… itulah pembunuh utama blogger.

    ada banyak benda nak cakap… tapi macam biasa, kak jie tak pandai menulis… kena baca entri dan cari tips yg diselitkan tanpa sedar.
    Curahan rasa Kujie @ ..Pisang Kaki Atau Persimmon FruitMy Profile

  2. bagi saya ada idea saya menulis takda idea saya biar dulu blog tu berehat.. sbb tak nak menulis kerana terpaksa dan seperti melepaskan batuk ditangga.. :-).. pastinya ramai yang dapat keyword hot perlawanan Harimau Malaya malam tadi.. hehehe
    Curahan rasa Myvitrd.com @ ..Ku Korbankan Segalanya UntukmuMy Profile

  3. apabila menatap blog kak kujie… terasa seolah-oleh membaca sebuah buku… dan perjalanan yang menyampaikan maklumat berguna… sedangkan, ia ditulis dengan penuh kajian… semuanya bergantung kepada niat asal kita menulis blog… jika benar-benar ingin mengikut pengiklan…mungkin lebih baik fokus kepada penjanaan pendapatan shj… In Shaa Allah… semua nya proses pembelajaran… TQvm… for this info… sangat berguna…
    Curahan rasa saljuhumairah @ ..BANNER SAVE GAZA dari DENAIHATI.COMMy Profile

  4. Penulisan yang bersahaja dan menggunakan perkataan yang dieja dengan betul adalah strategi yang bukan sahaja akan membuatkan pembaca kita gembira, tetapi begitu juga enjin carian.

    Namun ramai yang mengabaikan perkara penting ini dan hanya mengoptimasi kata kunci yang berkaitan tanpa memikirkan pengalaman pembaca dalam membaca artikel yang ditulis semata-mata untuk mencapai kejayaan dalam permainan SEO.
    Curahan rasa Eizil @ ..Apabila iPhone 5 menjadi Gadget Impian para blogger.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!