Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.
Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.
Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.
Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.
Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.
2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….
185 Comments
semua duk sibuk belajar seoo lepas contest seo yg dicetuskan kembali oleh titan thn ni.. termasuklah ciktom..huhu
Curahan rasa cik tom @ ..Komisyen Ketiga dari Infokerjaya Resources
ciktom suka entri2 kujie…santai je gaya penulisan tapi berbisaa 🙂
Curahan rasa cik tom @ ..Susahnya Nak Guna DSLR!
Menurut saya KW tidak begitu berarti, mungkin karena saya masih awam dalam dunia blog. yang terpentin buatku adalah menulis dan teruslah menulis. Dengan penuh harapan, semoga apa yang ditulis bermanfaat untuk orang lain.
Curahan rasa Idah Ceris @ ..Mengejar Sunrise di Sikunir, Dieng
Terbaik la entri Tuan.
Curahan rasa abangensem @ ..Siapa Sangka
Teruskan menjadi abangensem pasti suatu hari akan bro lihat kelainan dari kesabaran tersebut.
Curahan rasa Denaihati @ ..Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1
salam..
terperangkap dalam dunia SEO
tapi sampai bila kan..?ermm..
letih dah menjadi pengejar traffik..
hebat juga blog mak cik tu ye..?
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Pantang Larang Semasa Hamil Yang Hanya Mitos
yang paling tak best dlm mainan SEO – benda belum berlaku lagi tapi entri kat blog dah keluar…
Curahan rasa Shahrul @ ..Bantu Harimau Malaya untuk Pertahan Piala AFF
kualiti bukan kuantiti yg menentu baiknya sesebuah blog tersebut 🙂
Curahan rasa auc @ ..Samsung Galaxy Note II Akan Hadir dengan Dual SIM Card
Menulis entri berkualiti dengan stail tersendiri mampu mengekalkan pembaca..
Curahan rasa anif @ ..F1 – Jenson Button Menang Di Interlagos, Sebastian Vettel Juara Keseluruhan
tak tau lah nam kerja SEO nih… selalu jer tak kena. kesimpulannya buatlah sendiri…
Curahan rasa yangbaik @ ..Peluang memajukan diri
SEO kadang-kadang memenatkan.
Curahan rasa hatiputera @ ..Pemenang Giveaway Hatiputera.com
kak jie tulis memang jelas ada ciri-ciri seo. hoho..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Top 15 Blog Popular November 2012
Jika ingin terus bertahan, kena bijak mencatur 🙂
MJ masih tercari-cari dan terus menggali..
Moga akan berjaya, insyaAllah
Curahan rasa Myra Jay @ ..Portable Power Bank 13800mAh untuk dijual
Saya suka perkataan “mak cik ini” dihyperlinkkan ke blog kujie2.com.
SEO is only of them, not the only one. Kalau tulis ayat mengarut semata2 utk keyword density, lupakan.
Curahan rasa Affan @ ..37 Teknik Menjana Idea Menulis Blog
blog yang ditulis dari hati yg ikhlas dapat menberi kesan istimewa kepada pembaca …yg memungkinkan pembaca setia …apatah lagi kalau ada rewards macam DH ni …terbaik
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Acar Buah
Setakat dengan hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
artikel yang berguna buat blogger….
kadang-kadang kita terkejar-kejar dengan SEO untuk mendapat trafik yang tinggi…bagi blogger baru mungkin perlunya SEO kerana mereka perlukan sesuatu untuk menarik pembaca dan membina dan mengumpul follower setia….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Gambar Bocor – Blogger Tidur
SEO sangat perlu tetapi dengan atur cara yang betul.
Curahan rasa Denaihati @ ..Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1
Atur cara yang betul itulah yang perlu kita ketahui
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
Untuk itulah kita banyak belajar da membaca-baca entri di sahabat DH ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
Thanks for sharing.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.