Blog Terperangkap Dalam Dunia SEO

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.

Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.

Optimasi kata kunci demi enjin carian

Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.

37-teknik-luar-biasa-masalah-kekeringan-idea

Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.

Kajian kata kunci untuk enjin carian

Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.

2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….


Spread the love

185 Comments

  1. benar apa yang dikatakan rekan denaihati, kunci seo sebuah posting/artikel tergantung dari keyword, jika memakai keyword musiman seperti contoh “download kalender 2013” keyword ini bisa mendatangkan trafik ribuan perhari yg diperkirakan dari bulan september-desember 2012 setelah masuk 2013 keyword itu tidak berperan lagi dan tidak dikunjungi lagi, mungkin seperti itulah gambarannya, keyword mempengaruhi trafik jika trafik tiba-tiba turun, antisipasi dengan keyword yang paten yang setiap hari mendapatkan pengunjung. Terkadang trafik tidak tetap perhatikan hari-harinya pada saat trafik turun, sabtu dan minggu itu adalah hari analisis keyword baru per/blog.
    Penjelasan Denaihati, tepat sekali banyak blog terperangkap di dunia seo, warning : terlalu berlebihan optimasi SE akan menganggap spam dan kena sendbook, yang berdampak pada trafik yang turun drastis.
    mungkin ini sedikit yang saya pahami, contes iPhone 5 Gadget Impian membutuhkan seo agar tetap di posisi 10 besar SE. pahami artikel ini.
    Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penerimaan CPNS Untuk Tenaga Pendidik Tahun 2013My Profile

        1. Justru hikmah pelajaran dari kontes ini adalah persahabatan antara ssama blogger. Apalah artinya bila banyak traffik melimpah tetapi tak punya sahabat dan rakan blogger yang setia semuanya jadi mempunyai arti yang sedikit bahkan apalah artinya blogger bila tak ada saling bekerja sama dan mendukung
          Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

          1. Dari hati lubuk yang paling dalam saya pribadi mengucapkan banyak terima kasih sahabat denaihati dan sahabat eizil yang senantiasa mau berkongsi hal-hal yang bermanfaat mengenai dunia blogging dan berkenan untuk saling mengingatkan dalam postingan ini.
            Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  2. masih lagi dalam proses memahami SEO, trafik dan sebagainya tu..

    trafik pasti akan datang tapi nak mencari pembaca dan pengunjung setia tu bukan satu perkara mudah kalau tak kena pada caranya..
    Curahan rasa pipoq @ ..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  3. Assalam, terbaiklah.. lagipun memang ramai blogger sekarang nie yg mengejar sangat sangat traffik mungkin termasuk juga diri ini… hehhe.. tapi setelah baca artikel ini baru diri ini tersedar sikit… pembaca setia itu lebih penting berbanding traffik tapi traffik juga memainkan peranan hehehe… so, kedua-duanya amat penting… Blogger yg bijak pasti dapat menangani kedua2nya dengan baik… ^_^
    Curahan rasa Noorikmal @ ..3 Gambar Anak Pertama Nabil Raja Lawak dan Nazirah AyubMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!