Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mulai tahun baru 1434H blog ini akan mula memaparkan slot Cerpen. Cerpen bersiri pertama adalah hasil nukilan Rakan Blogger Latifahbee Kay tuan punya blog Puanbee.com. Semuga ada pengajaran disebalik kisah.

“Atuk … sakit atuk .. tak nak .. tak nak atuk ..tolong laaa ..” Jerit si gadis kecil itu. Aku pada ketika itu di hantaui nafsu serakah yang bergelora . Syaitan apakah yang berjaya menghasut aku. Setiap hari ku pandang , ku belai manja gadis kecil itu. Mamanya mengamanahkan gadis kecil itu untuk aku menjaga nya. Tetapi aku pula bertindak kejam terhadapnya.

” Diam .. diam .. jangan melawan , aku sepak kang muka kau.. “ Nada suara ku memberi amaran , perlahan tapi keras. Aku perlakukan gadis kecil itu seperti perempuan sundal.

Satu persatu perkara keji aku lakukan terhadapnya. Setelah selesai , aku memberi ugutan , yang cukup untuk menakutkan seorang gadis kecil berumur 9 tahun itu.

Jangan beritahu pada siapa-siapa , termasuklah mama kau , kalau aku dapat tahu kau beritahu pada emak kau , aku bunuh kau .. siaplah kau  ” Gadis kecil yang ketakutan hanya mampu menganguk kepalanya..

Puanbee.com

 

Bulan berganti bulan , perkara terkutuk yang sama belaku berulang kali , berkali-kali sehingga tidak terbilang lagi  .. kadang-kadang aku menyesali perbuatan aku , terkadang aku seolah-olah tidak dapat mengawal nafsu serakah aku. Dada aku kosong , tidak berilmu .. tidak juga  menunaikan kewajipan aku kepada yang Maha Esa. Tidak hairan lah aku mengikut jejak langkah syaitan durjana.  Aku ingin sekali insaf dan bertaubat nasuha. Tetapi setiap kalinya aku kecundang. Umurku tidak panjang lagi.. aku sedar.. sedar akan fitrah manusia biasa. Sampai waktunya aku juga akan di jemput menghadap Ilahi.

********************************

” Kenapa tiba-tiba panas membahang ni ? ” Desir hati kecil aku , tatkala aku nyenyak tidur di dalam penyejuk udara berjenama York. Mustahil penyejuk udara aku tidak berfungsi.  Jika ya sekali pun , mustahil panas itu akan panas seperti ini. Tidak pernah di dalam hidupku mengalami panas seperti ini.

Tidak boleh jadi , aku tidak boleh berdiam diri , panas nya keterlaluan bagi aku . Aku membuka mata .. lalu melangkah turun dari katil tempat aku merebahkan badan sebentar tadi. Rasanya hendak pergi bersiram dahulu bagi menyejukkan badan.

Apa ni ? siapa main api di sini , nak kena betul budak nih .. ada ka main api dalam bilik aku , nak bunuh aku ke   ?   Desir hati ku meluahkan kemarahan teramat sangat pada gadis kecil itu , ketika melihat api bertompok-tompok di atas lantai berdekatan katil aku.

Api kini semakin menjulang marak , panas membahang mengalah kan satu kampung terbakar , warna api hangat merah membara .. semakin lama api itu semakin dekat menghampiri aku ..

Api itu kelihatan seperti larva gunung berapi merayap menghampiri aku seolah ingin membaham aku .. tidak semena-mena aku di libas oleh ekor api di bahagian badan aku  .. berulang  kali , sakitnya yang teramat .. susah hendak di perkatakan .. luka akibat di libas bernanah – nanah busuk dan belendir serta merta …

Berlubang-lubang isi badan aku , seolah -olah isi kambing golek yang di panggang di atas bara api . Lantas isi badan aku menjadi cair , mencair dan jatuh di lantai .. sakitnya tidak terperi lagi .. Setelah isi aku hampir terpisah dari tulang , isi tubuh aku kembali pulih seperti sedia kala , namum tidak lama .. isi badan aku kembali di libas dek api yang mengganas itu .

Puanbee.com

Kemana lagi aku hendak melarikan diri , aku pasrah dan menerima kesakitan demi kesakitan itu.  Api itu seolah tidak mahu berenti menyiksa aku , api itu seolah mempunyai dendam kesumat terhadap aku . Kebencian api itu menjadikan aku pasrah. Tidak nampak bahawasanya api itu akan berhenti setakat ini.

Sakitnya  …. menitik air mata aku ,  berderu-deru membasahi pipi aku  namun tiada siapa yang menolong aku. Puas aku menjerit meminta tolong .

 Kemanakah penghuni rumah ini pergi ? ”

” Dimana aku sekarang ini ? kenapa api ini mengejar aku ?  Dimana anak aku dan gadis kecil itu ? ”

” Tolong.. tolong … Ya Allah ampunkan aku .. aku bertaubat padamu ya allah .. aku berjanji aku tidak akan buat lagi dosa-dosa terkutuk itu. Terima lah doa daripada insan hina ini.. Aku tahu aku kejam dan zalim ya allah , semoga Allah mengampunkan aku , Aku berjanji tidak akan melakukan perkara terkutuk itu lagi , aku berjanji .. biarlah aku terima balasan di dunia dari azab api neraka mu Ya Allah , Aku tidak sanggup lagi .. sungguh aku tidak sanggup berhadapan dengan azab mu Ya Allah .. “

” Ampun kan aku .. ampunkan aku .. ampunkan aku .. ampunkan aku Ya Allah ..”  Aku menjerit tidak ketahuan lagi. Aku tidak sanggup lagi menerima hukuman ini. Perasaan aku telah menjadi kucar kacir. Tubuhku kini telah kusut masai. Aku tidak segagah mana lagi. Aku lemah dan longlai.

************************************

 Ya Allah .. kenapa ni Ayah ? “  kedengaran suara anak aku , mama si gadis kecil itu .

Aku terjaga dari siksaan yang di alami itu. Aku bermimpi rupanya .. Aku melihat sekeliling… Tiada api yang marak lagi .. Tiada apa-apa yang mengekori aku ..Tiada larva yang menjalar di bilik aku .. Aku lihat semula tubuh aku .. Allhamdulillah .. Tubuh aku masih seperti biasa .. berkedut tetapi tidak ada kesan nanah , lubang mahupun calar.

Aku tersenyum memandang anak ku ” tidak ada apa-apa , ayah bermimpi bertemu emak kau “. Aku bersuara menipu .. menipu diri sendiri atau menipu siapa ? aku sendiri keliru ..

Aku keliru hendak memulakan biacara bagaimana dengan anak ku , Aku keliru bagaimana hendak memberi tahu padanya semua kesalahan aku , Aku keliru bagaimana hendak merendahkan ego aku dan meminta maaf serta menghadapi hukuman di atas dunia semula.

Namun yang pasti aku taku menerima hukuman dan azab api neraka. Hendak tak hendak aku harus memohon maaf pada mereka berdua. Aku harus mengakui kesilapan aku. Aku harus menerima hukuman dunia ini. Aku harapkan taubat aku di terima.

Aku inginkan taubat nasuha … namun aku .. perlukan sedikit masa dan ruang.

Bersambung ..

63 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!