Sepanyol Juara Fifa worldcup 2010 menang RM1250

Salam 1Malaysia, pasti ada yang sedang menunggu entri ini. Tahniah kepada Sepanyol Juara sebenar Fifa worldcup 2010. Sepanyol bermula dengan prestasi yang hambar tetapi meningkat dan klimaks ketika final. Tahniah juga kepada Netherlands, pasukan yang lansung tidak diberi harapan daripada awal tetapi mampu pergi jauh sehingga final. Netherlands agak panik difinal sehingga tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik walaupun melawan sehingga kesaat akhir.

Tahniah kepada Hanspunyablog, Stewardjohn, Mieran87, Amriawan, Prince-aeros, Untitledlimited, akulahyash, Hudamcgyver, aizuddin dan armin-yosh yang telah memilih dengan tepat Juara Piala Dunia 2010. Maaf kepada belogmj, penyertaan tak diterima kerana terlewat join dari waktu yang telah ditetapkan. Seperti yang semua maklum hadiah yang disediakan adalah RM250 x 4. Aku telah memberi peluang sehingga 11.59pm, 12/7/2010 untuk pemenang menulis entri khas dan empat yang tercepat akan menang hadiah RM250 setiap seorang.

Sepanyol Juara Fifa worldcup 2010

Daripada 10 blogger yang memilih sepanyol sebagai juara, hanya 5 sahaja yang menulis entri khas iaitu Hanspunyablog, Stewardjohn, Mieran87, Amriawan dan Prince-aeros yang lain tak nampak muka pun. Setelah berbincang dan memujuk sponsor yang memang pemurah hatinya, akhirnya kami bersetuju untuk memberi hadiah kepada semua 5 blogger yang buat entri khas. Sponsor minta jasa baik pemenang untuk buat satu lagi entri khas dengan backlinks ke denaihati untuk beritahu 1Dunia yang blog anda telah jadi juara piala dunia.

Tahniah kepada blogger yang pilih Sepanyol juara Fifa worldcup 2010 menang RM1250 jumlah keseluruhan hadiah. Ada banyak yang kita boleh belajar dari Fifa worldcup 2010 dari hanya bersorak gembira meraikan kemenangan. Hanya mereka yang ada DISIPLIN, STRATEGI, KUAT DAYA TAHAN dan BERUSAHA sahaja yang akan berjaya mencapai apa juga juara dalam hidup. Tanpa  sifat-sifat ini juara hanya ada dalam mimpi kalian sahaja. Tidak guna kalau sekadar melihat Sepanyol berarak membawa Piala Dunia tetapi kita masih ditakuk lama selama-lamanya. Tahniah kepada semua yang menang dan bagi yang tak menang ada lagi contest yang sedang iaitu contest aspire one dan akan ada di blog ini. Teruskan bersama denaihati.com.

P/s : Kepada pemenang sila hubungi melalui contact atau DM melalui twitter atau facebook.

[ad#advertlets336]

181 Comments

  1. tahnia buat pasukan Spain tetapi bak kata orang World Cup 10 ni sebenarnya juara adalah Barcelona =)

  2. salam kenal…
    spanyol memang layak utk menjadi juara dunia karena permainannya memang bagus sekali

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!