Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku memandu membawa anak-anak berjalan cuti-cuti 1Malaysia di beberapa tempat menarik di Malaysia terdengar perkongsian ilmu di radio oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman. Yang menarik suara Ustaz Haryanto ini saling tak tumpah suara Ustaz Ismail Kamus yang sangat terkenal. Kalau tak percaya cuba cari di youtube video Ustaz Haryanto dan video Ustaz Ismail Kamus pasti pembaca akan bersetuju yang suara mereka hampir sama.
Video Ustaz Haryanto Rizal Lokman
[box type=”shadow”]Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. (HR Ibn Majah).[/box]
Teringat aku kepada Para Ulama yang telah menulis buku dengan ilmu bermanafaat telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh jutaan manusia pasti pahala terus mengalir walaupun sudah beratus tahun berlalu. Begitu juga seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang suaranya sering berkumandang di radio dan tv setiap hari dengan qasidah, bacaan Al Quran, nasyid dan azan pasti ada bahagian untuk arwah di sana.
Terfikir apa agaknya yang aku tinggalkan sekiranya aku meninggal kelak kalau Abang Ensem ada juga buku “Jangan Baca Buku Ini” perkongsian ilmu hartanah yang dapat membantu ramai bukan sahaja orang Islam malah ramai yang bukan islam juga membeli. Kalau Eizil dengan ilmu SEO melalui kelas blog Junior dan Master yang telah diajar kepada ramai Rakan Blogger sehingga dapat mengubah nasib bangsa. Bagaimana pulak aku?
Mungkin blog Denaihati boleh dijadikan khazanah dengan perkongsian ilmu bermanafaat kepada setiap pencari ilmu di Google, Yahoo, Bing dan semua engine pencarian yang lain. Untuk itu aku kena selongkar kembali semua entri dalam blog ini daripada entri pertama iaitu “Politik yang bingung” yang ditulis pada 13 Julai 2008 untuk memastikan semua entri ada secebis ilmu yang bermanafaat dan mengubah suai atau membuang entri-entri yang tidak memberi manafaat kepada pembaca.
Mati itu pasti jadi aku kena bertindak segera kerana umur ini bukannya pasti yang tua meninggal dahulu tengok sahaja adik Ahmad Ammar perjuang muda Islam yang juga rakan sepejuangan di Kemboja telah meninggalkan aku terlebih dahulu dan disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki.
Semuga sedikit ilmu SEO dapat aku manafaat berkongsi secebis ilmu bermanafaat di blog Denaihati untuk Pencari Ilmu di engine pencarian terutama Google dan Yahoo. Teringat kata Ustaz Haryanto Rizal kalau tak mampu jadi macam Para Ulama hebat yang meninggalkan khazanah buku hebat, kita azam semuga ada satu dua ilmu biar sedikit yang dapat memberi manafaat kepada seluruh alam setelah kita tiada di dunia ini kelak. Mungkin blog boleh dijadikan khazanah ilmu bernilai yang kita tinggalkan.
81 Comments
cuma aku terfikir juga..kepada siapa hendak aku wariskan domain aku nanti…sekarang aku guna domain tapi masih gunakan platform blogspot…adakah jika selepas aku tiada akan domain tak renew…adakah semua entri aku masih boleh dibaca
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Wan pun ada terfikir berkenaan apakah peninggalan wan di alam maya selepas wan meninggal nanti. Terasa perlu buat sesuatu supaya dapat memberi manfaat kepada semua. Inilah saham akhirat yang boleh kita lakukan bersama-sama.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya juga sekiranya mampu ingin menulis perkara yang baik-baik sahaja, agar apabila saya mati nanti, adalah manfaat melalui orang yang membacanya.
tulis benda bermanfaat ni macam saham pahala di blog. makin ramai org baca makin banyak pahala
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sebagai blogger, kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada pembaca. Bukan sekadar gosip-gosip artis atau kutuk mengutuk. Harapnya saya alert dengan kandungan blog sendiri dan jauhkan daripada content yang tidak bermanfaat
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Itulah kan. Aku pun bila korek-korek entri lama, macam something wrong, ada benda yang tak kena. Last-last, aku delete entri aku yang merapu entah apa-apa tu.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
pernah jugak terfikir nak buang entry lama tu. tapi belum ada kesempatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ye, harap blog saya pon dapat memberi manfaat..setidak-tidak dapat mengubah atau memberi semangat dan keceriaan kepada sesiapa yang membaca..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Saya pun berpendapat sebegitu, Tuan. Harapnya apabila kita mati nanti, adalah saham kita di akhirat kelak.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
kenapa harus di tinggalkan >
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
Betul lah seperti dikata “Orang yang mengingati mati adalah orang yang paling cerdik” sebab nnt kita akan fikir nak buat yang terbaik sahaja untuk bekalan ke sana.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Turun 10kg Sebulan; Kurus Secara Sihat
Suka dengan penyataan cikpuan. Benar, jiwa kita akan mati sekiranya kita tak mahu ingat mati.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
betul.FA sokong sangat2.Ilmu dikongsi bersama.Dan berhati2 dgn setiap tinta yang ditulis 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Steamboat Sedap Area Setapak
Setuju. Apa yg kita tulis bakal dipertanggungjawabkan atas kita. Jadi, sama2 kita beringat dan lagi bagus bila ada kawan2 yg sudi tegur kalau kita silap
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Kuruskan Badan 1 Kilogram 1 Minggu? Meh Baca Bab Metabolisma…
bila baca entry ni, tiba-tiba terpikir, “bermanfaatkan setiap coretan yang ditulis di cikamal.com
🙁
Curahan rasa cik amal @ ..Rakyat Malaysia part 2
Itulah. Takut juga entri yg kita hasilnya akan ‘makan diri’ nanti..wanau’zubillah
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak Kuruskan Badan 1 Kilogram 1 Minggu? Meh Baca Bab Metabolisma…
yang penting jaga etika berbloogging..even ilmu yg ringkas tapi tetap memberi manfaat untuk readers..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
asalkan boleh bagi ilmu dan info kepada pembaca. jangan letak gosip pulak. haha!
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Berbloglah secara sihat dengan menyiarkan artikel yg memberi manfaat kepada semua pembaca.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Seo Eridy
Kita hidup haya sekejab, alangkah baiknya bila kita mengejar amalan yang tak putus2 tersebut untuk bekal di akhirat kelak.
Insya Allah saya juga akan selalu membagikan sesuatu yang positif dan bermanfaat melalui blog saya …
Curahan rasa Rina @ ..Create PHP PDO To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table
Dapat point besar dan menarik dalam posting ini. Buang segala artikel lama yang tak mendatangkan manfaat dari blog….nak buat dengan kadar segera…Terima kasih berkongsi!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Bolehkah jadi jutawan dengan kemahiran menulis?
Betullah Tuan DH. Memang hampir sama suaranya. Gayanya cakappun ada iras2 jugak…best
Khazanah, benda yg nak kena fikir jugak ni…biar blogging menjadi bekal yg baik utk kita.
terima kasih utk peringatan ni.
Curahan rasa hafizmd @ ..Contest SEO Eridy | Syok Main SEO?
Betul tu. Kena menulis bagi setiap entry ada pengisian ilmu yang berguna. Banyak saya belajar dari blog DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest SEO Eridy
Semoga blog aku juga boleh jadi manfaat untuk org lain…
Curahan rasa fazrol @ ..ww – Harga Masuk Zoo Negara!
Comments are closed.