Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata Blackberry telah terkubur dengan kehadirana berbagai jenama baru telefon pintar di pasaran dunia. Ramai yang menyangka Blackberry Z30 adalah gajet mereka yang terakhir. Blackberry tetap ada peminat yang setia dengan jenama yang sudah lama menakluki dunia. Terima kasih kepada Blackberry Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati walaupun bukan blog gajet seperti Amanz.my, Vernonchan.com dan Soyacincu.com di pelancaran gajet baru Blackberry Z3.
Pada 24/6/2014 BlackBerry Malaysia secara rasmi telah melancarkan gajet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. BlackBerry Z3 lebih fokus kepada negara-negara membangun terutama Indonesia, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Blackberry Z3 seperti beberapa model sebelum ini menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang datang dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM dan lain-lain.
Gajet ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh. BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada usahasama Blackberry dengan Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan Blackberry Z3 bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan.
Dengan harga hanya RM699 sudah pasti Blackberry Z3 boleh bersaing dalam pasaran dengan bersandarkan jenama yang sangat berpengaruh berbanding dengan jenama lain walaupun offer harga yang sama. Kepada pembaca yang nak tahu spesifikasi lebih jelas sila ke blog gajet yang tersenarai di atas.
314 Comments
Blackberry ada lagi noo igt xdak dah tapi sapa besa pakai BB memang seronok layan ja dia punya keypad
Curahan rasa montana @ ..Forum di Jawi
BlackBerry sekarang dah ada touch screen..hehe..takut juga ketinggalan bila semua brand dah berlumba2 keluarkan smartphone touch screen..ikut peredaran zaman..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
rindu jugak nak pakai keypad semula. typing error kurang dan puas tekan…heeeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
kalau phone guna keypad, mata pejam pun laju taip sms
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Murah juga harga keluaran terbaharu Blackberry ni. Tapi dengan kamera 5Mp rasanya susah Blackberry nak bersaing dengan smartphone yang mempunyai harga yang lebih kurang sama.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Khasiat Buah Kurma dan Resepi Jus Kurma
Kebanyakan smartphone sekarang average dah guna 8MP..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
betul tu,… inilah kekurangan dia
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
resolusi kamera antara ciri utama buat pengguna, cuma kalau dengan 5Mp dengan gambar yang jelas, cerah dan tajam memang oklah. tunggu kalau-kalau ada review dari blog amanz.my nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
betul tu saya setuju.. mungkin kalau kamera pixel tinggi, harga pulak yang melambung
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
best ni,
dulu pakai blackberry jugak, all the best blackberry.
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Berbuka Puasa dan Moreh dan Sahur dengan Biskut Galleta
Pernah juga pakai Blakberry masa model qwerty…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Design qwerty BlackBerry la yang menjadi ikutan beberapa model phone dulu…tapi bila masing2 dah beralih ke touch screen, BB pulak yg terpaksa mengikut jenama lain..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
aku pun ada bb qwerty tersadai tak guna sebab dah ketinggalan
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Memang Blackberry masih tetap ada pengguna dan penggemar setianya walau di dalam smartphone produk-produk baru juga sudah ada aplikasi BBM nya.
Bentuk dan desain yang bagus dai Z3 ini
Curahan rasa Ferry @ ..Bahaya Merokok Dan Gambar Peringatan Akibat Merokok
menariknya di Indonesia ada edisi Blackberry z3 Jakarta, pasti peminatnya cukup di Indonesia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
memang di indonesia ramai peminat setia BB berbanding di malaysia. Tambahan pula ada aplikasi tertentu yang sesuai untuk pengguna sisana
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Blackberry ni dah lama jugak menyepi..bagus ada produk baru kalau tidak pasti ketinggalan berbanding jenama lain
Curahan rasa weschairs @ ..Heartbleed (bahaya heartbleed)
mesti nak sentiasa ada produk terbaru, up to date dengan trend semasa dan pastinya dengan harga yang kompetitif.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh mula puasa Ramadhan 2014 sudahkah bersedia
harap-harap kembali menyegat lepas ni… keluaran terbaru nanti harap ada penambahbaikan
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
BlackBerry terpaksa kena ikut peredaran zaman kalau nak bersaing dengan jenama2 lain..atau jenama ini akan dilupakan suatu hari nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
dulu orang beli bb sebab nak guna internet free
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
blackberry satu jenama yang boleh dipercayai…memang berbaloi harga yang ditawarkan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Penting Hadapi Cuaca Panas
Harganya lebih mampu milik dengan spesifikasi rendah sikit dari Z30.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
persaingan yang sihat dengan lain-lain brand
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Salam, tak perasan ada tadi ~
ramai orang tadi, insyaAllah next time siapa terperasan dulu kita bertegurlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
tak ketuk pintu dan bagi salam sebab tu tak perasan.. hehehe
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Dahulu BlackBerry antara yang ngetop. Sekarang ini agak tengelam dengan pesaing lain. Harap dengan keluaran model terbaru ini menambat hati pengguna.
Curahan rasa akubiomed @ ..Terbang bebas bersama rama rama
Dengan UI, spesifikasi baik dan harga kompetitif tak mustahil dapat ramai pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
BlackBerry ada penggemarnya yg tersendiri selain penggemar setianya selama ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
penggemar bb ni macam penggemar apple gak.. Setia..
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
sesuai utk ibu bapa yg nak hadiahkan kepada anak2 mereka …
Curahan rasa puteraduyong @ ..SEMOGA BERJAYA BADANG NEGARA SAZALI SAMAD
anak remaja,dah besar sikit ok lah, sekolah rendah mungkin agak berlebihan kot.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
bagi pun kena pantau jugak.. kot-kot ada video yang tak sesuai untuk tontonan
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
harganya memang mampu milik tu…macam smart je…kamera je yang mungkin kekurangan di situ…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Kek Secret Recipe Percuma
ya, sikit kelemahan dengan kamera 5Mp, kebanyakan smart phone lain 8Mp untuk harga yang lebih kurang macam ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Specs camera menjadi salah satu sebab pengguna memilih sesuatu model phone selain harga..jika boleh dapat specs yang lebih tinggi dengan harga yg sama, terpulang pada pengguna utk membuat pilihan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
kamera 8mp mmg tak sesuai untuk gajet bb ni
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Masih hidup Blackberry rupanya 🙂 Apapun RM699 memang mampu milik.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014
tanda harga RM699 memang menarik, mungkin lebih menarik melalui telco nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
aku ingat dah terkubur.. bila DH buat entri ini baru tahu BB masih bernyawa… Hidup segan, mati tarak mau
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
blacberry z30 pom saya x hbs review lagi dah pun keluar z3 pulak…smartttt jer nampak
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Degree is Over Bro…!!!
Rekabentuknya memang menarik dan kemas. boleh sambar 1 jul nanti…hee
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Dua-dua gajet ni masih tak menambat hati saya. hanya samsung dan apple pilihan saya yang terbaik
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
masih ada lg yer peminat setia BB..zaman BBM nie mcm dah lame berkubur je..hehe
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..5 Tips Penjagaan Kain Cotton
mesti masih ramai lagi. kalau kat Indonesia, sampai ada versi BlackBerry Z3 Jakarta.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
kubur dah ada tapi tak mau mati lagi…
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
semusim sudah beli phone baru.. kuar pulak blackberry mampu milik yg mega ni.. hati sentap nak nagis huhuu
Curahan rasa hafizi @ ..Panduan Jadi Blogger Terkenal
tak perlu kecewa sangat bro, trend sekarang memang banyak model terbaru sentiasa keluar setiap bulan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh mula puasa Ramadhan 2014 sudahkah bersedia
betul tu… beli ikut keperluan.. nanti takde la membazir..
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Dikala banyak smartphone sekarang dah upgrade ke camera 5MP ke atas dengan specs lebih tinggi dengan harga bawah RM699 sepatutnya BlackBerry kena bijak merangka strategi baru untuk menarik customer baru selain yg masih setia dengan jenama Blackberry selama ini.
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
dengan keluaran terbaru Blackberry dengan harga kompetitif harap mampu beri kepercayaan semula pada peminatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
sebenarnya dia nak jaga status mereka sejak dulu lagi.. macam apple jugak.. phone untuk kelas atasan
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Comments are closed.