Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku minat berbisnis sejak sekolah rendah lagi masa itu tolong emak jualkan nasi lemak, mee hoon goreng dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Aku sangat yakin rezeki kita 9/10 daripada bisnis kerana Nabi Muhammad SAW juga berniaga. Jadi bila kita berniaga dengan niat yang betul juga adalah satu cara menghidupkan sunnah Nabi.
Perkara paling penting apabila kita nak menceburi dalam bidang bisnis adalah bersedia menerima risiko kerana bukan semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Bisnis adalah keuntungan tetapi kekurangan ilmu dan skill menyebabkan ramai yang rugi. Selain untung rugi bisnis juga penuh dengan cabaran dan ujian. Ramai lebih suka makan gaji walaupun hutang keliling pinggang kerana mereka tidak sanggup rugi dan melalui kesusahan berniaga.
Berniaga memang perlu berani gagal dan mempunyai hati yang cekal. Antara pengalaman manis yang pernah aku lalui sepanjang berniaga adalah prestiwa 12 tahun dahulu. Aku dikehendaki oleh syarikat ke Johor Bahru untuk preview produk baru. Ajak kawan-kawan menemani aku, seorang pun tak nak jadi aku pergi bersendirian memandu kereta.
Seorang wakil syarikat sudah menguruskan majlis tersebut yang sepatutnya bermula pada jam 8. 30 pm. Memang tak ada rezeki setelah menunggu sehingga jam 9.30 pm hanya seorang tetamu sahaja yang datang jadi jumlah termasuk aku dan wakil tersebut hanya tiga orang sahaja. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan preview walaupun hanya seorang sahaja yang datang.
Sahabat aku yang menguruskan majlis tersebut rasa sangat bersalah. Aku kata pada sahabat tersebut tak ada masalah walaupun hanya ada seorang yang datang. Aku yakin walaupun seorang yang datang tetapi kalau betul cara menerangannya pasti nilai bisnis daripada seorang tersebut akan lebih tinggi berbanding kalau ramai yang datang tetapi tidak berkualiti. Aku tak tahu samada pujukan itu untuk sejukkan hati kawan atau hati aku yang perlu memandu balik ke KL malam itu juga.
Bagimana perasaan anda kalau jadi aku, datang dari jauh tetapi hanya seorang sahaja tetamu yang datang? Itulah minda bisnis perlukan kecekalan hati kerana kejayaan dalam perniagaan adalah sebuah kembara yang akan melalui berbagai ujian dan rintangan. Hanya mereka yang cekal dan sabar sahaja berjaya.
229 Comments
Buat bisnes kena ada passion, kena ada sabar, kena ada ilmu.
Paling penting, hubungan baik dengan bos segala bisnes iaitu Allah.
Be humble. In sha Allah, Allah jaga. Saya pun masih bertatih-tatih lagi. Banyak yang kena be;ajar daripada orang berjaya dan pengalaman.
Curahan rasa Maizura @ ..Anda Datang dari Luar Negara dan Ingin Belajar Bahasa Melayu di Malaysia?
Ramai yang nak berbisnes tapi tak ramai yang sanggup tanggung risiko terutamanya risiko kerugian..
Curahan rasa Ammar @ ..DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
Pernah mengalami keadaan yang hampir serupa dengan DH. Tapi kami cekalkan hati, pergi dengan anak-anak lagi. Dan Alhamdulillah.. kami masih bertahan sehingga kini 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..KERETA SEWA TERBAIK, MURAH DAN SELESA SERTA TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU, SABAH
Biasanya bisnes yg bermula dari kecil kecilan akan berjaya akhirnya…kerana kita buat bisnes mengikut kemampuan dan belajar dari kesilapan untuk terus berkembang. Doakan moga saya terus berjaya..Ameen…mana tau doa tuan2 dimakbulkan. Terimakasih.
Curahan rasa kerje.com @ ..Pengasuh kanak-kanak/bayi
Mcm mcm bisnes sekarang ni. Banyak persaingan kalau banyak bersabar tak mustahil bileh bjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
Benar Tuan. Mmg kesabaran dan kecekalan yg penting. Utk kes cerita Tuan tu saya teringat dlm buku robert kiyosyaki kata biz network kita bermula drp seorang. Lps sorang jd dua. Lps dua jd 4 ….dan seterusnya. Thats the power of 1 🙂
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..Anti Aging Sebagai Produk Kesihatan Lelaki Yang Terbaik
berbisnes mental ke na kuat..pengalaman tuan tu mmg menjadi dari segi emosi..kalau terlebih sedih, mesti dah give up awal2 kan
Curahan rasa JMR @ ..Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..
macam tongkat ali yang menjadi ubat..bak kate hamid gurkha kalau tak pahit bukan tongkat ali namanya hahaha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Benci Masjid Laung Azan Solat Terlalu Kuat Tanda Manusia Berpenyakit
Hamid Gurkha memang lawak tapi ayat ayatnya boleh tahan deep gak, teringat kt insta dia cakap, “Kalau tak laju, bukan superbike namanya” haha
Curahan rasa JMR @ ..Aku berada di tempat tinggi bukan untuk terjun ke bawah..
Haha, yelah kalau mudah sangat nak berjaya pun tak terasa manisnya @ semua orang akan berbisness dan akhirnya tiada siapa yang membeli…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Telur Dadar Lagi ? Jom Cuba Resepi Sambal Telur Sedap Yang Mudah Disediakan Ini.
Setiap bisnes mesti ada dugaan yang akan mencabar tahap kesabaran… KIta kenalah merhati cekal dan semangat kena kental.
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
semestinya begitu..setiap pekerjaan apa sekalipun. kesungguhan dan fokus perlu ada. ditambah dgn minat dan passion
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Sufi Juara AF 2015
suka duka dalam bisnis, hanya yang cekal dan berani akan berjaya.
Curahan rasa yangbaik @ ..Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik
yang duka pasti menjadi kenangan yang gembira kan bila dah berjaya..selamat berjaya
Curahan rasa JMR @ ..Danish Hayyan dah 3 bulan.
makin menarik blog denaihati. Ya. bisnis selalu menguntungkan tetapi bisnis juga merugikan jika tidak mengikut flownya yang betul.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..10 Entri Ranking Paling Banyak – Contest Blog Denaihati
tidak dinafikan situasi ini memang boleh melemahkan motivasi namun pemikiran positif dan hati yang cekal boleh mengatasinya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hadiah Istimewa Dari Blog Denaihati
Hati kena cekal.. semangat kena kuat dan jangan pernah kenal erti jemu… baru lah boleh berjaya & kaya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Makanan Menggemukkan Malaysia.
Kecekalan itulah yang akan membawa kita ke tangga kejayaan. InsyaAllah, maka memang perlu konsisten dalam menjalankan perniagaan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kelas Instagram – Buat IG biar Sampai Jadi ~
wah memang kena cekal tu.. sorang datang mesti down motivasi tu..
tapi yang penting niat .. kan sekarang dah berjaya besar tuan denaihati
Curahan rasa zool @ ..Buat Passport di UTC, Layan Radio UTHM, Polis EVO, Idea Sistem Masjid
untuk berjaya dlm bisnes mesti menghadapi suka duka .. saya kena bersedia dengan perkara tersebut
Curahan rasa zool @ ..Marshal hampir dilanggar ketika ambil barang di litar
Benar, kalau 10 orang pun yang datang, mungkin hanya 2 atau 3 yang akan say yes. Itulah yang dinamakan cabaran.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kelas Instagram – Buat IG biar Sampai Jadi ~
jatuh bangun dalam perniagaan tu perkara biasa. kena tahan lasak. ada orang cakap, kena bisnes yang kita pakar, tapi ada jugak yg buat bisnes yang diorang tak pakar, tapi dapat hasil lumayan. semuanya kena usaha dan doa.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015
Bila dah berjaya, pasti kita akan terkenangkan saat saat pahit dan manis ketika dulu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kelas Instagram – Buat IG biar Sampai Jadi ~
Comments are closed.