Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku minat berbisnis sejak sekolah rendah lagi masa itu tolong emak jualkan nasi lemak, mee hoon goreng dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Aku sangat yakin rezeki kita 9/10 daripada bisnis kerana Nabi Muhammad SAW juga berniaga. Jadi bila kita berniaga dengan niat yang betul juga adalah satu cara menghidupkan sunnah Nabi.
Perkara paling penting apabila kita nak menceburi dalam bidang bisnis adalah bersedia menerima risiko kerana bukan semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Bisnis adalah keuntungan tetapi kekurangan ilmu dan skill menyebabkan ramai yang rugi. Selain untung rugi bisnis juga penuh dengan cabaran dan ujian. Ramai lebih suka makan gaji walaupun hutang keliling pinggang kerana mereka tidak sanggup rugi dan melalui kesusahan berniaga.
Berniaga memang perlu berani gagal dan mempunyai hati yang cekal. Antara pengalaman manis yang pernah aku lalui sepanjang berniaga adalah prestiwa 12 tahun dahulu. Aku dikehendaki oleh syarikat ke Johor Bahru untuk preview produk baru. Ajak kawan-kawan menemani aku, seorang pun tak nak jadi aku pergi bersendirian memandu kereta.
Seorang wakil syarikat sudah menguruskan majlis tersebut yang sepatutnya bermula pada jam 8. 30 pm. Memang tak ada rezeki setelah menunggu sehingga jam 9.30 pm hanya seorang tetamu sahaja yang datang jadi jumlah termasuk aku dan wakil tersebut hanya tiga orang sahaja. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan preview walaupun hanya seorang sahaja yang datang.
Sahabat aku yang menguruskan majlis tersebut rasa sangat bersalah. Aku kata pada sahabat tersebut tak ada masalah walaupun hanya ada seorang yang datang. Aku yakin walaupun seorang yang datang tetapi kalau betul cara menerangannya pasti nilai bisnis daripada seorang tersebut akan lebih tinggi berbanding kalau ramai yang datang tetapi tidak berkualiti. Aku tak tahu samada pujukan itu untuk sejukkan hati kawan atau hati aku yang perlu memandu balik ke KL malam itu juga.
Bagimana perasaan anda kalau jadi aku, datang dari jauh tetapi hanya seorang sahaja tetamu yang datang? Itulah minda bisnis perlukan kecekalan hati kerana kejayaan dalam perniagaan adalah sebuah kembara yang akan melalui berbagai ujian dan rintangan. Hanya mereka yang cekal dan sabar sahaja berjaya.
229 Comments
bak kata org putih no pain no gain. nak kaya kena bisnes. paling cantik kalau ada produk sendiri, yg pastinya bukan MLM
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Sufi AF 2015 – Kisah Dua Muka (Single Terbaru)
susahnya nak mulakan bisnes. kalau mental tak kuat pasti tersekat di tgh jln
Curahan rasa nikkhazami @ ..I Got Beme Shirt!
kalau tiada kesabaran dan kecekalan jangan ada niat untuk berbisnes..
Curahan rasa norehan saad @ ..JUS ALOE VERA YANG SANGAT OHSEM !
kalau tak tau sabar mmg tak boleh ber bisnes. kena kental hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..I Got Beme Shirt!
Hati memang kena kental kalau nak bisnes. Usaha, doa dan tawakal yang penting
Curahan rasa emalin mohd @ ..18 Khasiat GLA Shaklee Untuk Wanita Termasuk Pemakai Implanon dan Lelaki
Dalam bisnes musti ada untung dan rugi juga betul kata bang sensasi2020
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Rahasia Kenapa Alibaba Bisa Begitu Sukses Hingga Go International
Dalam bisnes kite harus benar-benar banyak memperhatikan peluan, agar kelak kita bisa sukses dan kemudian harus fokus
Curahan rasa Abang Hasan @ ..Tupperware Promo Terbaru Cantik Oktober 2015
benar, makanya kita harus manfaat peluang yang sedia ada, sebab bukan selalu peluang yang baik datang selalu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Tula..bukan senang nak bisnes ni…kena kentalkan jiwa..permulaan selalunya pahit..sebelum manis di hujungnya..insya allah.
semangat yang jitu, cekal dan kental itu bermula dengan semangat yang lemah, ia harus dibina dari bawah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Adat meniaga ada tenggelam timbul.. Yang penting jangan berhenti berusaha agar perniagaan dapat berkembang dan diterima masyarakat..
Curahan rasa Weschairs @ ..Aku Blogger Yang Tidak Femes
berniaga sudah pasti akan rugi, untung belum pasti, jadi jangan cepat mengalah kerana kejayaan menanti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Untung rugi dalam bisnes perlu kita hadapinya. Hati yang cekal boleh menahan asakan ekonomi yang suram seperti sekarang ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
untung belum tentu, rugi sudah pasti, apa pun minimumkan kerugian, maksimumkan keuntungan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Salam semua… ada juga pasang niat nak mulakan bisnes secara serius…. Insha Allah…. ada team yang bagus untuk joun. Semoga Allah Taala permudahkan segala perancangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
semoga berjaya menceburi dunia bisnes, masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
kena banyak bersabar terutama dengan situasi ekonomi dunia yg tak menentu
Curahan rasa nikkhazami @ ..10 Entri Popular Denaihati Jan-Sep 2015
Memang berbisnes perlukan kesabaran dan hati yang cekal. Moga niat berbusnes selama ini tertunai …. Insha Allah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
biar pun ekonomi dunia dan negara tak menentu, kita harus bijak mengawal dan menguasai ekonomi sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
dlm keadaan ekonomi spt sekarang ni kita kena sentiasa bersedia dgn apa jua cabaran bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..I Got Beme Shirt!
Melihat ekonomi global yang buruk membuat banyak pelaku bisnes dan investro bertepuk sebelah tangan. Semoga masalah jerebu ini juga bisa tertangan i oleh goverment dan pihak lain yang musti bertanggungjawab
Curahan rasa Abang Hasan @ ..4 Rahasia Untuk Mencari Pekerjaan Yang Anda Cintai
dalam bisnes banyak cabarannya. perlu berdepan dengan modal yang besar dan berhadapan dgn kerugian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga Tiket LRT & Monorel Naik Mulai November 2015
Dalam bisnes ada untung dan ruginya. Kita terpaksa hadapinnya walau mana sekali pun?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
rugi itu perkara biasa, sebelum buat untuk kena keluarkan kos beli produk, sewa kedai, kos pemasaran dan sebagainya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Kalau dalam bisnes rangkaian, yang seorang itu mungkin akan menjadi leader yang berpotensi tinggi. Jadi tidak boleh memandang sebelah mata walau hanya ada seorang saja bakal pelanggan. Yang seorang mungkin akan membawa ribu-ribu…
Curahan rasa ahmadyani @ ..Siapa Nama Awak?
Buat bisnes secara berkumpulan adalah langkah terbaik. Guna segala buah fikiran ahli-ahli dan buat satu tetapan atau perancangan yang jitu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Hari Sukan Negara 10 September 2015
leader dalam bisnes jaringan sudah pasti menjadi contoh kepada anak anak buahnya, jadi sumber inspirasi yang agung 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Berhenti Kerja Untuk Berniaga Sepenuh Masa
Betul tu, kalau saya mau patah semangat bila tengok seorang je tetamu yang datang. Tetapi jika kita berfikir secara positif, ia adalah latihan praktikal untuk berucap. Sampai bila perlu berucap olok-olok depan cermin..inilah masanya untuk practice 🙂
tetamu yang datang biar dapat yang targeted, kalau 100 yang datang, 100 itu mahu masuk sertai bisnes kita, itu lebih baik dari 1000 yang datang tapi tiada yang mahu sertai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Kalau saya, semangat tu pasti menurun kalau lihat seorang sahaja. Tapi macam yang dikatakan, biarlah seorang yang bernilai daripada ribuan orang.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Terfikir Atau Terniat?
salah satu cara untuk menaikkan semula semangat yang turun ialah kita ingat kembali mengapa kita bermula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa Sebulan
Comments are closed.