Bisnis perlukan hati yang cekal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku minat berbisnis sejak sekolah rendah lagi masa itu tolong emak jualkan nasi lemak, mee hoon goreng dan kuih muih kepada kawan-kawan sekolah. Aku sangat yakin rezeki kita 9/10 daripada bisnis kerana Nabi Muhammad SAW juga berniaga. Jadi bila kita berniaga dengan niat yang betul juga adalah satu cara menghidupkan sunnah Nabi.

Perkara paling penting apabila kita nak menceburi dalam bidang bisnis adalah bersedia menerima risiko kerana bukan semua perniagaan menjanjikan keuntungan. Bisnis adalah keuntungan tetapi kekurangan ilmu dan skill menyebabkan ramai yang rugi. Selain untung rugi bisnis juga penuh dengan cabaran dan ujian. Ramai lebih suka makan gaji walaupun hutang keliling pinggang kerana mereka tidak sanggup rugi dan melalui kesusahan berniaga.

make money online dengan facebook

Berniaga memang perlu berani gagal dan mempunyai hati yang cekal. Antara pengalaman manis  yang pernah aku lalui sepanjang berniaga adalah prestiwa 12 tahun dahulu. Aku dikehendaki oleh syarikat ke Johor Bahru untuk preview produk baru. Ajak kawan-kawan menemani aku, seorang pun tak nak jadi aku pergi bersendirian memandu kereta.

Seorang wakil syarikat sudah menguruskan majlis tersebut yang sepatutnya bermula pada jam 8. 30 pm. Memang tak ada rezeki setelah menunggu sehingga jam 9.30 pm hanya seorang tetamu sahaja yang datang jadi jumlah termasuk aku dan wakil tersebut hanya tiga orang sahaja. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan preview walaupun hanya seorang sahaja yang datang.

buat duit dengan facebook

Sahabat aku yang menguruskan majlis tersebut rasa sangat bersalah. Aku kata pada sahabat tersebut tak ada masalah walaupun hanya ada seorang yang datang. Aku yakin walaupun seorang yang datang tetapi kalau betul cara menerangannya pasti nilai bisnis daripada seorang tersebut akan lebih tinggi berbanding kalau ramai yang datang tetapi tidak berkualiti. Aku tak tahu samada pujukan itu untuk sejukkan hati kawan atau hati aku yang perlu memandu balik ke KL malam itu juga.

Bagimana perasaan anda kalau jadi aku, datang dari jauh tetapi hanya seorang sahaja tetamu yang datang? Itulah minda bisnis perlukan kecekalan hati kerana kejayaan dalam perniagaan adalah sebuah kembara yang akan melalui berbagai ujian dan rintangan. Hanya mereka yang cekal dan sabar sahaja berjaya.


Spread the love

229 Comments

  1. Bisnis perlukan kecekalan hati kerana kejayaan dalam perniagaan adalah sebuah kembara yang akan melalui berbagai ujian dan rintangan. Hanya mereka yang cekal dan sabar sahaja berjaya
    Curahan rasa SuperNifz @ ..Jejom Kita BerBlogMy Profile

  2. Berniaga bukan mudah, disebalik ianya merupakan jalan ke arah kekayaan, ia antara ‘kerja’ yang memerlukan banyak pengorbanan, kecekalan hati dan kesabaran.

    Mereka yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang pernah jatuh bangkit … dan saya tahu tuan Denaihati akan berjaya .. in Sha Allah.
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Digi WWWOW Awards 2015 – Tips Web CommerceMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!