Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidup dalam dunia yang fana ini tidak pernah terlepas daripada alpa dengan tujuan sebenar kehidupan. Dunia ini penipuan yang melekakan manusia sehingga hilang fokus hidup sebenar.
Bicara dunia terlalu banyak sehingga sukar sangat untuk kita bicara soal yang menyentuh rasa hati. Semuga kita tidak terlalai untuk berbual kisah akhirat bersama teman dan keluarga seperti mereka ini ….
A : mata… oh mata… naper lama x nangis nie
Ustaz : hati jika kenal kehebatan Allah dan kenal kelemahan diri pasti akan mengalir air mata walaupun ditahan.
Cuba bayangkan jika sekarang kita mati… apakah bekalan yg kita bawa sudah cukup utk selamat di dalam kubur dan di akhirat?
A : dah ada rasa sebak ni…
Ustaz : Itu semua cara utk kita mengenal kelemahan diri.
A : benar ustaz…
Ustaz : Hati memang mudah tersentuh… cuma kadang2 kita tak usaha ke arah sentuhan2 tu.
A : byk dosa…
Ustaz : Apabila kita sentuh tentang syurga dan neraka maka hati kita akan terasa kurangnya amalan. Tapi kita selalu sentuh tentang dunia maka hati mati dari mengingati akhirat.
A : terlalu fana dgn kehidupan kesenangan kemewahan dunia….kesibukan….
Ustaz : Dunia blh dimiliki tapi tempatnya hanya di poket dan di tangan. Jangan izinkan dunia masuk ke hati. Bila dah masuk hati maka hati mula gelap. Racun mula meresap.
Ustaz : Apabila cinta dunia telah masuk hati maka lama2 cinta Allah berkurangan. Tak akan blh bersatu antara cinta Allah dan cintu dunia.
Ustaz : Lagi sibuk dgn urusan dunia sepatutnya makin tinggi usaha kita utk cerita tentang akhirat supaya seimbang.
A : …..tq ustaz
Ustaz : Stiap kali dlm solat kita bca WAMAHYAAYA WAMAMAATI LILLAHI ROBBIL ‘ALAMIIN maksudnya DAN HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM” adakah kita benar pada ikrar tersebut atau hanya menipu diri sendiri. Kita muhasabah diri kita sendiri, berapa peratuskah kehidupan kita ni yang kita beri khusus untuk Allah? Fikir kita, gerak geri kita, risau kita smuanya vtk Allah. Dunia yg Allah beri pd kita pun kita kembalikan utk Allah. Allah tak kan suruh kita buat apa yg kita tak mampu. Memang blh dan kita mampu utk hidup utk Allah. Tapi perlukan latihan.
A : nikmatnya ustaz jika semuanya krn Allah….
79 Comments
sama2 berusaha supaya hati kita sentiasa lembut, lidah basah mengingati Allah..
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..8 Perkara yang akan meruntuhkan sebuah rumahtangga.
Allah .. Allah .. sebak pula baca panulisan ni Tuan Denaihati.
Terima kasih atas perkongsian ini.
Curahan rasa Asyrof – Blogger Tanah Arab @ ..Jangan Baca Jika Anda Tidak Mahu Hadiah!
saya jarang menangis depan orang sebab tak suka tunjuk kelemahan dan kebergantungan hidup dengan makhluk lain tapi bila atas sejadah, memang saya paksa diri untuk menangis sebab kalau kita tak menangis depan Allah, ada yang kata hati kita mati. kalau hati mati, payah nak rawat lagi
Curahan rasa Lizz @ ..Bina Fanpage Percuma Tapi Dapat Pulangan Berbaloi
subhanallah , di tunggu postingal selanjutnya gan
benar.. jangan biarkan dunia masuk di hati.. setuju sangat 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Konvoi Meningkatkan Penyebaran Jenama dan Pengiktirafan Sos Cili Lingham
Manusia tak pernah luput dari dosa dan khilaf, beristighfar dan bertaubat atas dosa memang wajib kita lakukan sebagai seorang muslim
Curahan rasa safiyhati @ ..Makanan Sehat Untuk Ibu Hamil
datang baca lagi sebab mendalam je rasa maknanya, Ya Allah
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..5 Rujukan Kaji Kata Kunci
saya pun rasa sebak dan mengalir air mata kalau fikirkan syurga dan neraka. rasa diri ini penuh dosa. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku
Curahan rasa Bidadari @ ..Telatah : Mama Jangan Marah Tau
semoga kita semua tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kita dengan Allah SWT…
Curahan rasa papa mifz @ ..Dulu Pembantu Jualan , Kini Jururawat
muhasabah diri di dua pertiga malam amat mengesankan menzahirkan apa yang telah kita kerjakan..
Curahan rasa Syarih @ ..Patutkah Undang-Undang Siber di Malaysia di Perketatkan?
hidup dan mati kita kerana Allah…
berulang2 kali sebut dlm solat kan… tp kita manusia akhir zaman ni sgt mudah terlalai… astaghirullah…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Betulke Diana Danielle sudah bersalin?
manusia kadang kala terlupa yang semua ini pinjaman sahaja..
Curahan rasa hafiz @ ..Buat duit kocek dengan Assignjobs
kealpaan kita membuatkan diri kita jauh dari Yang Esa
Curahan rasa fyna @ ..Amalan Sunat Di Bulan Syaaban
kadang kala terleka dengan kehidupan dunia…terharu pulak baca entry nie 🙁
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Kenapa Nak Kunci Nafsu Suami?
terasa diri ni kecil. oh hati kenapa tidak tersentuh?
Curahan rasa nazray @ ..Apa itu ‘The pending coffee’.
Comments are closed.