Umrah Awal Ramadhan Untuk Blogger

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dalam Group Denaihati yang tidak kenal dengan Ustaz Noehas yang sering menyertai apa sahaja aktiviti Denaihati dan selalu bermurah hati menaja makanan kesihatan Minda Aktif. Seorang Maulana muda yang menginfaqkan kehidupan untuk mengajak umat manusia dekat kepada ALLAH SWT. Ustaz juga seorang mutawif haji dan umrah yang menjadi rebutan, pernah membimbing ramai kenamaan seperti Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no satu Malaysia dan Pn Rozita, Pengasas Sendayu Tinggi. Kepada Rakan Blogger yang ada niat nak mengerjakan umrah di bulan ramadhan tahun ini joom baca offer istimewa dari Ustaz.

Rintitan dari entri umrah punca hidayah Noehas diundang untuk menulis di blog Denaihati tentang umrah awal Ramadhan. Noehas amat bersyukur dan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Blog Denaihati yang amat terkenal di dunia blogging membuka ruang kepada Noehas adalah satu hadiah dan penghargaan yang amat bermakna bagi Noehas. Terima kasih bro Denaihati.

Umrah bersama almuhtadin

Bersembang tentang umrah ni, bro Denaihati telah 2 kali pergi kembara umrah bersama Noehas. Selain itu, Bro Denaihati juga telah menghantar ramai kenalannya pergi umrah bersama Noehas sejak awal tahun 2012. InsyaAllah pada awal bulan 7 nanti pun ada beberapa orang kenalan Denaihati akan ikut Noehas melaksanakan ibadat umrah. Umrah awal Ramadhan tersebut juga disasarkan kepada para blogger.

InsyaAllah umrah awal Ramadhan yang Noehas jalankan ini akan terbang dari KLIA pada awal bulan Julai 2013 dan pulang semula ke KLIA pada pertengahan bulan Julai 2013. Jemaah umrah awal Ramadhan ini akan merasai suasana sebelum Ramadhan dan suasana di awal Ramadhan. Suasana Ramadhan di Mekah dan Madinah pasti amat berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia. Sesiapa yang pernah melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan pasti merindui suasana tersebut.

Umrah bersama ustaz Effendi

Cuma belanja umrah di bulan Ramadhan biasanya ada mahal sikit kerana kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah mengikut musim, bulan Ramadhan hingga Zulhijjah harga hotel melambung. Begitu juga dengan harga tiket kapal terbang. Kebanyakan pakej umrah awal Ramadhan melebihi RM6550. Tetapi Noehas menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, mereka yang ingin melaksanakan umrahh jangan terlampau terpedaya dengan pakej yang terlampau murah kerana sebahagian pakej tersebut murah kerana mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang “sangkut” iaitu ada transit di negara lain yang memenatkan para jemaah.

Noehas menguruskan pakej umrah awal Ramadhan dengan menggunakan kapal terbang direct tanpa transit. Pakej umrah awal Ramadhan ini bermula dengan harga RM6480 sahaja. Harga tersebut merangkumi visa umrah, tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan selama program umrah, beg dan buku tentang umrah, air zam-zam 10 liter dan sebagainya. Harga tersebut untuk pakej satu bilik berlima. Untuk bilik berempat harganya RM6580. Bilik bertiga pula RM6780. Harga pakej bilik berdua RM6980.

2013-03-26 15.31.33

Sesiapa yang berminat dengan pakej umrah awal Ramadhan anjuran Noehas boleh menghubungi Noehas di talian 0132075677 atau email noehas@gmail.com. Noehas memberi tawaran terbaik untuk Jemaah umrah dari group Denaihati dengan memberi harga diskaun RM80 untuk setiap jemaah. Syaratnya mesti ada blog dan tulis satu entri tentang umrah awal Ramadhan bersama Noehas di blog. Diskaun RM80 tersebut untuk penulis blog yang pergi umrah bersama dan juga kaum kerabatnya yang ikut sekali dalam rombongan yang sama.

Tarikh pendaftaran umrah awal Ramadhan ini telah dibuka mulai 23 Mei 2013 dan akan ditutup pada 10 Jun 2013. Bayaran deposit RM1,000 perlu diserahkan semasa mengisi boring pendaftaran dan bayaran bakinya diserahkan 20 hari sebelum tarikh berangkat. Semoga ramai dari kalangan blogger yang akan join group umrah awal Ramadhan bersama Noehas. Aamiin.

104 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!