Ulama atau Bukan Ulama

Spread the love

Petikan kata-kata  Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani :

Jika kamu menginginkan kerajaan dunia dan akhirat, serahkan dirimu sepenuhnya untuk Allah swt, sehingga kamu akan menjadi pemimpin bagi dirimu dan bagi orang lain. Terimalah nasihatku ini, aku menasihatmu dengan jujur, maka jujurlah kamu kepadaku. Jika kamu berdusta dan mendustakan maka kamu akan didustakan pula. Jika kamu menghutangi maka kamu akan dihutangi. Ambillah ubat dariku untuk menyakitmu dan gunakanlah ia agar kamu sihat. Orang-orang terdahulu berkeliling ke barat dan ke timur untuk mencari para wali dan orang-orang soleh. Mereka adalah doktor-doktor hati dan agama. Tetapi pada hari ini kamu justru sangat membenci para fuqara, ulama dan wali, padahal sebenarnya mereka adalah para pembimbing dan pengajar.

Nabi Muhammad saw telah bersabda bahawa Allah swt berfirman yang ertinya :

Tidaklah mendekatkan diri orang-orang yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan lebih utama daripada menjalankan sesuatu yang telah Aku wajibkan ke atas mereka. Dan tidak henti-hentikannya hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengaran, penglihatan, tangan dan penolong baginya. Maka dengan-Ku dia mendengar, dengan-Ku dia melihat dan dengan-Ku dia menyerang.

Para ulama bersunyi diri dari dunia dan akhiratnya semata-mata kerana taatnya kepada Allah swt. Dengan ketaatannya menjadikan Allah swt cinta kepadanya. Para ahli sufi itu belum sampai ke akhirat sudah melihat hisab atau hal-hal lain di sana.

Sesungguhnya, tidak ada kebahagian bagi kita sehingga kita mengikut Al-Quran dan Sunnah. Sebahagian ahli sufi berkata “Barangsiapa tidak mempunyai guru, maka gurunya adalah iblis“. Ikutlah para guru iaitu Ulama yang mengetahui Al-Quran dan Hadith serta beramal dengannya. Belajarlah dan bergaullah dengan mereka maka insyallah kita akan berjaya.

Semuga sedikit ilmu ini memberi pedoman kepada kita untuk membuat pilihan kerana kejayaan kita dunia dan akhirat hanya apabila kita mengikut Al-Quran dan Hadith yang diwarisi oleh pewaris nabi, para ulama yang sentiasa mengikut cara hidup Rasulullah saw…wallahuallam.

[ad#serverfreak]


Spread the love

30 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!